Thursday, February 28, 2008

Oh! Bibah...


Suatu pagi yang kelmarin, kedengaran umah sebelah agak riuh sedikit. Kalau riuh dek kerana budak Dol tu memang pokcik tak heran sangat. Pokcik kenal riuh ala2 tarzan dia tu. Sebab dia semadang jek riuh apabila hendak ke tadika. Sekali sekala di sakatnya pokcik yg sedang tercatuk2 dekat perigi belakang pondok ni.

Kadang dikatanya.. “Pokcik... takut mandi pagi ke.. ?“ atau kadang2 paling nakal di jeritnya pula.. “Pokcikkk... jangan tinggalkan Dol, Jangan terjunnn...!,“ Biasa la budak2 akhir zaman.

Namun riuh pagi ini amat asing sekali dipendengaran telinga capang pokcik. Suara garau bertingkah2 dengan suara halus serba nyaring. Rasanya macam biasa dengar, tapi.. ah, tak mungkinlah? Pokcik menggaru kepala sambil menjengah. Namun suara-suara itu semakin mudah di cam2

Sahihlah... Pak Leman dengan Mak Limah sedang tertengkar!

“Biarlah abang ambik si Bibah tu. Abang pun teringin jugak hendak yang baru.“ Pak Leman bersuara. Nekad saja bunyinya.

“Awak jangan fikir senang awak jek. Nanti dapat yang baru saya juga anak beranak yang makan pasir.“ Templak Mak Limah yang sudah naik angin.

“Apa yang awak hairankan. Saya kan banyak duit...” Pak Leman tak mahu mengalah.

“Apa yang banyaknya? Duit banyak, hutang pun banyak. Itu, budak2 nak sekolah. Ada awak fikir perbelanjaannya tu semua, duit pan, baju, buku2 dan macam2.“ bebel Mak Limah lagi.

“Limah… Limah... tentulah saya kisah. Awak ni tak kesian pada saya ka,” Pak Leman menggeleng kepala. Kecil sungguh hati dia dituduh curang pada keluarga.

“Ya… kerana kesian la saya cakap. Takut nanti awak dapat yang baru. Lupa semua sekali.” ujar Mak Limah.

“Ya la.. saya pun nak merasa jugak. Asyik naik yang itu jek.. kematu saya dibuatnya.." jawap Pak Leman sepontan.

“Awak ni macam tak boleh bersabar jek. Pentingkan diri sendiri saja..“

Mak Limah menarik muka masam. Pak Lemah terlangut dimuka tangga, bermenung jauh.

Pokcik di tingkap pondok yang terintai2 jadi susah hati dan terkejut. Hilang selera pokcik nak bersarapan kopi dan sekut pagi ini.

Ntah la, pokcik pun hairan dengan masalah masyarakat hari ini. Ada2 saya hendak dijadikan hal. Kisah2 umah tangga yg skema sebegini macam lah tak boleh tak ada. Lebih2 lagi bila mengenangkan yang Pak Leman tu baik orangnya. Manakala Mak Limah tu tak kurang pula hemahnya. Kenapa pula hendak berentakan rumahtangganya. Bibah manalah yang digilakan Pak Leman tu? Kenapa pula hendak menduakan Mak Limah, mencari yang lain?

Lainlah macam pokcik ni.. oang yg rajin mencari2 Cuma pokcik saja yg tak terbuka hati.. Isy... isyy. Pening pokcik memikirkan kisah umah tangga oang ni.

Dan,

Pagi tadi.. barulah pokck tahuuuu...

Mereka bertengkarkan pasal kereta Perodua Viva. Bukannya si Bibah...

Biasalah... bila hendak musim pilihanraya ni.. kadang2 kita selalu tersalah dengar.. hik hik

Alahaiii...

Monday, February 25, 2008

lupa...


Hari minggu yang indah seakan memberi tanda untuk pokcik melangkah. Matahari pula menyelit2 sambil terjulur barang sesinar dua di awan yang nampak ceroh. Seperti oang2 yg dirahmati gitu. Dengan penuh kobar2an di dada, sayugia dirasa... pokciklah oang yg paling berpatriotik sekali pagi ini.

Sedari pondok, pokcik melangkah perlahan-lahan, tenang dan tetap hati.

“Uii.. pokcik, nak kemana tu?“ Sapa Tok siak yang sedang menghirup teh kaw di luar kedai kopi Ah Seng seraya mengangkat tangan. Barangkali dia agak hairan kerana pokcik agak lebih kacak sedikit pada pagi itu.

