Tuesday, September 01, 2009

Bazar...

Merayap ke bazar ramadan beberapa kali sejak mula puasa membuatkan pokcik berasa sedikit kecik hati. Rasanya banyak pahala puasa pokcik turut hilang bersama kesesakan umat yang ada selain melihat makanan yang ada serba tak kena.

Punyalah sesak, mengalahkan oang nak bertawaf gitu. Kemungkinan sebab kawasan pokcik ni ramai student U, maka apabila lepas pukul 5 maka berdedailah la mereka turun mencari santapan berbuka selain berjumpa teman-teman, berhenti di tengah-tengah bazar dan berbual macam tak kisah dengan orang lain yang hendak lalu-lalang. Punyalah ramai, hinggakan kadang kala nak melihat gerai itu jual apa pun tak dapat, penuh dikerumuni oleh manusia yang sangat lapar melayan keinginan makannya.

Naik rimas pokcik berjalan di sana. Silap-silap boleh terkoma pokcik dibuatnya. Itulah, gatal sangat nak ke bazar, maka padanlah muka dapat berhimpit bersesak begitu.

Entahlah, tahun ni rasanya ada pertambahan gerai pada bazar di tempat pokcik ni. Tapi yang pokcik perati... banyak gerai menjual murtabak dan juga roti john saja. Juga termasuk gerai yang menjual air.

Kebanyakannya muka-muka baru. Ada dua tiga gerai saja yang pokcik cam wajah penjualnya dan menunya. Gerai-gerai yang di jaga oleh mak-mak janda lawa serta anak-anak dara cun tahun sudah tidak kelihatan pula. Ish.. ish.. boring nyer...

Selain dari itu harga yang ditawarkan juga jauh berbeza dengan tahun sebelumnya. Contohnya, dulu, kuih boleh dapat 3 ketol seringgit. Sekarang ni, seme dah main 5 ketol dua ringgit. Fuh, mahalnya! Kuih-kuihnya pun semakin menyusut dan kurang sedap. Ada diantaranya tak boleh ditelan langsung. Ada yang keras belentum, tawar hebeh dan paling teruk, basi. Macam manalah oang berniaga ni? Asyik nak fikir untung saja tanpa mengambil kira kualiti yang ada. Alahaiii...

Roti john yang dijual pun seakan-akan terencat. Kalau dulu, panjangnya hampir memenuhi plastik pembungkusnya ( yang panjang tu) Sekarang, agak terpendek pula hingga sesiapa yang membawa kelihatan terkuai-kuai gitu. Alahaii..

Pokcik rasa sangat kecewa. Entah kenapa tahun ni juga, popia salut sambal impian semusim ramadan pokcik tidak begitu ghairah untuk di cari. Tidak seperti tahun-tahun sudah, apabila tidak mendapatkannya, maka pokcik akan meroyan tak sudah-sudah. Ternyata semakin usia meningkat senja ni, selera pun turut pudar.

Jenuh dan pokcik berpusing ( sebenarnya ditolak-tolak oang sampai terpusing-pusing), maka bila hendak balik tu.. ternampaklah gerai yang paling akhir yang kebetulan ada menjual kuih popia salut sambal.

Maka dengan langkah longlai pokcik pun ke sana, singgah sebentar, sambil menunjul ke kuih popia tersebut.

“Ya, pokcik... nak berapa banyak?” soal penjual itu dengan ramah.

“Bagilah, patplo ketul.” Jawab pokcik perlahan.

Dalam dalam keadaan separuh terkejut, perlahan-lahan penjual itu membungkuskan popia pokcik. Selepas membayar, pokcik pun berlalu.

“Jadilah…. Buat rasa-rasa…”

Alahaiii….

11 comments:

Marzalina said...

amboii..sampai patplo ketul..boleh habis ke makan sorang2 tu? hantaq mai penang sket hehehe

zara aluwi said...

Silapnya Pokcik... orang berniaga ini tak baca rungutan orang ramai. Sebab itulah depa masih macam tu. Dan mereka lebih memikirkan keuntungan dari menjaga kepuasan pelanggannya.

patplo ketui... buat rasa-rasa... biau beno beno...

Kak Zue said...

pokcik..lain kali kalau beli patplo ketul..courier ke rumah kak long ek..ehehehe

Hz Njw said...

Mmbalas lawatan kehormat U ni..Nk trcekik mmbygkn 'rasa-rasa' jer smpi patplo ktul..kalau btol2 mkn - hrus berapa ktul ek..?!!?!??? [biar btul Mrsk]

Indah Hairani said...

salam Pokcik..
kesian Pokcik..jgn pi kat sesak..takyah tengoklah kuih kat bazar tu Pokcik, kalau lembik, lembik sangat, kalau keras, keras sangat...salam ramadhan buat Pokcik

uji6june said...

patploh ketoi???
mak aiiii ...

saya akan ke bazaar ramadhan
bila terasa nak makan
karipap pusing ngan
soya bean panas je

kalo tak ..
saya malas nak pi

dia punya ramai sampai
patplo ribu belas-belas juta
orang!!!

memang betoi Pokcik
kenkadang saya terbeli
karipap pusing inti basi

mencikkkkkk ...

Aishah Jamal said...

Patploh ketoi? Uuuiii banyak tuu....
Sekali pokcik beli popia habis berbelas hinggit. Untungnya kalu berniaga popiah dengan pokcik kann...

Mersik said...

Intan Marzailina - eh, tu baru rasa-rasa tu.. hik hik Nak sikit, maih ler sini. hu huu


zara aluwi - Entah la, hakikatnya kita sukar hendak mengubah manusia.semoga suatu hari mereka akan sedar gitu.Eh, betul pe... wat rasa2.. hik hik


Kak Zue - Alah.. susah2 la kourier2 ni. Kalau dapat mkn sesama sambil minum2 kopi sedap jugak tu.. hik hik.


Kak Haiza Najwa - Err.. err.. kalau betul2 makan, harus juga dua kali ganda dari itu kekekekek..


Indah Hairani - Salam Ramadan. Pergi bazar ibarat mengadu nasib. Kadang jumpa yg sedap, kadang sebaliknya. Cuma kita je yang harus menilai.


uji6june - Karipap pusing soya panas? Wahh menu yg bagus ni.. esok nk try boli la.. hik hik. Tak apa.. len kali gi bazar, cari gerai-gerai yg ada jual mende2 tu, lepas tu try beli satu2.. mana yg sedap.. boli kat situ je la. hik hik


Aishah Jamal - Hik hik tp kemaruk popia pokcik datang bulan ramadan je. Kemaruk bermusim gitu. Hari2 lain.. huh pandang pun tidak kekek alahaiii..

azieazah said...

maknanya... 40 ketul tu baru betul dinamakan makan... (tu pun lum tentu)

sbb kecik benor.. kalu 10 ketul baru celah gigi.. tak gitu? hehehe...

azieazah said...

maknanya... 40 ketul tu baru betul dinamakan makan... (tu pun lum tentu)

sbb kecik benor.. kalu 10 ketul baru celah gigi.. tak gitu? hehehe...

Mersik said...

azieazah - kekek uii silap tu, patplo ketol baru rasa2, kalau sungguh2 makan.. berketol2 jadinya kekekek.