Monday, November 24, 2008

renyai...


Beberapa hari yang lepas, hujan agak merenyai hampir lewat pagi. Bumi jadi basah dek rintik-rintik yang melata membentuk takungan air yang berkocak-kocak dan beralun. Kadang-kadang jatuhnya menimpa daun lalu luruh mengalir turun ke tanah, meninggalkan bekas yang sejuk dan dingin.

Dalam masa yang sama, nun jauh di dalam dewan, atas bukit UiTm Shah Alam, ada air mata yang jatuh membasahi pipi tua ayah bonda. Datangnya mereka dari jauh dengan penuh semangat, Sanggup walau disuruh menapak-napak, naik turun bas berlama-lama, semata-mata kerana hendak melihat anaknya di atas pentas sana, berkonvokesyen penuh bergaya, menyalami yang dipertua untuk mengambil skrol menandakan sudah berjaya menamatkan pengajiannya.

Kepada graduan-graduan yang berjaya, tahniah si daun keladi pokcik ucapkan.

Semoga anda semua akan menjadi insan yang berperangai mulia, tinggi akhlak dan bersih jiwanya.


6 comments:

siti.zaimar said...

teringat masa konvo.. mak cium dahi dan ucapkan terima kasih sebab dah sampaikan hajat dia nak tengok sorang anak dia jadi graduan.huhu.

sekarang tanggungjwb anak pulak menjaga mak bapak kan pokcik kan.

Suzi said...

bangganya mak ayah tengok anak2 dia terima ijazah...menitis air mata gembira...
teringat suatu waktu dulu...

NURAZZAH8 said...

pokcik, ada buku terbaru ke?
anak saya dah baca ketiga-tiga buku pokcik...cepatlah keluarkan cerita baru...

Mersik said...

cengkiau - Biasalah tu. mak bapak dulu2 manalah belajor tinggi sangat. Jadi kerani pun katanya dah macam beso jek. Skg ni bila anaknya naik pentas ambik sijil lagi la dia seronok sakan. Hah, pandai2 la ye jaga mak ayohnya.. Kalau ayoh ajak ngeteh2.. ikutt jekkk... kalau tak larat, ajak la pokcik sekali hik hik


Suzi - Mmg begitu rasa hatinya. Tak caya.. tengok jek la skg ni.. bila anak2 grad tadika jek mak ayoh dan nk nangis keterharuan. kekekekek hu huuu


Pn. Nurazzah - Buku baru? Uiii ader... aderr... tunggu aa.. maklom la.. buku oang tua.. slow sikit hik hik alahaiii..

m.q said...

pokcik...sy dulu konvo sorg2 ja tau
sedey ooooo.....
hukhukhuk....:( :( :(

Mersik said...

masni qisrine - Alahaii sedihnyer.. tak apalah.. janji meriah gitu. Sambil2 tu berkongsi kegumbiraan dgn teman2 yg ada..