“Mengundi... mengundii... " jerit pokcik sambil menunjuk jalan hala ke sekolah.


Tok Siak mengerutkan wajah. Dia terkebil2 memandang dengan rupa kurang manis sebelum mengangkat tangan lagi.

“Uishh.. bukan hari ni la pokcik. Hari ni penamaan calon. Lagi 2 minggu baru mengundinya,“ balas Tok Siak sambil mula tersengih.

“Ahh.. bukan hari ni ka?” Pokcik menyoal dengan penuh sangsi. Takut kalau2 Tok Siak sengaja berkompromi dengan partai2 di situ untuk menghalang oang tua yang ikhlas hati suci murni penuh semangat negarawan untuk pergi mengundi ka.

“Betulll...." Tok Siak mengangguk bersungguh-sungguh.

Pokcik terkedudat...

"Alahaiii... ," a
khirnya, pokcik mengeluh perlahan.

“Cam mana la boleh lupa ni?" pokcik menggaru kepala sebelum ketawa patplo kali.

Serentak dengan itu kaki ini pun mengobah hala melangkah ke arahnya. Kami duduk2 disitu menghabiskan suasana pagi bergebang akan hal politik semasa.

Sememangnya setiap kali musim pilihanraya tiba, oang akan mudah lupa gitu... hik hik

Friday, February 22, 2008

Semusim ngundi...


Musim mengundi datang lagi.

Seperti biasa sebagai seorang rakyat Malaysia yang penuh dengan semangat patriotik yg membara2 , sayugialah pokcik turut sama berasa teruja merasai kemelut yang menjadi hangat tiba2.

Maklom la, senario politik hari ini tidak sama dengan zaman pokcik muda2 dulu, yakni zaman sebelum merdeka. Rasanya seperi baru semalam pokcik pergi membuang undi ke dalam peti. Tiba2 sudah ingin membuang lagi. Isy... cepat sungguh penggal berubah.


Dalam sebulan inilah manusia boleh berubah sikap jadi 180 darjah. Ditambah pula dengan aktiviti yang paling banyak memberikan harapan selain menambah molek senyum di setiap insan yang terlibat. Banyak pula janji2 yang ditabur serentak dengan uwang bersama maksud serba tersirat.

Pokcik sebagai seorang rakyat Malaysia yang sudah muak dengan percaturan politik semasa jadi terlalu maleh nak bergolmal sama. Kalau ditekakkan di warung kopi pun, oang akan kata pokcik sudah nyanyuk agaknya. Maklomlah, oang tua kalau merapu2 nampak buruk gitu. Dari itu pokcik lebih baik diam saja. Seboleh2nya buat saja apa yang perlu.

Apa2 pun, pokcik tidak lah membenci apa jua parti yang bertanding. Cuma orang2 yg didalam parti itu saja yg kadang2 terlalu melebih dalam menabur janji. Alangkah kesiannya, kalau2 janji itu tidak ditepati. Akan merana serta makan hatilah rakyat nanti.

Apa2 pun, pokcik seperti zaman2 muda dulu akan sentiasa memberi peluang kepada sesiapa saja untuk mempimpin dan pokcik juga sentiasa menganggap yg baik2 sahaja.

Kerana, kalau tidak bahagia disini.. mana tahu di alam lain, pokcik akan lebih dikasihi, diberkati hasil kerja dan fikirbaik yang yang pokcik lakukan didunia ini.

Alahaii....

Monday, February 18, 2008

Dia datang lagiiii....


Pokcik menggaru kepala patplo kali.. Rasa seperti tidak percaya. Masuk ini , sudah dekat lapan kali pokcik hampir2 koma dan hilang ingatan.

Eh, budak Dol ni... bior betul? Apalah nak di buat kali ini? Isy.. isy.. tak abih-abih nak menyiasat, menyiasat dan menyiasat..

Ah, lantak la... nak siasat apa pun. Janji... layannnnn....


Sinopsis:

Hujan yang turun tidak henti-henti memaksa Dol dan keluarganya dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Parit Sangap. Bersama rakan-rakannya, Suppa, Ku Chai serta Yaya ditemukan dengan seorang tua yang sungguh misteri.

Orang tua itu bercerita tentang harta Sungai Loyang!

Cerita yang menyingkap suatu kisah silam menarik minat Dol dan kawan-kawannya untuk turut menyiasat.

Dan, pencarian untuk merungkai sebuah misteri pun bermula. Namun ianya tidaklah semudah yang disangka.

Mereka berhadapan dengan cabaran yang bukan sedikit.

