Thursday, April 15, 2010

Panas...


Cuaca sekarang ni...kalau tak hujan pagi, maka bahangnya akan terasa sampai ke petang. Silap-silap terus ke malam apabila udara-udara panas meruap dan masuk ke dalam umah. Maka tidur pun boleh jadi bermandi peluh.

Pokcik sebenarnya bukan merungut akan cuaca yang panas ini tetapi perubahannya yang ketara kebelakangan ini membuatkan hati sedikit resah.

Di kampung pokcik sendiri, sekarang ni arinya sudah catu. Siang tak ada. Petang baru di buka. Maka jenuh jugalah hendak merancang aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengan air. Pulak tu, bila dah berkeluarga ramai, ada anak-anak kecik maka bertambah-tambah susahlah hendak menjalani rutin seharian, seperti membasuh, memasak, mandi, sembahyang dsb. Ramai yang merungut. Nak buat macam mana, terpaksa buat begitu kerana air di sungai pun dah kering.

Harap-harap keadaan ini tidak berlanjutan. Dalam keadaan bumi yang kering dan gersang ni eloklah kita berdoa selalu supaya hujan turun kerap. Buatsembahyang minta hujan pun elok. Maklomlah, hanya DIA sajalah tempat kita mintak tolong kerana hakikatnya kita ini manusia lemah.

Pokcik pun hari tu semasa di kampung, berkipas juga siang malam pagi dan petang. Memang terasa sungguh panasnya di tambah pula dengan keadaan air yang bercatu-catu tu, lagilah haru.

Tapi tak mengapalah. Sekurang2nya air kopi warung simpang tu masih ada lagi. dan tetap sedap kalau diminum...


hik hik

6 comments:

miloaiskurangmanis said...

semuanya dari Nya...
rahmat jugak kan pokcik... kering kain baju di ampaian....
hehehehe

Labu Laris said...

saya rasa, panas yang tak kunjung reda ini akibat pemanasan global. namun, kita semua bisa menyikapi lebih bijak. semoga ini hanya ujian dari Allah SWT. Dan semoga cepat berlalu. Amin.

yanz said...

Panas ker ujan ker.... ape2 pun hidup kene teruskan

m.q said...

skrg mmg panas

Mersik said...

miloais - Yaa sungguh tepat sekali.


Lif - Hakikatnya begitulah. Ada sebahagian manusia sangat perihatin pd keadaan ekologi alam, dan ada sebahagian lg sangat rakus menodainya. Kelak tunggulah saja balasan Allah.


yanz - kekekekek amboi skema tul ayat tu.. Yo la..( angguk2 pala)


m.q - Oo.. itu mcm kalu maih ler kita ngeteh2. pekena kopi ais ka.. sejuk sikit tekak ni.. hik hik

Anonymous said...

ni baru panas belum musim hujan...lg byk masaalah.mangsa banjir dan tanah runtuh pulak mengeluh..


mokcik