Tahun ini pokcik berasa seperti sangat tidak berdaya. Tidak seperti dua tiga tahun yang lalu, yang mana waktu itu, pokcik sangat aktif menulis dan suka bercerita entah hapa-hapa tah di pondok buruk ini. Tenaga yang ada sangat mantap, mengalahkan tenaga orang muda. Ianya bagai dibius-bius dan ditonik-tonik untuk terus aktif. Tetapi, entah kenapa, tahun ini jadi begitu perlahan rentaknya. Merudum bagaikan batu-batu kecil yang jatuh bertaburan di lereng bukit yang curam.
Dalam hati, pokcik sering tertanya-tanya akan hal ini...
Dalam menung semalam yang sangat jauh, akal ini terfikir akan sesuatu benda yang selalu disebut orang sebagai "hayat masa". Hayat di mana setiap yang bermula pasti akan berakhir juga. Hayat bagi setiap sesuatu permulaan menemui titik noktah dan seterusnya hilang ditelan arus zaman, dilupakan dan sesekali dikenang-kenang gitu.
Entahlah, pokcik tidak dapat menafsirkan keadaan ini. Barangkali sudah sampai masanya pokcik meletakkan papan tanda “berhenti” pada garisan perjalanan maya ini. Berhenti dari bergebang-gebang dan melatah-latah di pondok yang ceria ini. Berhenti dari tersenyum manja dan menyapa mesra. Walau dalam hati tidak merelakan namun hakikat kehidupan tidaklah seperti yang kita harapkan.
Di tambah dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan pokcik untuk kekal berdiri di sini untuk selain berkongsi idea bersama-sama pengunjung semua, maka sewajarnya pokcik berundur dari "alam maya" ini.
Beberapa penyakit-penyakit manja yang dulunya hanya tertenggek dijendela sudahpun mula masuk tanpa direlakan, memenuhi ruang-ruang saraf dan jalinan organ di tubuh badan, melemahkan sistem imunisasi dan ghairah hati untuk terus mengharungi hidup yang canggih ini.
Pokcik pasrah. Pokcik harus bertahan.
Dalam dada ini, semangat masih terus membara, menyala-yala untuk terus menukilkan kata, walau pun tidak konsisten entrinya. Tidak tentu idea-ideanya dan kabur-kabur pula faktanya.
Namun, pokcik akan terus mencuba.. Yihaaa...
Zzzzzz....
Alahaiii…
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
3 comments:
Jangan begitu pakcik.
Sayu pulak rasanya.
Kadang-kadang kita agak tertekan, kerana persekitaran, kerana kesihatan... tapi, menulis ni dapat melegakan tau. Tentu pakcik tahu hal ini.
Tak mengapalah... rehatlah dulu.. lepas ni tulis la lagi, ya..
.
.
.
Err... pakcik.., pakcik..!!
Tidur ke ??
Salam ,
Kita sebaya,kalau tidak pun saya atau anda lebih tua.Maaf !
Adakala Tua itu sesuatu yang relatif. Badan kelihatan tua namun hatinya masih muda.Urat sarafnya kendur tapi mentalnya mengatasi serbu anak muda.
Yang pasti Allah tidak menjadikan saseorang itu "tua" kecuali ada hikmahnya.
Sayu pun sudah tua,tapi saya bangga
kerana saya semakin hampir dengan Allah , kekasih sejati.
Insyallah,kita sama-sama mendaki gunung , menuruni lurah dan merentasi hutan belantara untuk kembali menemuiNya.
Uhh..uhh..zzzz....z...
Salam pokcik
Jangan mengalah sebelum waktu nye..gi la jalan2 keliling kampung, menghirup udara segar, menikmati alam indah sekitar..jangan duk depan pc jer..insyaallah pokcik akan lebih bertenaga,ceria dan kurang stress..
Gerenti lepas ni pokcik rase segar bugar bugar wlaupun penyakit datang berkunjung..
Post a Comment