Adakah mereka akan berjaya?

Sedangkan... air Sungai Loyang semakin melimpah.

Thursday, February 14, 2008

Ceritaku ceritamu..



Oleh kerana semakin hari pokcik semakin malas dan kekurangan idea yg segar2 untuk menulis, pokcik dengan diskaun hati 86% memberi peluang untuk anda semua menentukan ceritanya.

Dalam erti kata lain , apa yang anda semua nak pokcik ceritakan? Atau ayat sedapnya berbunyi... kalian seme nak pokcik cerita pasal apa?

Sekurang2nya terjana juga otak pokcik ni untuk memikir-mikir atau mengarang pepe ibarat menjawap karangan bahasa malaysia LCE gitu..

Tapi, jalan pula hal2 yg merapu2 atau barangkali buat pokcik terkelu.

Maklumlah, pokcik ni pemaluuu.. hik hik

Alahaii..

Tuesday, February 12, 2008

Iklan gratis...


PAsiNo 3 : JOM IKUT KAMi!

Alaf21 FC dengan sukacitanya mengajak anda semua untuk sama-sama melawat ke Syarikat Penerbitan Nombor Satu di Malaysia dan juga Penerbit Novel yang tersohor
iaitu;

KARANGKRAF SDN BHD dan juga ALAF21 SDN BHD.

TARIKH : 12 March 2008 (Rabu)

MASA : 8.30 pagi hingga 2.00 petang.

Syarat penyertaan :

1. Lawatan ini terbuka kepada semua yang berminat.
2. Peserta hendaklah berusia 13 tahun ke atas.


Sesiapa yang ingin bersama-sama kami melawat ke premis-premis tersebut bolehlah menulis ke alamat email alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk “LAWATAN”

Jangan lupa sertakan sekali NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, NO TELEFON SERTA ALAMAT RUMAH.Kami juga akan memberikan maklumat mengenai lawatan dari masa ke semasa.

Jangan lepaskan peluang anda!


Nota cagu :

Manalah tahu , kut-kut anda semua terjumpa pokcik di sana ka.. kekekeke

Monday, February 11, 2008

Kompilasi...


i.

Malam tahun baru cina bermula dengan dentuman bunga api yang serba meriah. Berketup ketap bunyinya dikejauhan pondok pokcik ni. Terang benderang langit dibuatnya sampai tersorok sang bulan pokcik tu.

Rasanya bukan itu saja perayaan yang diiringi dengan dentuman bunga api serta mercun. Malam tahun baru pun sama, Deepavali pun ada hatta nak raya pun kedengaran juga. Agaknya sudah jadi trend masa kini. Bila ada event apa2 jek adalah yg bakar mercun dan bunga api. Pokcik takut nanti, lama kelamaan, nak sambut birthday pun bakar mercun juga.

Alahaii..


ii.


Suria pagi yang menerjah dicelah-cepah dinding pondok yang kurang rapat secara tak langsung menyilaukan mata yang sedang lena. Puas sudah dibolak balik, namun bias cahayanya menyerlah jua. Suasana jadi panas dan tidak sesuai untuk pokcik bermimpi lagi.

Alangkah indah zaman yang serba canggih ini bilamana kita sendiri boleh mengawal suasana yg dikehendaki. Disebuah rumah yang canggih, dimana hawa panas sejuk boleh dikawal2 (guna aircond) serta tingkap yang boleh diterang gelap sesuka hati. Manusia boleh jadi begitu selesa sekali , bekerja dan tidur bila2 masa. Siang malam tak jadi hal, boleh saja direka2. Ini pun rasanya sudah berlaku.

Domkian la kita ini sebagai manusia akhir zaman ini. Suka benar melawan fitrah yang ada.

Alahaii

iii.

Bersantai di anjung kala tengah hari sambil makan sekut dan kopi Tongkat Ali amatlah mendamaikan. Ditambah pula ada radio buruk yang menemani. Namun kadang2 , iramanya sangat2 la menyebalkan hati.

Irama yang rancak2 , bingit, tersangkut2 itu hanya membuat hati jadi nak marah. Kadang2 pokik pun jadi hairan juga. Ada orang yg beriya sangat nak menyanyi hingga sanggup berusaha menyertai segala macam pertandingan itu ini.

Dan apabila diberi peluang dan sah menjadi penyanyi. Dia tidak bernyanyi pula. Hanya bercakap2 sahaja. Komdian dalam lagunya, ada la satu dua nada yg terlenggok.


