Wednesday, May 21, 2008

Habuk...

Pada suatu ketika…

“Ini pasal perjuangan!” tekan Tok Lipat yang sudah seperti ahli Parlimen lagaknya. Berkobar-kobar dia berhujah mengenai ketuanan melayu dan arah tuju parti yang disayanginya sejak dulu.

Pokcik hanya mengangguk kepala mengiyakan kata-katanya. Sememangnya malam yang begitu sepi, sambil bersekedudukan di atas tangga dan berbicara politik, memang amat mengironikan. Apatah lagi bila setiap isu yang dikupas datangnya dari para veteran pinggiran yang sudah lama makan garam.

“Dulu orang berparti sebab nak merdeka, nak naikkan taraf hidup, nak bior senang anak cucu. Sekarang ni... matlamatnya dah lain, dah lebih kepada kepentingan peribadi, kroni sana sini.“ Tok Lipat terus meluahkan kekesalannya. Dia seperti ahli politik bersih yang tak puas hati. Sementara pokcik turut sayu, seperti calon politik masa kini yang hilang wang pertaruhan.

“Macam manalah bangsa nak maju kalau asyik didiskriminasi dan selalu pilih bulu. Semua projek besor-besor kasi pada sedara mara,” Tok lipat semakin kecewa. Dia yang hampir seusia dengan pokcik melihat politik masa kini dengan rasa berbelah bagi. Setiap hari, ada-ada sahaja cerita yang tidak sedap pasal politik tanah air dan juga kegagalan individu menjaga jati diri dan menjadi kurang telus. Belum lagi masuk skandal sana sini, rasuah dan pecah amanah.

“Alah, lantak dowanglah... Di dunia ni, bolehlah lepas diri. Besok kalau ditanya dek Tuhan, pandai-pandailah mereka nak menjawapnya,” ujar pokcik cuba meredakan panas Tok Lipat.

Tok Lipat mengeluh berat lalu memandang jauh.

Dalam kegelapan malam, ada makhluk yang terlompat-lompat menghampiri tangga kami. Pokcik sudah cuak hati manakala Tok Lipat sudah berkira-kira mahu embuka langkah seribu.

Apit, cucu Nek Salemah tercegat sambil tersengih-sengih. Dia menyuakan bekas plastik pada Tok Lipat.

“Uish.. budak Apit ni... ku fikir toyol manalah yang datang malam-malam ni? Ni apa pula?” Soal Tok Lipat sebelum membelek-belek bekas plastik tersebut.

“Nenek kasi kuih...,” ujar Apit sepontan sebelum lari balik terjerit-jerit hingga tak sempat kami suruh sampaikan ucap terima kasih pada neneknya yang maintain vogue itu.

Apabila dibuka bekas tersebut, wahh... kuih batang buruk rupanya.Kami berpandangan sesama sendiri sambil tersengih.

Selepas itu perbincangan politik kami menjadi semakin hangat dan cakapnya semakin berhabuk-habuk. Dalam masa yang sama, sampai licin serdak batang buruk itu kami kerjakan.

Pokcik ulangi... serdak batang buruk (sahaja)

“Kita dah tua-tua ni, manalah ada gigi nak kokah kuih keras ni...,” omel Tok Lipat yang merasakan dia sedang didiskrimiasi.

Hatinya benar-benar kecewa, seperti seorang ahli politik lama yang merajuk hati lalu ingin keluar parti.

Pokcik terus ketawa berhabuk-habuk.

Alahaii...

7 comments:

Anonymous said...

banyak maksud tersirat nih..

Hasrul Halid said...

Walaupun pokcik sedang 'memperkatakan' tentang seseorang, tapi kalau bawak ke mahkamah, pokcik akan terlepas, pasal cerita pokcik ni boleh 'disimbolkan' pada siapa-siapa saja.

Diskriminasi berlaku dimana-mana jua, London, New York, Petaling Street, Yogyakarta, Zimbabwe.. malah di puncak everest sekali pun..

Begitu juga 'merajuk' hingga lari keluar... kehkehkeh!

Bahasa orang tua memang menarik untuk didengari. Aku kagum! Hehehehehe!

Anonymous said...

ha, memang... dulu dgn la ni, tak sama.cakap tak sama, buat pun tak serupa.dulu2,mikir macam mana nak tinggikan taraf idup, biar kenyang anak cucu. tapi la ni... berebut jawatan.kata orang tu salah, orang ni tak betul. ada tak yg nak selesaikan pasal biji2 nasi? dah meruncing gini pun masih juga jadi bangau oh bagau... ngapa tu? sebab...deme di atas sana tak penah beli makanan ruji tu. balik je,pinggan dah dihidang. itu pun kut... entah2 tak penah pun makan di rumah. jadi tak tau le macam mana payahnya orang bawah gendung bijih beharga tu balik kasih anak2 makan utk membesar.
hei... entahlah pok cik... mok cik pun maleh nak mikir. duduk karang novel lagi baik. duduk berjam2, perut pun kenyang. nasi yg siiit, bagi anak2 makan.....

Anonymous said...

ralat : siiit tu sebenornya nak tulis sikit! maap le. jari dah lengoh ngetuk hurup

Vee said...

pergi langkah kakinya sudah terjangka.. rajuknya sudah lama ketara..=)
Yang muda-muda mula keliru tentang soal perjuangan.. Ye la...contoh di hadapan semakin meng'konfius'kan..
Entahlah labu..

meh makan donut, tak keras macam batang buruk tu.. hehehe

Nurul Nadiah said...

saya tak pandai makan kuih tu
setiap kali try makan
tak pas pas jugak!
hehe

** politik buat saya pening la pokcik! huhu =)

Mersik said...

idzaris - Kekek biasalah.. oang tua. cakap kena berlapik2, berkias2 hatta berkuis2 hik hik


Hasrul halid - Biasalah, oang lama ni.. caranya slow and steady.. ungkapan kena berbahasa dan serba puitis juga, walau pun memperkatakan tentang isu2 semasa hik hik..


Kak ila - Tu la, apa nak jadi dgn keadaan ekonomi skg ni. Siksa segala hamba rakyat.. Kalau tak berbuat2 apa.. kena makan ubi kayu balik la jawapnya hik hik


vnieta - amboi.. pantun berkias nampak.. ini pantun pasal batang buruk ka atau perjuangan politik.

Barangkali perjuangan memertabatkan batang buruk.. hik hik..

Hidup batang buruk!


Nadia Yuna - Ai.. makan kuih pun pakai pas2.. bukan sekali ngap je ke? kekekek

* Politik buat pokcik terkoma2 selalu hik hik *