Monday, August 11, 2008

Dunia maya...


Barangkali
Sudah terlalu lama
Aku tersesat di dunia maya

Hingga pikunku menjadi berpuluh kali ganda
Dan lesu badan tidak terkira
Selain fikiran yang putus-putus saja

Maya ini terlalu deras persahabatannya
Rasanya baru semalam
Kusapa gadis manis nan jelita
Penuh ramah mengusik di jiwa

Dan hari ini
Aku terbiar lara bagai kehilangan
semua.
Seolah tiada di depan maya

Dilupakan dan dipinggirkan.

Kata orang,
Apa yang dirasa, tidak sama pada hakikatnya
Akal dan nafsu selalu keliru

Sebagaimana manusia terlupa
Saat mereka meninggal dunia.

Sangkanya…

Mereka telah pergi meninggalkan dunia.

Hakikatnya ,
Dunialah yang sebenar-benarnya
Telah pergi meninggalkan
mereka buat selama-lamanya.

Justeru,
Aku juga harus pergi...
Meninggalkan dunia ini.

7 comments:

lieza said...

slagi blom ajal...slagi 2 le dok kat dunia ni...xkan nk pindah kat marikh kot

Tie said...

Pokcik..merajuk ke ni..janganlah gitu..Kehadiran pokcik sentiasa dihargai dan dirasai..Tie suka baca celoteh pokcik ni..Jgn henti ye..biarpun kita berdua aje yg berhubung..(he.. romantik tak).... Tie pun dah tak dgr gelak pokcik ni (hik hik).. tie buat tak sama pun..Kalau boring mai lah ke blog tie... baca kerenah tie.. mesti menyampak punya... Okey pokcik..ketawalah pokcik...

Rasha_rz said...

ala la la... merajuk pokcik ni ye? sapa punya angkara yg bikin si handsome boy ni segelisah ini? tapi bagus juga, berjaya juga pokcik merangka bait2 romantis? hik hik hik.
p/s; kak ila ketawa macam pokcik.

Anonymous said...

pokcik nk meninggalkan dunia nie..nk berhijrah ke planet mana? sy ikottt!! *bungkus kain baju, pinggan mangkuk, periuk belanga, kuali, cerek, cawan, gayung, penyapu etc etc etc...

-nor ash burn-

Anonymous said...

Alahaiii Mersik.Tusukan panah asmra maya menikam mendalam. Prie

Nek Cun said...

Pokcik... memang kita semua akan meninggalkan dunia ini, cuma masanya sahaja yang kita tak tahu. Maka sementara kita di dunia ini marilah kita penuhi hidup kita ini dengan kasih dan cinta kepada Nya...

Mersik said...

lieza - Alahaii.. nak wat cam mana? Tapi, kalau kat Marikh ada sekut n kopi tongkat Ali.. bley jugak berhijrah ke sana kekekek


tie - terima kasih la daun keladi krn menghargai pokcik ni. Alahai terharu pokcik dibuatnya. Mmg kadang2 bila kita dah tua2 ni selalu dok berkonflik dengan perasan hati nan halus mulus. Itu yg kadang2 sedih.. alahaii...


rasha_rz - amboi. saja la tu. Mmg kadang2 kena ada feelings utk mengarang sajak2 terlajak tu hik hik.. ceh ceh.. ketawa tak sedap!


nor ash burn - Uiii.. kemana2 la saja.. asalkan kite berduaa.. hu huu *wink* (patplo kali)


Prie - Adik beradik tajam manikam tu.. yihaaa


nekcun - mekasih ler krn nasihat yang membuka mata dah minda. Hidup mmg tak selalu indah. Tapi kasih dan sayang mmg tiada tepiannya.. alahaii