Selebihnya hanya cakap, cakap dan cakap.. Tunggang langgang suaranya. Kadang2 bercakap laju bagai dikejar hantu.


Itu yang bila pokcik dengar lagu "Dia datang" (versi mutasi), hampir2 pokcik nak terkoma..

Entahlah, oang kata itu irama rap. Pada pokcik itu bukan rap, tapi rap'u'

Alahaiii..


Nota cagu :

Janganlah marah pokcik. Pokcik hanyalah sekadar orang tua yang kurang giginya.. hik hik

Wednesday, February 06, 2008

Selamat Tahun Baru Cina...


Pokcik mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada sekelian pengunjung yang di kasihi , Selamat bercuti sempena menyambut Tahun baru Cina.

Memang M'sia ni mewah dengan cuti-cuti perayaan dek kerana berbilang kaum dan budaya. Semoga anda semua ceria selalu dan mempunyai aktiviti yg menyeronokkan untuk menghabiskan cuti yang agak panjang ini.

Kalau hendak berjalan jauh, pastikan kenderaan adalah selamat. Jangan memandu ikut nafsu atau ikut orang depan yang laju, tapi ikutkan undang2. Ingat pokcik yg tersayang.. hik hik..

Moga anda semua ceria selalu dan happy bersantai2an bersama keluarga atau mereka2 yg menggumbirakan hati serta perasaan.

Tuesday, February 05, 2008

Semalam pokcik bermimpi...


Semalam pokcik bermimpi.

Sungguh, seronok dan mengasyikkan. Ia meninggalkan kesan yang amat dalam.

Entah kenapa kenangan seolah2 memberi ihsan pada pokcik untuk memilih mimpi mengikut citarasa hati dari sebahagian kenangan yang tidak begitu indah akhirannya (secara realiti). Ini kisah berpuluh tahun dulu.

Pokcik bermimpi bertemu cinta hati pertama. Entahlah, terasa malu pula hendak bercerita. Sementalaah kisah itu pun sudah berkurun lama pokcik padamkan dalam lipatan kenangan ini.

Ditepi kali yang tenang, air mengalir lesu mengairi sawah yang luas terbentang. Di situ, pokcik setia menunggu. Di kala itu, hati dicengkam debar yang amat panjang. Penantian tidak pernah menyeksakan.


Apabila melihat dia dari jauh, darah muda seakan menggelodak bersama debar yang laju menebak dalam dada. Akhirnya dia datang juga. Bersama senyuman ikhlas, membuat rasa hati semakin menggebu2 dan berbunga2. Mungkinkah dia sudah mendapat tanda atau mengetahui isi hati ini?

Kami berbual sambil sesekali mengerling dan memandang. Namun tidak mampu menatap lama2, kerana karan yg terhasil dari pandangan mata hanya akan menambah gelora sahaja

Di saat itulah dengan beraninya pokcik meluah rasa. Mendambakan yang cinta2 sahaja. Disahut dengan senyap yang panjang sambil sesekali menunduk malu. Hanya raut wajahnya sahaja yang menjawap penuh makna. Tersipu2 dengan wajah serba kemerahan, seolah2 tidak percaya akan lahir juga kata2 keramat itu dari mulut pokcik.

Petang yang sepoi2 bahasa jadi lebih sinar bersama deretan padi yang berpuput lembut. Bagaikan menjadi saksi akan rasa hati yang baru berputik ini. Dan seperti insan lain yang dilamun cinta (suci) , pokcik berharap iakan akan terus kekal subur hingga kami disatukan kelak nanti.

Saat itu memang paling indah sekali dalam hidup kami.

Sayangnya, pokcik terjaga lewat pagi dengan rasa terkilan yang tak sudah. Mimpi indah dibawa pergi begitu sahaja. Pokcik terkedu seraya mengusap pipi. Ada air yang mengalir dari tubir mata ini.

Barangkali sebentar tadi jasad pokcik berkonflik diantara alam mimpi dan realiti. Hakikatnya kisah tersebut sudah terpadam lama dari ingatan fikiran pokcik bersama cinta dan rasa yang membara suatu ketika dahulu. Kasih terputus ditengah jalan. Akhirnya, pokcik membawa diri... melara hingga ke hujung usia.

Untuk seketika, pokcik rasa sangat gembira.Sekurang2nya kata sudah terzahir. Diam sudah menandakan terima.

Oh, terima kasih sang mimpi kerana memberikan pokcik kenangan ini. Walau pun hanya seketika, tapi sudah cukup untuk menggembirakan hati tua ini.

Harap-harap, ia akan berulang kembali.