Friday, December 28, 2007

Berfikiran dan berjiwa besar...


Seharian melungsuri perumahan yang baru siap, tidak jauh dari kediaman pondok pokcik amatlah meletihkan. Namun kerana keterujaan yg menggunung, sayugialah pokcik berjalan2 menonong2 melihat deretan umah2 yg cantik bentuknya dan kaler yg mempersonakan. Dan ianya sudah sedia untuk diduduki bila2 masa saja.
Untuk maklomah seme, tanah dah umah di Shah Alam ini sangat2lah tinggi harganya. Walaupun begitu… sebarang usahaniaga yang melibatkan material yg ini tetap juga mendatangkan hasil yang berlipat ganda untungnya. Zaman sekarang ni, oang semakin banyak duit, oang semakin mampu membeli.

Dalam pada melihat2 sekeliling perumahan yg cuma ada empat baris sahaja itu, pokcik jadi terperanjat apabilaterpandangkan umah yg rasanya sudah siap itu, semakin jadi tak siap. Dipecah sana sini dengan batu serta pasir yg berlonggok2. Oh, rupa2nya kebanyakan pemiliknya ingin mengubahsuai rumah2 mereka. Yg tambah depan lain, belakang lain, atas lain, bawah lain.. pendek kata selagi ada duit selagi tu la boleh di alter sana sini mengikut citarasa yg tak pernah puas.

Melihatkan sahaja pengubahsuaian kebanyakan rumah2 di sini yg ibarat berlumba2 itu, sudah cukup untuk menaikkan bulu roma pokcik. Ngeri gitu rasanya.

Dalam masa yg sama, jenuh jugak la pokcik menolak serta melarikan diri dari sang2 kontraktor yg ramah menyapa, menyuakan bisnis kad selain menghambur kata2 manis, menawarkan kemampuan terbaik mereka demi menyampaikan hajat si pemilik umah untuk jadi lebih luar biasa selesanya.
Agaknya mereka ingat pokcik salah seorang pemilik umah di situ kut. Hmm.. kalaulah pokcik dapat umah kat situ, maunya tak sempat masuk.. Asik terkoma2 jek kat depan pintu.. hik hik

Lagipun, pokcik pernah terbaca kata2 seorang motivator barat supaya kita perlu sentiasa berjiwa dan berfikiran besar dalam mengharungi kehidupan ini.

Agaknya, itu juga perlu untuk memiliki umah yg besor...

Alahaiii.....

( Yg berpondok kecik tapi... berperigi besor dibelakang. )

6 comments:

mama ranggie said...

bila lah kite nak dapat umah besar mcm tu po'chik?

rai said...

Salam pokcik,

Kawasan rumah saya kat seksyen tu pun dah macam kampung.Jiran-jiran datang nak mintak serailah, daun kesumlah...sebab abah meman ada kebun di rumah tu.Rumah saya tu dah mcm mini bukit cherakah.hehe!

Menjawab soalan pokcik, hujung minggu ni saya seperti biasa 1)mendobi baju
2)menunjuk muka di acara sanak saudara
3)dah kena stat menulis tesis.

Noushy Syah said...

Salam ditahun baru Pok Cik...

Thank you for the good wishes on my birthday and hope many more good returns...

Erkk..Pok cik tiup lilin sembur2an saliva abish cake shaye tau..ishk ishkk tu arr xdpt bagi pok cik sebabnya melted kena saliva muahhaahha...just kidding.

Wishing you a blessed new year,panjang usia murah rezeki dan lebih beriman, insyaallah.

Mersik said...

mama ranggie - Uii bebila ada rezeki lebih. Kena kerja keras dan doa banyak2.. InsyaAllah.. akan dapat gitu..

Pas tu , bley aa ajak pokcik makan2 gituu kekekek


Rai - Uii meriahnya umah cam tuh. Elok la berbudi kpd tanah. Kita gak yg mendapat hasil.

Tentu ada pokok kacip patimah sekali ek.. kekekeke


Noushy syah - Wsalam.. hu huu slmt thn baruu.. Waa.. mana de.. pokcik nye angin ada filter gitu.. kekekek..

Yo la.. sama2 lah kite berusaha keras dan terus maju ditahun 2008 ini.. yihaaa

mak aji said...

Assalamu`alaikum pokcik,

Di pinggiran Shah Alam tu kat mana? Bukit Jelutong ke atau Kota Kemuning? Tu tempat orng kaya-kaya tu. Perigi besor pokcik tu mesti kolam renang kan?

Mersik said...

mak aji - Wsalam..

Uii.. dekat seksyen 7 jek.. dipinggir2an gitu.. Eh, jgn la cam tuh.. yg kayo tu atas2 bukit.. pondok pokcik dihujung2 hutan tu jek.. alahaiii