Thursday, September 30, 2010

Raya yang basah...


Beberapa hari selepas raya ini, pokcik rasa hujan kerap benar turun. Komdian selepas memikirkan bahawa kita sedang berada di penghujung tahun maka sayugialah angin-angin monsun tenggara, barat daya, timur daya err err apa-apa daya lah dia nak tiup pun (hik hik) akan segera bertiup membawa segala macam angin yang sejuk-sejuk dan awan yang semadang je kelabunyake serata alam termasuk Asia ini. Ya, kita sekarang berada di dalam musim hujan.

Maka saban pagi atau petang hatta malam sekalipun, aka nada titis-titis air yang turun, gerimis atau lebat bergantung kepada ketentuan Tuhan yg maha Esa. Dan kita sebagai hambanya, harus menerima dengan lapang dada dan syukur yang bertambah-tambah.

Ada oang kata musim hujan ni leceh sikit. Ya lah, kalau hujan pagi-pagi tu, memang leceh orang nak buat aktiviti. Budak-budak nak ke sekolah, orang tua nak pergi ofis, nak masuk kebun toren getah dan macam-macam lagilah halangannya. Tapi ibaratnya laut yang ada pasang surut begitulah keadaan hawa dunia ini berputar. Mujur di tempat kita tiada empat musim, kalau tidak, setiap musim berganti, maka banyaklah perubahan yang kita kena buat. Tukar baju, tukar kerja, tukar waktu tidur dan lain-lain lagi. Ya lah, takkan nak pakai singlet time musim salji, ada yang mati kejang nanti.

Apa pun, Cuma pokcik nak nasihatkan supaya terus menjaga kesihatan. Musim hujan ni orang cepat selsema dan demam. Pokcik pun hari tu nyaris-nyaris terlantar pening kepala yang teramat. Mujurlah ada panadol standby.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Sediakan panadol selepas hujan.

Akhir sekali, walau bagaimana keadaan dan cuaca sekali pun melanda, sisa-sisa raya akan kita teruskan hingga ke suapan ( di rumah-rumah terbuka ) yang terakhir. Yippaaa!

Hik hik

Monday, September 20, 2010

Rasa-rasa Raya...

Alhamdulillah, syukur pada Tuhan kerana masih lagi menyayangi orang tua ini. Memberi peliuang untuk berhari raya lagi. Alahaii.. sedar tak sedar dah beberapa hari pokcik balik dari Kampung Parit Sangap tu.

Suasana raya di sana, seperti biasa.. meriah2 mesra gitu yakni bagi golongan-golongan kami ler, orang-orang tua penyambung warisan hik hik. Apalah yang hendak di kata, raya tetap tiba juga dengan seribu warna-warninya. Dan satu yang pokcik pelajari bagi setiap kali menjelang Syawal ini adalah, kedatangan raya ini umpama emosi pada manusia.

Ada oang tahun ni raya biasa-biasa
Ada orang tahun ni beraya bagai nak rak, meriah sakan tak ingat dunia.
Ada orang tahun ni beraya dalam duka cita, lara yang menyentak-nyentak dada

Seperti pokcik katakan.. raya adalah ibarat emosi manusia gitu.

Dan pokcik punya rasa.. pada raya tahun ini.

Adalah, sedikit-sedikit dari rasa-rasa di atas. Jadilah, buat rasa-rasa.


Hik hik

Wednesday, September 08, 2010

Salam Aidil Fitri dari Pokcik @ Pondok Buruk

Assalamualaikum..w.b.t

Nampaknya Ramadan sudah mula merangkak pergi mengundang sinar Syawal yang ceroh memancar-mancar kemilaunya. Keriangan sudah mulai terasa di sana sini bersama dentam dentum bunga api dari sumber entah mana ( pasaran gelap). Dan keterujaan untuk kembali ke pangkuan ayah bonda tercinta nun jauh di kampung sana semakin menggebu-gebu gitu. Peluang bertemu sanak saudara, adik abang, datuk nenek, pokcik ,mokcik , teman tapi mesra , mak atau pak mertua angkat, buah hati pengarang jantung serta dan kaum keluarga di hari indah yang penuh meriah ini sememangnya begitu amat ditunggu-tunggu.

