Tuesday, August 17, 2010

Sketsa Ramadan...

“Sekarang Bazar Ramadan kan dah berlambak. Tak payah awak susah-susah nak masak-masak. Tinggal kita berdua je. Beli je lagi senang. ” Jawap Wak Junip pada Mak Miah pabila ditanya hendak makan apa masa berbuka nanti. Mak Miah mengangguk saja. Lagi senang dia tak payah masak.

Maka pada petang yang nyaman dan indah itu, bermotosikallah Wak Junip ke Bazar Ramadan yang berhampiran. Kelabu biji matanya melihat aneka makan yang pelbagai lagi mengecurkan selera.

Nampak karipap, boli…
Nampak kuih bom , boli…
Nampak popia, boli…
Nampak lauk ayam kicap, boli….

Pendek kata banyaklah yang diboli. Alah, sekadar rasa-rasa gitu barang seketul dua.

Sebaik azam bergema.

Satu persatu kuih dirasa tapi semunya hampeh.

Rasa karipap, karipapnya masin,
Rasa kuih bom, kuihnya keras belentum, macam bom betul,
Rasa popia, intinya pulak basi. Lembik semacam je.
Dan lauk ayamnya, mak uiii... kerasnya. Sampai nak tercabut gigi mengunyahnya.

“Ini ayam pencen ka atau ayam jatuh lori?” Omel Wak Junip sambil terpejam-pejam mengiggit. Tersiksa sungguh keadaannya. Akhirnya wajah Wak Junip berubah kelat.

“Esok-esok awak masaklah…,” katanya sepatah sebaik selesai berbuka. Hatinya sudah radang.

Mak Miah ketawa dalam hati..

Alahaiii…

6 comments:

Anonymous said...

Botoi tu pokcik..sodap nyo tak byk mano pun, tapi mahal nak mampuih juadah2 kek bazar Ramadhan skrg! Alasan nyo...gulo ngan minyak dah naik hargo..

Baik la kito belanjo berpado2 jgn membazir tak tentu halo, tu semuo tak di tuntut Allah pado bln Ramadhan yg mulio ni kan pokcik.


Pokcik, selamat menjalani ibadah posa mudah2an amalan kito diterimo nanti. Amin!



mokcik

Kak Azzah8 said...

salam pokcik..apa khabar? lama saya tak menjenguk di sini...ngeteh lagi ke? oppsss...lupa pulak bulan posa... pokcik posa ka? ..

saya TAK PERNAH LAGI menjejakkan kaki ke pasar ramadhan di sekitar Shah Alam ini...hendaknya biarlah begitu sehingga selesai \ramadhan...

♥Pu3ImaŊeisyÆ♥ said...

Salam pokcik.. lama tak dengar khabar.. sihat ke...

sbent019 said...

assalamualaikum tok..dengan rawak saya tersinggah kat pondok atok ni... bila terlihat jer wajah atok.. rasa kepingin pulak nak membace celotehan atok... makin lama semakin seronok pulak...
maklumlah saye ni budak lagi... kalau memasak tu memang asyik tawar je rasenye...tapi bila merasa masakan atok ni...emmm.. memang cukup rasa...terangkat punggunglah orang kate..kan.
Tok imam kaat kampung saye pesan... bile jumpe orang tua.. mintaklah nasihat daripadanya...
Jadi saye ni nak mintak nasihatlah dari atok... barang serangkap dua...

Pearl said...

Salam pokcik, betul tu pokcik makan dibazar tak sesedap yg dimasak. Ada kala makanan itu bila beli ok aje , bila time berbuka dah rasa lain sikit...

Ms. Legolas said...

Salam,
pokcik, teruskan menulis..
saya suka baca cerita pokcik..

sy pun org shah alam juga..
di ceruk mn ye pondok pokcik ni..

rgds,
ms.legolas