Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Puasa, di mana pada bulan ini...

Wah, sedar tak sedar sudah masuk bulan Ramadan rupanya. Kalau tak nampak orang tua yang biasa buat pengumuman puasa atau raya kat tiwi malam semalam, tak tahu kita dah mula puasa ke belum?. Kekekeke

Apa-apa pun, kedatangan Ramadan tetap di sambut meriah. Maka di kesempatan ini pokcik hendak mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak. Selamat menyambut bulan puasa.

Yakni di mana, pada bulan ini : -

1.Orang-orang tua macam pokcik ni lebih terjaga sedikit kebaijkannya. Ya lah, kejap-kejap orang sedekah itu ini, bagi itu ini, hadiah itu ini. Belom lagi yang ajak berbuka sana, berbuka sini. Ajak ngeteh-ngeteh ka. Cuma orang tak ajak bersahur je. Kalau ada.. uii pokcik teringin jugak nak pergi. Boleh pakai baju tidur. Kain pelikat ka apa..Yippaa! hik hik

2. Buah kurma lebih laris dari buah Durian hatta duriang D4 atau udang merah sekalipun. Orang lebih suka makan buah kurma dari buah-buah yang lain. Kiram macam bulan Ramadan ni bulan kurma lah. Ceh ceh, senyum lebar tauke kurma. Yusuppp tayyooopppppp… hik hik

3. Ucapan-ucapan untuk menyambut Ramadan ini tidak jauh beza dengan ucapan-ucapan untuk menyambut Syawal nanti. Ada mohon berkat, mohon maaf dan sebagainya. Kan macam ucapan nak raya gitu. kekekek

4. Orang ramai akan berdedai2 ke bazar Ramadan setiap ptg dn memboli segala apa mcm makanan2 yg berkenan di tekak dan di mata dan akhirnya tersandar kebontang kekenyangan sesudah menogok 3 gelas air sirap bandung waktu berbuka... Makananan2 yg dibeli pun tak larat nak habiskan semua. hik hik

5. Kebanyakan orang dah malas nak hantar-hantar kad raya. Teknologi dan semakin canggih. Guna hp esemes je. Tak pun ucap dalam fesbuk, blog, friendstar, twitter dan lain-lain lagi sumber maya. Ringkas dan cepat.

Nanti pokcik sambunglah lagi… Tak larat aa.. letih oo puasa ni.. ceh ceh
Hik hik

3 comments:

miloais said...

selamt berpuasa pokcik
jaga makan ye
jangan semua di makan
nanti tak dapat sakit lain le plak kan???

:D

nurazzah8 said...

selamat berpuasa pokcik..semoga sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Ilahi...

Mersik said...

miloais - Hu huu slmt berpuasa jugak. Jangan risau, pokcik sentiasa menjaga makan dan minumnya.. dengan moto " Yg tak de jangan makan..." hik hik

Pn Nurazzah - Slmt berpuasa buat puan sekaluarga.