Apa-apa pun, dikesempatan yang tak menyempat-nyempat ni, pokcik dengan rendah hati , dari hujung jambul sampai hujung cagu, menghulurkan sembah salam, sembah penuh bersopan santun, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap disepanjang anda semua mengenali diri ( juga meminati diri ini hik hik ) di ruangan fesbuk tanpa sempadan ini. Dan, disepanjang anda keluar masuk, naik turun ke pondok pokcik
yang maha glamer itu kut-kutlah ada rasa yang tak puas dirasa ka, pokcik katakan sorry lah juga.

Maklomlah, kadang-kadang kita tak perasan gitu akan segala sikap dan sifat buruk yang terlindung. Manalah tahu, dalam pada mengomel-ngomel, bersembang-sembang, bertonyeh-tonyeh, berngigau-ngigau, ber tot tet tot tet dan segala macam ber ber lagi, ada timbul rasa yang kurang selesa di hati kalian. Ada rasa marah atau pun geram serta memendam perasaan. Apakan daya, pokcik hanyalah insan biasa yang serba kekurangan, namun sedikit rupawan. Sedikit sahaja.. hik hik

Atau barangkali, ruang maya pokcik ini secara hakikatnya tidak dapat memberi segala kesenangan di hati kamu yang serba muda mudi dan penuh trendy. Apa yang pokcik tuliskan kadang kala ketinggalan zaman gitu dan tidak menepati citarasa dan topik cerita masa kini. Apa nak buat? Inilah saja yang mampu pokcik adakan. Bercerita pada ruang masa yang terbatas, akibat ketuaan melampau dan kebutaan teknologi yang berlari kadang memecut laju. Walau apa pun, percayalah, hati pokcik tetap baik dan ikhlass.. kekekek

Selamat pergi dan balik ke kampung masing-masing. Pokcik doakan perjalanan anda selesa dan lancar selancar Ford Lancer. Hati-hatilah semasa memandu di jalan raya. Ingat, jalan raya bukan tempat beraya. Walau kenderaan apa yang anda gunakan hatta Jengkauk dan jentolak sekalipun, jangan memandu terlalu laju. Kalau ngantuk mata dan letih tubuh badan, rehatlah dulu dan ngeteh-ngetehlah dengan penuh nikmat di prasarana yang di sediakan.

Pokcik harapkan lagi, semoga anda semua akan bergembira selalu di hari yang mulia ini. Kalau makan ketupat, rendang, lemang, kari, serunding hatta meggi mee sekalipun, janganlah lupakan pokcik yang hensem ini. Jangan pula kamu makan terlalu banyak, seolah-olah melepas geram puasa sebulan kerana nanti... kolesterol, gula , darah, uric acid, semua akan mencanak-canak naik. Silap-silap berat badan kamu pun naik jugak. Justeru kelak, kamu akan menjadi kurang kacak dari pokcik.. Tentu kamu semua tidak mahu jadi begitu kan? hik hik

Sampaikan salam pada oang kampung semua termasuk Pak Bilal, Tok Siak, Pak Imam serta kumpulan kompang kampung semua. Mana-mana saudara mara yang dah tua atau sedang sakit, ziarahilah mereka dengan segera. Nanti kalau tahun depan, mereka pendek umur, baru korang nyesal tak terkira.Sambil tu hulur-hulurkanlah barang singgit dua tanda sedekah yang ikhlas. Alah, mereka bukan hendakkan wang kamu pun. Dan tua-tua atau sakit-sakit begini perhatianlah yang mereka lebih perlukan. Mungkin sekarang kamu tidak faham,nanti esok-esok bila kamu dah sebaya dengannya baru kamu tahu. Dunia ini berputar setiap hari. Masa kamu akan tiba.

Akhir sekali, semoga Syawal tahun ni akan lebih meriah dan beerti untuk kalian.Selamat bergembira di sepanjang lebaran ini.

Raya jangan tak raya
Raya jangan tak raya
Raya jangan tak raya

Yihaaa…

Nota cagu :


Pokcik akan bercoti raya selama seminggu. Mungkin lebih kalau pokcik tak lupa diri aaa.. Parit Sangap telah lama menanti, aduhaii... Selamat merindui pokcik aa.. hik hik

Monday, September 06, 2010

Dekat dah ni...

Uii... lagi 3 hari nak raya aa..

Err... err.. err.. pokcik kehilangan kata-kata gitu..

Hik hik..