Wednesday, October 11, 2006

Jerebu dan hujan petang...

Petang semalam hujan turun mencurah2, melenyapkan segala jerebu yang merata memutihkan langit sejak beberapa hari lalu. Pokcik duduk dianjung umah sambil mengiggil keseronokan. Walaupun tubuh kurus ini dan gigi seakan2 berlaga, tapi pokcik tetap nak duduk disitu untuk melihat susasana hujan yang turun seperti rahmat yang diharap2 ramai.

Suka hati pokcik melihat hujan yang lebat menyirami setiap pokok2 kecik dan dedaunan yang bagaikan menari2 di timpa hujan. Kadang2 meliuk kekanan dan kiri. Kadang2 serupa mengangguk2 macam penyanyi rock gitu. Yeahh..yeahhh (sebut stail Bandi Amuk)

Pokcik suka tenguk lecak2 air yang bertakung membentuk kolam2 kecil yang jernih. Bermula dari satu titis, dan riaknya melantun diserata tempat hingga penuh air. Walaupun akan mengakibatkan becak tapi asal kejadiannya sangatlah indah, ibarat bendang yang disirami hujan tatkala awal musim menanam.

Pokcik suka tenguk ayam2 yang basah kuyup kesejukan dibawah pondok nih. Tegak berdiri bagai statue of liberty. Sekali pandang macam "stone" jek rupanya. Sambil2 tu sang kucing pun duduk diam2 diatas tangga sambil bulu2nya diremangkan seolah2 memanaskan diri dari kesejukan. Matanya pun pejam2 merasai nyaman2 alam.

Pokcik suka tenguk rumah2 dari kejauhan. Nampak berbalam2 dan berkabus macam negeri oang putih. Bunyi lantunan hujannya pula sekata dan seirama. Walaupun bising, namun suasana dingin sedap2 amat melenyapkan segalanya.

Dianjung ini, sesekali air sesat menitis juga tempiasnya dimuka dan kepala. Kalau air hujan turun condong, basahlah juga sebahagian anjung ini. Di atas tikar mengkuang nih, sedap tul kalau duduk2. Kalau tak puasa, mahu saja pokcik buat kopi air tongkat ali sambil cicah biskut kering Hup Seng.

Dan akhir sekali, hujan2 begini memang sedap kalau dapat tido seround dua..Iyo la..maih ler kite tidoo gegegege..hik hik alahaiii...

Tuesday, October 10, 2006

Kuih tak ada markah..

Kadang2 apa yang kita hajatkan tidak semestinya menjadi kenyataan. Begitu juga dengan apa yang tekak kita idam2kan. Adapun semalam2nya..pokcik pun gii la ke bazar ramadhan untuk membeli kuih muih berbuka puasa. Ada pun setelah membeli kuih2 yang wajib tu, maka terpandanglah akan dua tiga jenis kuih yang nampak meliurkan gitu.

Kuih karipap bulat yg dikata sang penjualnya ada sardin didalamnya dan cucur badak pula, pokcik beli digerai yang lain (dan tiada badak didalamnya hik hik). Saja pokcik nak berubah selera dan saling mencuba cuba ala2 jalan2 cari makan gitu. Manalah tahu kut2 yg menjualnya boleh digoda2 dan diajak jalan2 gitu ahaks kekekeke.

Namun bila Azan berkumandang menandakan waktu buka, dan pabila dicekot dan dingap akan karipap tu, jangankan kata sardin, tulang sardin pun tak ada. Campuran lobak yg dihiris2 halus serta kentang keras dan sedikit ( mungkin se to’et) dari isi sardin. Rasanya pula, laa haii sudah tentu tak sedap. Huh! Hampa dan marah pokcik jadinya. Bukanlah pokcik nak komplen (walau pun sedang komplenlah nih gegegege). Tapi kadang2 oang nih meniaga cam tak patut jek , kadang rasa cam tipah teripu jek.

Mentang2lah nih bulan puasa. Macam2 alasan oang leh bagi. Tak leh rasa lah, tak perasan sukatan lah , tak cukup bahan lah dll. Uii..seribu satu macam boleh diadakan. Buat kuih nih bukan boleh suka2 buat. Ia bagaikan satu seni yg maha rumit dan mempunyai "karma" nya yg tersendiri. Beruntung ler para pembuat kuih yang sentiasa mempertingkatkan dirinya sampai menjadi "pandai kuih" . Mana2 yang buat asal boleh jek, memang boleh ler..Boleh blahh !! gegegege.

