Wednesday, September 09, 2009

Bazar... (2)

Semakin kerap pokcik ke bazar Ramadan, semakin pokcik mulai menghargai ketidaksempurnaan manusia. Sebagai insan yang serba lemah dan dhaif, kita memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Begitulah juga dalam berniaga. Tentu ada kekurangan di sana sini. Kadang-kadang ada niat dan tindakan kita yang kadang-kadang membuat orang lain menjadi susah. Hakikatnya kita memang manusia yang lemah.

Dan kini, pokcik menerima segala dugaan berbazar dengan hati yang terbuka. Apalah dikisahkan sangat kalau-kalau terbeli makanan yang tak sedap dan tak memenuhi selera oang lapar. Sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain ada lagi insan-insan yang sering kekurangan makanan dan kebuluran. Ada lagi insan yang hanya makan sekali dalam beberapa hari dan sudah mengalaminya sejak sekian lama. Bulan puasa ini bukannya bulan meraikan bazar, membesarkan makan, mengumpul kuih-kuih raya, bershopping sana sini dan sebagainya, malah matlamatnya sebenarnya lebih tinggi dari itu.

Ya lah, selain sibuk merungut tentang bazar dan lain-lain hal, banyak lagi perkara-perkara yang boleh dilakukan di bulan yang mulia lagi suci ini, yang lebih membuahkan pahala berganda dan mempertingkatkan amalam. Selain itu, sepatutnya Ramadan membuatkan kita jadi lebih bersyukur dan saling menghargai hikmah yang terkandung disebaliknya. Lagi pun, kehadiran bulan puasa ini sudah hampir sampai ke penghujungnya. Tanpa kita sedar masa cepat sungguh berlari.

Marilah kita merebut peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Semoga kita menjadi manusia yang kembali suci. Mudan-mudahan gituu. Amin.

7 comments:

masni qisrine said...

pokcik selalu p pasaq ramadhan yg mana??? kot2 la tersempak nti..bleh suh pokcik belanja koi bt berbuka

kuina said...

selamat berpuasa pokcik..

sy selalu g meramaikan bazar...

zara aluwi said...

Sejak awal ramadhan hingga sekarang, saya cuma sekali saja menjenguk pasar ramadhan ni. Itu pun sebab nak beli air tebu. Teragak pulak nak berbuka minum air tebu. Masak sendiri lebih menjimatkan.

Rasha_rz said...

singgah sejenak berbuka puasa di sini. terima kasih hidangan yg enak2

Mersik said...

masni qisrine - Uii pokcik salu gi yg kat sini la, sek 7 tu.. belakang Uitm yg meremut manusianya kekek..Bley aa, kalau jumpa nnt senggol2 la bahu pokcik. kekek


Kuina - slmt berpuasa gak. Hik hik ghamaii.. jgn tak ghamaii.. jgn lupa boli popia salut sambal tau


zara aluwi - Biasa la.. kdg2 kite mmg jadi malas. Tapi kalau masak pun dah malas.. maka terpaksalah ke sana.. hik hik


Rasha_rz - Hik hik.. ye la tuh.. pokcik ni berbuka ala kadar je.. maklomlah, lone ranger. hik hik

masni qisrine said...

uikssss...takmo la sengol2an pokcik..kang kena cubit2an lak saya...hikhikhik...

Mersik said...

masni qisrine - Hu huu kekek.. alah lps tu leh aa kita ngeteh2an.. gegegege