Thursday, January 28, 2010

Menjadi tua...

Menjadi tua tanpa persediaan yg rapi, hanya berharap-harap segalanya bisa diatasi mengikut fitrahnya alam, adalah satu fikiran yang sangat ngeri.

Cuba bayangkan, sedang kamu enak-enak melayan roti canai dan kopi o kaw di sebuah warung mamak, tiba-tiba ada rasa sakit yang menjalar-jalar di dalam dada sebelah kiri, menyebabkan anda merintih-rintih sebelum tergolek kesakitan dan akhirnya terlantar di rumah sakit. Lebih tragik lagi, anda juga dikhabarkan mengidap sakit jantung.

Dalam waktu yang lain pula, sejak beberapa minggu tubuh berasa lemah-lemah dan tidak bermaya sentiasa. Selalu rasa nak tidur dan malas hendak beraktiviti namun hanya selera anda saja tetap seperti biasa malahan lebih bertenaga pula. Setelah menjalani pemeriksaan terkini, anda di sahkan mengidap kencing manis.

Pada hari yang lain, sewaktu anda bangun pagi, tiba-tiba kaki membengkak di bahagian ibu jari, membulat kemerah-merahan di celah sendi dengan rasa bisa-bisa yang tidak bisa di tahan-tahan lagi. Doktor Sammy di klinik berdekatan mengatakan anda diserang gout ( setelah di periksa kandungan kencing dan urik asid nya )

Jadi, Adakah kejutan-kejutan ini benar-benar mengejutkan? Atau anda sudah tahu sedari awal bahawa semua ini akan berlaku.

Seperti juga sang ibu yang memarahi anak-anak mereka sejak kecil kerana malas belajar, nakal, tidak mendengar kata, degil, jahat dan sebagainya, begitulah juga apabila menjadi tua, kita harus di marah-marah juga. Kerana kecilnya kita dengan sifat-sifat yang disebutkan tadi akan bertambah apabila menjadi tua. Cuma masalahnya tidak siapa yang akan memarahkan kita.

Itulah dia faktor-faktor kesihatan yang seringkali kita abaikan. Bila dah tua lagilah kita semakin lupa. Di tambah pula apabila anak-anak sudah berdikari dan sering kali merai-rai kita dengan makanan-makanan yang sedap-sedap dan serba segera. Mampukah kita menolaknya?

Itulah risikonya apabila menjadi tua. Kita mudah diserang sakit. Tubuh pun sudah semakin lemah, tulang temulang jadi rapuh dengan segala sistem sedikit terjejas prestasinya. Banyak yang sudah berubah.

Kebiasannya memang begitu. Namun itu bukanlah alasannya. Kita pernah tahu atau kenal mana-mana orang tua yang sentiasa sihat dan bertenaga walaupun usia sudah melebihi 60 atau 70 tahun. Tetap segar untuk ke kebun, ladang, sawah atau laut sekalipun. Jarang mendapat sakit-sakit dan organ dalaman masih dalam keadaan baik seumpama orang muda gitu. Beginilah yang kita mahu.

Menjadi tua juga perlu dinikmati bersama kesihatan yang baik. Kita tidak mahu menjadi tua dan tidak berupaya. Hanya mampu terlantar dikerusi roda atau katil dan tidak mempu mengurus diri sendiri.

Oleh itu, sebelum kamu menjadi tua.. bersegeralah menjaga serba serbinya terutama hal-hal kesihatan kerana jauh di sudut hati kamu, memang teringin untuk menjadi oang tua yang sihat sejahtera dan sedikit trendy.

Macam pokcik lah juga.. hik hik

4 comments:

Nurul Nadiah said...

pokcik,
nadia rasekan,
nadia pun akan jadi tua sebelum masenye. asyik nangis je. cemana nak jadi awet mude?

oh.

Cuba berhenti meratapi sebuah kisah kehidupan yang sukar difahami yang lainnya.

apa pun

hidup perlu diteruskan

kan pokcik kan?

rindu same pokcik

=)

mohamad kholid said...

risau aku baca entri pokcik kali ni...

zara aluwi said...

Assalamualaikum Mersik,

Sudah menjadi fitrah, ada manusia yg panjang umurnya sampai ke tua jua. Usahlah gundah meniti usia itu. Hadapinya dengan penuh keinsafan. Ketika usia ini, perlebihkan amal dan kedakati Allah Yang Maha Berkuasa. Kita tidak tahu bila akan dijemput oleh-Nya.

Mersik said...

Nadia - Hik hik alahaii ciannya dia. Masa ni muda ni elok dinikmati dgn sepenuh hati, sementara tak banyak benda yg nk difikirkan atau menanggung apa2. Yg penting perancangan utk menghadapi hari muka. Ya, hidup perlu diteruskan. Nak awet muda.. kenalah sentiasa ceria cam pokcik ni..

Haaa , rindu?? wahhh, toing.. toing.. (koma jap) hik hik


mohamad kholid - hik hik biasalah, saling ingat mengingati gitu.


Zara Aluwi - Terima kasihlah di atas nasihat yg diberi. Mmg hanya oang tua saja yg memahami hati oang tua sesama. hik hik