Thursday, August 14, 2008

mencari


Sejak beberapa hari yang lalu (mungkin juga minggu) pokcik mengalami keadaan yang sangat muram dan melesukan. Barangkali itu tanda-tanda kedatangan monopos yg ke berapa tah..

Barangkali juga sebab tanda-tanda sakit yang menjolok di bahagian dada kanan dan juga kiri. Terasa seperti ditekan-tekan gitu. Belum lagi termasuk lenguh-lenguh kepala lutut dan pening-pening kepala. Hinggakan pokcik jadi tak tentu hala.

Perasaan pun tak tahu hendak diceritakan bagaimana. Ada rasa sunyi, marah, geram, sepi, rindu dan mendatar. Semuanya bercampur aduk menjadi satu siri keributan perasaan yang sukar di mengerti.

Terkadang juga, pokcik meracau-racau sendirian. Teringatkan kenangan lama, arwah bonda, kehidupan masa depan, si janda itu dan juga cerita-cerita fantasi termasuk juga sai-fai,

Lantas, apabila hati ini berdetik supaya dicari penawar dan ubat, pokcik gagahkan juga untuk berusaha. Di kala itu, tiada apa yang terlintas di dalan yang boleh membantu melainkan seseorang yang berada di satu tempat.

Lewat malam dingin yang syahdu itu, di pinggiran deret kedai-kedai itu pokcik meluahkan rasa yang bergumpal di dalam dada. Tiang telefon menjadi saksinya.

“Ish.. kau ni, macam oang putus kasih jek. Apa kes?“ Suara di sana sayup-sayup ketawa kecil. Pokcik tersenyum pahit. Lama mendiamkan diri.

“Biasalah tu... kita ni bila dah tua-tua, memang musuhnya dalah sunyi dan sepi. Dan, dengan sebab itu, segala-galanya jadi serba tak kena. Kita pun jadi bertambah sensitif dengan persekitaran.“ Menyedari pokcik agak terasa, orang tua itu memberi syarahan panjang. Pokcik masih lagi diam membisu. Dalam masa yang sama, otak pula, cuba mencerna tiap patah perkataan yang diucapkannya.

“Senang macam ginilah… Apa kata kau balik kampung je. Tentu meriah. Boleh kita wat aktiviti yang menarik, alaa... cam selalu-selalu tu...,“ cadang Tok Lipat. Pokcik terkebil-kebil.

“Barangkali juga ada benarnya kata oang tua ini,“ bisik hati pokcik yang paling dalam. Kadang-kadang selain bermunajat pada Tuhan, kita juga perlu keluar dari suasana sekeliling yang menghimpit perasaan.

“Okey lah.. nanti aku balik,“ jawab pokcik dengan perlahan tapi cukup menyakinkan.

“Yihaaaaa!“ Suara di sana bagaikan disertai aktiviti terlompat-lompat , sebelum terdengar bunyi terpeleset dan berdebuk-debuk. Bunyi erangan kemudian menyusul.

Pokcik tersenyum sendirian. Ya, barangkali… di situlah tempatnya pokcik harus berada di kala ini.

Ya, Kampung Parit Sangap... Pokcik datang ni…!

10 comments:

Abang Long said...

nak ikut, nak ikut dan tetap nak ikut !!!!!

Kampong Parit Sangap tu dalam Parlimen apa ya ?

Anonymous said...

pokcik.. org lelaki x monopos le tp andropos.. jgn tergelak plk..

-antuash-

Nek Cun said...

pokcik, tak tahu lak orang lelaki pun ada monopos ke? Nekcun ingatkan orang pompuan ajer ada monopos. Teringin gak nak tahu apa tanda-tanda lelaki monopos sebab kekadang nekcun tengok atok kat rumah tu lain macam ajer moodynya... (nekcun pun tak tahu orang pompuan monopos camna sebab tak melaluinya lagi....hehehe...)

farouq said...

salam pokcik,..first time melawat blog ini..seronok lah pulak membacanya..hihihih..
lelaki monopos????awas

Rasha_rz said...

Pokcik..sunyi,marah,geram,sepi &rindu itu penyakit di jiwa.lenguh2 lutut tu petanda osteoporosis.&.. pening2 kepala & muntah2 tu tanda nak bercucu???
andropos? itulah penyakit yg membuat pokcik berasa sebegitu.kalau wanita yg monopos perlukan trapi hormon utk menten.. lelaki pun gitu juga tp bentuk trapinya berbeza. meh sini mokcik tunjuk trapinya.hihi..
atau mungkin jug dikampung pokcik ada trapinya? poi copek, usah tangguh lagi.

meen said...

Pokcik ooo pokcik..dah sihat ke?

errr..kg parit sangap itu dimanakah?? nak ikuuuut...hihi

Tie said...

Moleklah tu pokcik..mungkin dapat ketenangan di situ..

Bila Diary Bercerita said...

Rasanya pokcik stress ni.He..he..selamat berehat dikampung. Lepas ni bule cerita apa aktiviti riadah di parit sangap tu pulak ye..
(mungkinkah pokcik tengah mencari idea untuk novel baru?)

Mersik said...

abang long - jomlah kalau sudi. Kg Parit Sangap tu diantara DUN Lelap dan DUN Menguap.. hik hik


antuash - Tak kisah la.. janji ada pos pos kat hujung tu.. kekekek


farouq - mekasih krn sudi singgah. Biasalah oang tua ni.. kadang2 ditimpa perasaan gitu.. hik hik

Mersik said...

nekcun - uii toksah tahu.. nanti tak terlayan gitu karenahnya kekekek..


rasha_rz - Amboi.. cam doktor sakit tuan plak dia. kekeke.. Yo la.. nnt pokcik tanyo sama tok lipat tu.. hik hik


meen - Pokcik baik2 jek.. Ooo kg Pt Sangap tu.. jauhhhh... Jauh dimata gitu, namun dekattt di hati.. hik hik


tie - Mudah2an.. mekasih..


aishah jamal - Gitu la.. cadang nak rehat2 jek. kalau ada idea baru. syukur banyak2.. hik hik