Friday, January 22, 2010

Kontang...


Tahun baru dua ribu sepuluh ni tiba-tiba pokcik jadi orang tua yang kekontangan idea. Baragkali setelah berpuluh-puluh tahun ( 3 thn lebih je hik hik ) berblogga-bloggi di sini, idea semua sudah mencurah abis. Otak pokcik sudah jadi pegun dan statik.

Kadang-kadang pokcik rasa hendak saja mengulang balik cerita-cerita lama. Nanti apa pula dikata oang, sudahlah menggelarkan diri serba trendy, tapi ceritanya tak trendy pulak. Alahaii.. dilema sungguh hati ini.

Nak cerita politik, pokcik bukan reti sangat. Lagipun, cerita-cerita politik ni banyak sisi gelapnya dari yang cerah dan menceritakannya pula hanya akan membuatkan hati asyik tak puas serta nak marah saja.

Nak cerita cintan-cintun pula, nanti di katanya oang tua tak sedar diri, usia dan semakin lanjut syuruk, perangai tak senonoh pula. Sedarlah gigi tu cuma sebatang dua, ada hati dan mengatal. Domkianlah masyarakat suka mengata walau pun pokcik ni serba ikhlas hatinya.

Nak cerita yang berteknologi tinggi, seperti pasaran saham, harga minyak, komoditi getah atau kelapa sawit lagilah tak terfikir secalit pun dalam kepala. Maklomlah, bermain-main dengan angka ni salah satu dari kelemahan pokcik walau hakikatnya pokcik suka tengok angka ribu-ribu atau juta-juta. Sekurang2 nya impian pokcik masih lagi tak berubah iaitu menjadi kayoo..

Habis-habis pun, bila pokcik berdiam lama tu... anggaplah pokcik tengah mencari-cari idea.

Kekonon-kononnya la tu.. hik hik

9 comments:

Purpleheart said...

pergila bercoti2 mesia.. pasti pasni ide mencurah-curah macam air terjun.. hik hik..

miloaiskurangmanis said...

pokcik kena gi merehatkan minda
baru le ada idea lepas tu...
mungkin la ni
dah tepu sesangat
tu yg payah idea nak mari...

miloaiskurangmanis said...
This comment has been removed by the author.
miloaiskurangmanis said...
This comment has been removed by the author.
miloaiskurangmanis said...
This comment has been removed by the author.
Mersik said...

Purpleheart - Alah nk bercuti ke mana? Bukan ada bejet pun. paling kuat pun balik kg. Yihaa.. hik hik


miloais - Hik hik hakikatnya, otak bukan tepu. Tapi karat, maklomlah.. dah tua gitu. Badan pun tak berapa nk sihat. Kalau badan tak berapa sihat, maka otak pun ada sangkut2 la juga. Alahaii..

zedmagel said...

Salam Pokcik,

Gitule gamaknya otak orang tua. Yang muda berblog orang tua nak ikut. Last-last blog tak ada cerita.

Gi lawat-lawat blog kekawan cerita baik copy/paste jek...

zara aluwi said...

Idea tu ada tapi adakalanya tertahan kerana tidak sesuai untuk hebahan. Silap-silap masuk gawang jeriji.

Nurul Nadiah said...

nadia pun selalu cenggini
memanjang blur

kdg2 nadia malas sebenarnye =p