Saturday, June 16, 2012

Tanpa negara.

Beberapa kali menonton tiwi tentang isu pelarian Rohingya, pokcik berasa amat sedih dan terkesan sekali.
Bagaimana ya, orang yang lahir di satu-satu tempat di mana tok nenek moyang mereka dulu juga telah ada sejak berkurun-kurun lama dulu, telah dinafikan hak mereka untuk menjadi warganegara. Semuanya gara-gara kerakusan politik dan agama. Walaupun mereka etnik minoriti, mereka tetap mempunyai hak juga.
Sebaliknya, mereka ditindas dan dianggap sebagai pendatang. Dijadikan buruh paksa dan selalu jadi pemantauan pihak tentera. Oleh kerana ramai yang tidak tahan dengan kehidupan sebegitu, mereka lari menyelamatkan diri mencari tempat lain untuk meneruskan hidup. Maka, bertebaranlah mereka diseluruh asia seperti Bangladesh, Thailand, Malaysia dan dibeberapa negara lain. Dalam masa pelarian, ada yang terpisah dengan keluarga, anak, isteri, adik beradik, ayah, ibu dan sebagainya. Kemudian, tiada jaminan entah bilakah lagi akan bertemu. Entah bagaimanakah perasaan mereka dengan perpisahan itu?
Namun layanan yang diterima di tempat baru, tetap juga sama. Walaupun mereka tidak dicederakan, tapi hak-hak seperti mencari pekerjaan, persekolahan anak-anak tetap juga dinafikan. Maka duduklah mereka dikhemah-khemah pelarian selama bertahun-tahun. Terpaksalah mereka mencari apa saja pekerjaan buat untuk kelangsungan hidup yang paling asas.
Demikianlah kisah mereka secara ringkas,
Berbanding dengan kita, alangkah beruntungnya kita ini mempunyai negara yang aman dan damai. Hidup selesa dan boleh menikmati pelajaran dan pekerjaan setinggi mungkin. Boleh berjaya mengejar cita-cita, menjadi kaya dan keluarga bahagia.
Maka sayugiakan kita patut sentiasa sedar diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi.
Namun yang paling penting sekali, kita dapat hidup dalam nikmat Islam dan Iman.

6 comments:

miloaiskurangmanis said...

biasa begitu lah pokcik - puak minoriti ni memang selalu di tindas - walopon asal-usulnya depa yg bukak tempat tu... dah banyak terjadi di negara2 yang bergolak ni...
kerakusan manusia - yang pentingkan diri sendiri salah satu penyebabnya

Anonymous said...

доходы Граждан России работа В Интернете Книги как Стать Богатым Быстро легкий Заработок доход В Виде Дивидендов [b][url=http://plusdruga.ru/]билайн интернет работа[/url] [/b] работа В Интернете На Дому Для Новичкам
[b][url=http://shtukarus.mg-s.biz]модель расходы доходы[/url] [/b] расчет Среднедневного Заработка При Увольнении работа В Интернете Почты как Ускорить Работу Интернета [b][url=http://gold-million.ru]бесплатно как стать богатым[/url] [/b] создай Корпорацию И Стань Богатым справка О Доходах Украина сайты Для Заработка На Кликах

____________________________
http://forum.helpa.ru/index.php/topic,12913.new.html#new
http://la2.chg.su/chtc/index.php?topic=3519.new#new
http://board.in.dn.ua/component/option,com_marketplace/page,show_ad/catid,2/adid,49642/Itemid,26/
http://kolesova.com.ua/forum/index.php?/topic/42361-%d0%b1%d1%8b%d1%81%d1%82%d1%80%d1%8b%d0%b9-%d1%81%d0%bf%d0%be%d1%81%d0%be%d0%b1-%d0%b7%d0%b0%d1%80%d0%b0%d0%b1%d0%be%d1%82%d0%b0%d1%82%d1%8c-%d0%be%d0%bd%d0%bb%d0%b0%d0%b9%d0%bd/

Anonymous said...

" DEMI KEBENARANMU YANG SEBENAR-BENARNYA MAHA PENCIPTA,daku memohon keizinan dariMU yaALLAH untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com ' daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU.Syukur Terimakasih yaALLAH dengan nikmat jasad dan nyawa ini..Sejahtera DIRIMU yaALLAH.." saudara-saudari yang dkasihi smua,semestinya kita insan yang mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA.luangkanlah masa kita untuk melayari blog ini krn ssungguhnya kita smua sudah ksuntukan masa,PCAYALAH!! INI YANG TERAKHIR SEBELUM DUNIA BERAKHIR!! Salam kasihsayang..adam7

Anonymous said...

Hello it's me, I am also visiting this web site () regularly, this site is genuinely fastidious and the
visitors are actually sharing nice thoughts.

maza said...

Sonyap jah blog pkkcik ni. Hehehe

Ate udah tutup kedai di sini ke?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.