Tuesday, September 15, 2009

kadang-kadang...

Kadang-kadang pokcik terfikir juga.

Alangkah syoknye bila pokcik bangun pagi, pekena secawan kopi tongkat Ali berserta biksut kering kegemaran. Komdian lepak-lepak di anjung pondok menikmati suasana pagi. Hingga ke tengah hari, awan pula semakin gelap dan turun hujan. Pokcik ketiduran kesedapan. Bangun lagi dan makan apa-apa yang ada. Bila sampai le lewat petang, baru pokcik terperasan.

Eh, puasa ek hari ni? Aiseymen.. lupa la pulak. Maklom la.. oang tua.. hik hik

Dan pada kadang-kadang yang lain, pokcik terfikir juga...

Kenapa ya tidak pernah kita dengar ( atau jarang sekali ) oang menganjurkan majlis bersahur bersama-sama. Selalunya, ada majlis berbuka bersama. Sekejap di restoren situlah, di hotel sinilah. Rumah itulah, rumah inilah dan macam2 lagi tempat yang grand dan sekurang-kurangnya menyajikan makanan yang sedap-sedap.

Kalau ada majlis bersahur bersama-sama, tidak-tidaknya... bolehlah pakai baju tidur atau kain pelikat, kekekekek

Kenapa ya? Hik hik

4 comments:

Marzalina said...

saya pon tak tau kenapa..rasanya kalau majlis bersahur..saya orang pertama yg takkan hadir hahahaha

Ainin Naufal said...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin. tahun ni tak de kad raya ka??? hahahaha. ampun!

Nek Cun said...

Salam pokcik!... nekcun suka gak kalau ada majlis bersahur tuh!.. leh gak tengok macam-mcam fesyen baju tidor plak!... hehehe...

Selamat Hari Raya... kalau sudi jemputlah datang umah hari raya nanti...

Mersik said...

Intan Marzalina - Amboi.. saja la tuh. tak kira, kena hadir jugak. hik hik..


Ainin Naufal - Slmt hr raya jugak. Eh ada pe kad rayanya.. hik hik


Nek Cun - Hik hik silap2, tgh dok bersahur.. tiba- berdengkur je kekekek.. Oh, Slmt hari raya jugak buat Nek Cun Sekeluarga. Eh, kalau oang sudi mengajak, pokcik patplo juto bolas kali nak pergii.. hik hik. Yihaaaaaaaaa...