Pokcik sebenarnya baru saja baik dari demam. Empat hari pokcik terlepek saja kat pondok. Badan dedor-dedor, kepala pusing dan bisa-bisa seluruh badan. Sewaku ke klinik kesihatan yang terdekat hari tu, memang ramai yang mengalami deman-deman begini. Baik kanak-kanak , orang muda atau orang tua. Ada yang batuk-batuk dan juga selsema. Terutamanya kanak-kanaklah. Kesian pokcik menengokkannya, asyik merengek dan menangis saja. Biasalah, kalau budak-budak dah demam, mak ayah boleh jadi tidak keruan melayan. Kadang sampai tidak tidur malam dibuatnya.
Kata doktor, ini disebabkan oleh virus. Bermakna bukan sebab pokcik terkena hujanlah ek? Di tambah dengan cuaca yang panas dan lembap, agak mudah virus-virus berterbangan dan disedut oleh orang lain. Mana-mana antibodi yang lemah, mudah terkena jangkitan. Ini membuatkan pokcik berasa amat takut sekali. Apa tidaknya, kalau sering saja demam, kita pun susah hati. Lebih-lebih lagi oang tua macam pokcik ni, kalau dah demam, siapalah yang nak melayan. Alahaii..
Bila dah terbaring, terlepek tak berdaya tu. Terkebil-kebillah biji mata melihat ke atas. Mujur otak masih boleh lagi berfungsi. Melayari kenangan-kenangan silam mana yang teringat tu. Zaman-zaman kecik, zaman remaja hingga ke tua. Komdian, bayangan teman-teman tapi mesra dan kawan-kawan yang kita suka silih berganti. Ianya ibarat layar perak yang berputar di pawagam.
Cuma.. dalam hati tua ini, takut juga kalau-kalau putarannya tiba-tiba terhenti. Masa tu, kemungkin otak pun terhenti dan mata terpejam selamanya. Waaaaaa…
Mudah-mudah tidak gitu. Andai tiba saat itu, biarlah pokcik berada di dalam keadaan bersedia.
Mudah-mudahan ya.
Alahaiii…
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
5 comments:
jaga diri baik2 ye pokcik
skang ni musim le...
cuaca pun... tak berapa nak ok
kejap ujan... kejap panas
salam,
saya doakan Pokcik semoga cepat sembuh..
perbanyakkan minum air masak sahaja...
rehat secukupnya dan sambil baring-baring tenung syiling tu perbanyakkanlah zikir ke hadrat Allah SWT... berzikir, bertasbih, bertahmid semoga masa rehat yang Allah beri ini sentiasa terisi dgn mengingati Allah SWT...
huhuhu
seisi rumah maza juga sudah tumbang kena virus demam.. yg masih mampu bertahan maza dan ayah. huhuhu
mudah2an segala2nya pulih dan selamat sejahtera gitew..
miloais - terima kasih di atas ingatan. Mmg musim2 begini pokcik amat takut sekali sementelaah antibodi oang tua ni dh semakin lemah gitu. Alahaii..
Pn. Nurazzah - Begitulah bila sudah dilanda dugaan sebegini. Hal-hal demam ni jangan kata budak2, oang tua pun tak tahan juga.
Maza - Mudah2an semuanya baik2 saja. Kalau oang tua leh tahan lagi, budak2 kena leceh sikit. Merengek je sepanjang malam.
Post a Comment