Sunday, August 24, 2008

layanan...

Balik kampung di musim cuti sememengnya tidak boleh lari dari dijemput makan kenduri. Dan seperti- selalunya, oang-oang yang berstatus warga emas macam pokcik ni memang sangat-sangat bertuah.

Apa tidaknya, melihat saja kelibat kita melangkah slow-slow dari jauh, tuan umah sudah mengangkat tangan tinggi-tinggi sambil berlari-lari mendekati. Lagaknya seperti ketemu menteri dalam negeri gitu. Diajaknya kita duduk dan dilayan sebaik mungkin.Tak payah susah-susah untuk bangun ambil nasik dan lauk. Semuanya diambil-ambilkan oleh gadis-gadis nan jelita menggoda atau mak janda yang nakal mata. Komdian, berkayuh la kita ( makan ) sambil berborak-borak dengan sesiapa yang duduk sebelah menyebelah, sama ada mengenali atau tidak. Namanya pun majlis ukhwah.

Agak-agak dah lenguh pinggang duduk di situ dan puas melihat suasana majlis yang gilang gemilang, kita menapak-napaklah ke belakang tempat bersanggahnya tukang masak. Duduk situ berjumpa para pekerja dapur yang juga merupakan teman lama. Kalau tidak dilawa makan maka akan dipaksalah juga kita makan. Kaki ini bagai digam-gam oleh si tukang masak baryani gam itu.

Hendak tak nak suaplah juga walau perut seperti dah naik tepu. Nasib baik nasinya sedap. Entah beberapa kalilah nasi milik tuan umah ini sudah masuk dalam perut.

Apabila sudah hendak pulang, kita bersalam keruk, alih-alih ditolak pula dengan keruk yang lain ditangan kita. Kita pula yang terkeruk-keruk kepala. Sedekah katanya… Rezeki – kata pokcik pula. Moga tuan rumah mendapat berkat dari Tuhan. Amin....

Memang menyeronokkan gitu kalau dikenang-kenang semula.

Tentu anda pun suka kan, mendapat layanan begitu rupa... hu huu

Alahaii...

8 comments:

Tie said...

Wah...nasi beriyani gam..memang favourite tie...Tapi biasa org Johor je buat gitu...Pokcik gi Johor ke? Bertuah lah pokcik dilayan dgn mesra..Mmglah adat tetamu mesti dihormati terutama yang klasik macam pokcik kan...he he..

masni qisrine said...

shedap tu..
wah laparnya perutku

meen said...

pokcik...nak la sepinggan..cam sedap je..

nora bahari said...

best~~
lapar dah nie...

=)

lla said...

Makan nasi beriyani gam ?????? Tak melekat ke gamnya kat gigi pok cik yang hanya tinggal dua batang tu . Wakakakaka.....

Mersik said...

tie - Hik hik tentulah ada. Kg Pokcik, Pt Sangap tu kan kat Johor. Alah.. biasa la. oang tua, klasik nasonol gituu.. hik hik


masni qiarine - Hik hik tak apa.. nnt gii aa sek 9 pekena Nasi King.. jadi la wat lepas2 gian.. hu huu.


meen - Uii kalau sedap mintak la.. patplo juta belas2 pingan.. hik hik


nora bahari - Sudah tentu!


Ila - Amboi.. sukalah tu. Nasi tu makannya slow n steady.. merasai, menikmati keenakannya.. Sbb tu sampai terduduk lama, rasa bagai di gam2 punggungnya kekekek. Sabo jek la..

kamar hati said...

aduhaiiiii sedapnya...yummy...

dah jd adat kita...tetamu mesti dilayan dgn sebaik mungkin... :)

Mersik said...

kamar hati - uii sedap tak terkata. Nanti bebila pree bley aa cari kat memana hik hik..

Memanglah begitu adatnya.. tapi yg warga emas.. dilayan lebih sikit.. macam emaslah katakan.. hik hik