Salam sejahtera buat sekelian pengunjung semua. Maaflah pokcik dah lama tak mengemaskini pondok buruk yg ada ni. Kerana dalam hati pokcik ni ada sedikit sangkaan2 yg agak negatif iaitu bila mana pokcik merasakan oang semua dah berhijrah ke fesbuk-fesbuk, maka akan kurang yang melayari blog rakan2 apatah lagi blog oang tua ini. Maka dengan sebab fikiran ( yang agak sempit ini ) sayugialah pokcik sering bersepi-sepi gitu…Alahaiii..
Sekarang ni pokcik agak kelelahan sedikit. Baru saja kembali dari kg halaman beberapa hari lalu. Tidak lain tidak bukan adalah kerana menzirahi kematian teman-teman yang rapat satu ketika dulu.
Teman pokcik itu, kematiannya berbeza setengah jam saja dengan kematian sepupunya. Mereka dimasukkan di wad yang sama, sakit yang lebih kurang sama (sakit tua) dan pengakhirannya ditanam sebelah menyebelah pula. Ini semua Tuhan punya kuasa, walau pun pada zahirnya mereka berdua tinggal bukan di tempat yang sama dan barangkali juga sudah tidak lama tidak bersua. Dan kematian itu sendiri meninggalkan kesan yang mendalam pada yang hidup termasuk juga pokcik.
Entahlah, di usia emas seperti pokcik ni, sering kawan terdengar kawan sana dan kawan sini kembali ke rahmatullah. Hinggakan naik seram pula jiwa ini apabila terasa sekejap sungguh masa di dunia ni berlalu. Teringat pula apabila ketemu sorang teman yg sering sakit-sakit dan bolehlah di kategorikan sebagai “menanti masa” saja.
Wak Juki kini menderita penyakit kelenjarnya hinggakan hendak membuang air terasa susah dan amat menyiksakan. Belum lagi termasuk hal jantung yang semakin lemah dan sering batuk-batuk. Apabila mendengar akan teman-teman yang sudah kembali, hatinya semakin meronta-ronta.
“Kawan ni bila agaknya nak mati ya?” soalnya apabila diziarahi pokcik tidak lama dulu. Suaranya perlahan dan sayu. Pokcik sedikit terkejut lalu termenung seketika. Sekali sekala menoleh melihat keadaanya itu.
“Rasanya dah tak lama juga ni..” ujar pokcik dalam seloroh. Dia hanya tersengih lalu mengangguk. Dalam jenaka pokcik ( yang diketahui sejak zaman kanak2 dulu suka bergurau-senda ) kini ada juga kebenarannya.
Giliran Wak Juki pula termenung jauh.
“Abih dah pergi kursus belum?” Soal pokcik sebelum meledak tawanya. Maklomlah, nak kahwin pun ada kursus, inikan pula nak mati.
Kami bercerita lagi dalam selang seli tawa yang hanya golongan kami saya yang mengerti. Dalam hal ini pokcik tidak dapat membuat apa-apa melainkan memberi semangat dan sedikit ingatan-ingatan sebagai teman-teman terakhir yang menemani dunianya sebelum berhijrah ke alam sana.
Sesungguhnya mati adalah Pasti , hidup InsyaAllah.
Alahaii…
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
2 comments:
Pokcik, sy sgt suka baca entry pokcik, sungguh menginsafkan. Sy nk ikut blog pokcik ni dan kalau sudi pokcik ikutlah juga blog sy, org yg baru belajar nak hidup sedangkan mati boleh menjemput bila2 masa.
Salam pokcik,
Alahai pokcik, mati ni tak tentu umurnya. bila kita dah buat janji dolu2 seblm tgk dunia, bila tiba timenye kita kenalah tunaikan janji kita tu. yg muda pun ada pergi dulu.
yg dah pergi tu, dah tentu tahu cara camne perginya. yg tingge mcm kita ni, entah camne pula. harap2 bior le yg tidak dlm cara yg memalukan, ye
Post a Comment