Alhamdulillah, syukur pada Tuhan kerana masih lagi menyayangi orang tua ini. Memberi peliuang untuk berhari raya lagi. Alahaii.. sedar tak sedar dah beberapa hari pokcik balik dari Kampung Parit Sangap tu.
Suasana raya di sana, seperti biasa.. meriah2 mesra gitu yakni bagi golongan-golongan kami ler, orang-orang tua penyambung warisan hik hik. Apalah yang hendak di kata, raya tetap tiba juga dengan seribu warna-warninya. Dan satu yang pokcik pelajari bagi setiap kali menjelang Syawal ini adalah, kedatangan raya ini umpama emosi pada manusia.
Ada oang tahun ni raya biasa-biasa
Ada orang tahun ni beraya bagai nak rak, meriah sakan tak ingat dunia.
Ada orang tahun ni beraya dalam duka cita, lara yang menyentak-nyentak dada
Seperti pokcik katakan.. raya adalah ibarat emosi manusia gitu.
Dan pokcik punya rasa.. pada raya tahun ini.
Adalah, sedikit-sedikit dari rasa-rasa di atas. Jadilah, buat rasa-rasa.
Hik hik
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
1 comment:
Salam pokcik, rasanya masih tak terlambat nak ucapkan selamat hari raya pada pokcik sekeluarga kan? Tahun ni nekcun sekeluarga beraya di negara asal emak nekcun kerana dah lama tak jumpa atok nenek di sana. Seronok juga walaupun tiada ketupat dan rendang!... hehehe...
Kalau ada kelapangan, jemputlah datang umah nekcun ya!...
Post a Comment