Monday, August 04, 2008

Sederhana...


“Buat apa nak kaya-kaya sangat, hidup ni bior sederhana…” kata-kata Tok Lipat terngiang-ngiang di telinga pokcik sewaktu kami duduk-duduk di anjung rumahnya, lewat kepulangan pokcik ke kampung beberapa minggu lalu.

Memang kalau hendak diputuskan sebagai pilihan ( antara miskin, kaya dan serhana), kita sebagai oang timur memang sentiasa nak jadi orang sederhana, walau dalam hati membuak-buak nak berkata kaya. Yalah, kalau dikata nak jadi kaya, oang akan kata kita tamak pula. Asyik kejor dunia. Maka bermarhaenlah kita sekali sekala.

Tapi, golongan ‘sederhana’ inilah yang kadang-kadang buat pokcik kembali tertawa sendiri. Perlu diingatkan, sederhana bermakna ditengah-tengah, antara kaya dan miskin. Kalau di tempat-tempat lain ( selain Malaysia ni) , memang ada sesetengah tempat yang hanya dua golongan saja, iaitu miskin atau kaya. Yang miskin akan nampak miskin sesangat, manakala bila dah kaya boleh dikategori macam raja pula hidupnya.

Maka bersyukurlah kita di Malaysia ni kerana ada berbagai-bagai golongan dengan persekitaran dan tarap hidup yang berbeza-beza.

Sesuatu yang menarik tentang kebanyakan golongan sederhana ( yang duduk ditengah-tengah ni) ialah kadang-kadang, ia boleh jadi kaya dan boleh juga jadi miskin.

Bila dia terlupa diri sedikit, dan cuba-cuba berlagak kaya ( bila dapat durian runtuh atau apa rezeki terpijak) ia akan rasa seronok dan mula berbelanja sakan. Sibuk nak tambah itu ini dan cuba mengobah cara hidup yang sedia ada.

Komdian, apabila keadaan jadi tak terkawal, dan nasib pula tidak menyebelahinya, tiba-tiba ia ditimpa kesusahan yang berterusan lalu terus jatuh ke bawah hingga menjadi miskin pula. Keadaan ini sering saja berlaku dalam masyarakat.

Kesimpulannya, menjadi golongan sederhana ni tidak kurang hebat juga dugaannya. Walau pun kita mahu nasib dan hidup berubah menjadi lebih baik namun dalam keadaan-keadaan tertentu, kita terpaksa membuat pilihan. Menjadi kaya dan memiliki apa saja, sederhana yang kadang-kadang tersasar ke lembah kaya atau miskin ataupun kita mahu miskin saja asalkan hati senang lenang.

Lantas, bagaimana ya, mahu kita harungi hidup ini?


( Klu - Masa sentiasa berubah, begitu juga dengan hidup ini. )

Alahaiiii…



2 comments:

Rasha_rz said...

jawabnya, bersederhanalah dalam mengharung kehidupan. tidak kuat sangat kuakan tu, perlahan sangat pun jangan, takut lemas pulak nanti. jadi... besederhanalah.
p/s ; apalah yg mokcik merepek ya? mata dah ngantuk... nak tutup pc dah ni. esok g kursus lagi... bosan!

Mersik said...

rasha_rz - memang betul gitu. Namun itulah.. bersederhanaan tu kdg2 sukar ditafsirkan, bergantung kepada kemampuan manusia itu sendiri.

Alahaii...