Selamat hari jumaat buat sekelian.
Semoga anda semua sentiasa dilindungi oleh Tuhan yang maha esa dan mengasihani.
Nampaknya banyak perkara yang telah berlalu sejak akhir2 ini meninggalkan pokcik termanggu dan jauh ketinggalan. Hakikatnya, pokcik tidak seperti dulu..
Entahlah, pokcik di tahun baru ini sangat tidak bermaya langsung untuk bercerita. Masih teraba-raba mencari diri yang hilang sejak beberapa bulan lalu. Cuma yang pastinya, tahun ini kesihatan pokcik tidak berapa baik. Badan sering lemah lesu dah malas-malas saja. Maka oleh kerana itu minda pun mudah terasa lesu dan kaku untuk bercerita.
Yang terbaru, Pesta Buku Antarabangsa PWTC sudah pun berakhir beberapa hari lalu membawa sama 1001 macam kenangan pahit manis, tawar hebeh, masam serta payau-payau jua. Setiap kali datangnya pesta buku tersebut pasti suasananya sedikit berubah. Namun kemeriahan dan kesesakan yang melanda di setiap ceruk dan ruang yang ada tampak sama malahan semakin menggila-gila gitu.
Alhamdulillah, warga tua ini sempat jugalah berkesot-kesot ke sana. Walau tubuh rasa terketar-ketar dan tergigil-gigil. Itu belum lagi memapah-mapah dan melangkah tergigil-gigil untuk sama-sama merasai bahang suasana pesta yang penuh dengan haruman kertas dan segala produk bertemakan buku.
Buku: Lakaran masa depan. Domkian lah yg t erpampang jelas di pintu2 masuk dewan PWTC yg gah itu. Sesungguhnya buku adalah satu di antara medium pembelajaran yang amat klasik dan masih relevan sehingga kini walaupun sering ditentangi dengan teknologi2 baru serta canggih dan tanpa wayar, namun proses membaca buku itu jatuh dalam kelas keasyikannya yg tersendiri. Macam pokcik jugalah. Sejak dari zaman buku tiga lima (555) hinggalah ke zaman buku bank, popkcik tetap setia gitu.
Pokcik berharap juga agar dapat sedikit keterujaan selepas menghadiri pesta buku itu. Kurang2nya boleh juga dtg rasa rajin untuk menulis, bercerita atau merapu2 seperti selalu. Bak kata oang, memulihkan semangat gitu.
Tapi entahlah.. rasanya sama je kut.
Alahaii..
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
2 comments:
Salam pakcik,
Alaahai.. sedih pulak baca coretan ini. Biasalah pakcik, bila umor meningkat, badan pun dah letih.
Kekadang bukan letih kerana kesihatan, tapi minda. Tie sendiri kalau boleh nak pi mana-mana tempat yang menenangkan, nak baring dan rehat tanpa perlu fikir tentang masalah dunia. tapi, Tie masih ada lagi tanggungjawab... tak tahu la bila nak berakhir... Pakcik dah boleh rehat, kan.. tak perlu fikir tentang anak lagi...
Kay teeze - Alahaii mekasih ler krn sudi berkata2 begitu. memang hidup di zaman2 usia merangkak senja ni kerap letih. Kalau tak fikir masalah dunia pun, bila terfikirkan akhirat boleh naik ngeri juga. Kerana di dunialah juga kita cari bekalnya utk akhirat. Dgn usia yg tak byk cuma ni.. apalah nasibnya nnti. Alahaii..
Post a Comment