Kalau kuih bagus dan sedap, faham2 lah sendiri. Barulah oang ramai beli, jualan jadi laris dan untung pun besar. Dan yang paling penting sekali berkat gituu..

Oleh itu, kepada para pembeli kuih2 nih, berhati lah semasa memilih. Kadang2 nafsu nih tak mengenal sempadan, asal mata nampak molek dah sedap jek, terus nak beli. Mana2 gerai yg nampak menggunung jek kuihnya terus gelap mata. Tapi ada juga yg maintain sedap dan harga pun patut2. Mudah2an dapat berkat sempena bulan Ramadhan nih.

Kalau ada sesiapa yg nak tanya bagaimana pula dengan kuih lagi satu iaitu cucur badak.
Haa! tuu kat luar tuh masih melantun2 lagi..sejak pokcik baling nya ke lantai maghrib tadi...

Huh! kenyal gila, liat nak mampus. Alahaii

Monday, October 09, 2006

Masa merubah segalanya..

Sejak dua tiga hari yang lepas, pokcik rasa masa pokcik dah banyak berubah. Siang malam pagi petang pun dah jadi lintang pukang. Mungkin agaknya sebab bulan puasa kut. Alahaii, jangan salah anggap ye?. Ini bukan salah satu dari alasan dibulan ramadhan pokcik hik hik, tapi cuma nak kasi tahu yang kadang2 masa tu boleh merubah sesuatu.

Masa tido pokcik jadi tak menantu. Lepas2 terawih tu, kadang2 mata nih dah ralip2 jek..sedor2 jek dah terbongkang kesedapan. Pabila mata terbuka, dah dekat2 tengah malam. Tuh yg duduk jek lepak kat anjung. Terkebil2 sampai waktu sahur. Pas subuh tu, serta merta mata yg dah berjaga lama nih pun jadi pedih2 mintak direhati. Apa lagi, terus tido lagi..

Dan apabila sedor jek lagi, matahari dah hampir tegak. Uiishh pelik sungguh masa pokcik nih. Nak kata ikut waktu Afrika Selatan, tak pula apatah lagi waktu Alaska gegegege.

Memang puasa nih meletihkan juga. Walaupun aktiviti tak banyak, tapi ada juga pokcik berjalan kesana kemari. Badan nih pun dah makin tua. Sebab tu lah kadang2 bila oang tu terlalu tua tak diwajibkan berpuasa seperti juga oang sakit atau kanak2. tapi, pokcik orait jek. Alhamdulilah, so far tip top lagih.

Cuma masa nih lah..tak larat nak layan..kelam kabut jadinya. Tu belum lagi bila dah dekat2 nak raya. Nak sopping2, cantik2kan pondok dan lain2 lagi.

Nasib baik ler waktu berbuka, pokcik maintain. Apatah lagi dengan menu yang masih lagi dalam maintenance..hik hik alahaii..

Thursday, October 05, 2006

Oh! Lihatlahh...



Oh! Lihatlah dunia...! lihatlah duniaa...!

Oooooo..gegegege .. Tak terkata gitu..hik hik....Alahaiiii !

Puasa jangan tak puasa...

Oii! kuning. Awat tunjuk muka sedih aa ? Tak dak makan2..Uishh..pokcik tak kiro , kucing ka, katak ka, ayam ka , itik ka..musti puasa gakk..gegegege..alahaiii

Tuesday, October 03, 2006

Dalam mimpi, bagaikan nyata...

Semalam sedang pokcik berlepakan dianjung bersama segelas kopi Tongkat Ali, tanpa dikhabari, tiba2 hujan pun turun mendadak2 lebatnya. Dalam keadaan terperanjat katak, hati ini rasa suka pulak tiba2. Turunnya hujan tersebut bagaikan satu keajaiban yg mendinginkan malam pokcik. Maklom ler, seharian berpuasa, bersaban2 hari, dengan cuaca agak terik dan panas menyebabkan ibadah yang satu ini jadi lebih mencabar dan meletihkan.

Rindu betul pokcik pada sang hujan. Rasa2nya macam nak buat cite hujan balik jek, disamping mengimbau kenangan2 lama sewaktu hujan turun dulu2..hik hik Haa! sure korang seme dah gelabah nih..Tak lah... saje jek..hik hik..

Terkejut yang kedua pun adalah kerana puasa yang sudah pun sampai ke hari yang ke sepuluh. Oh! sungguh cepat. Dengan sekelip mata je dan hampir ke pertengahan Ramadhan. Bermakna begitu cepat juga nak raya ! alahaii..

Patut ler umah sebelah menyebelah nampak berubah sedikit demi sedikit. Daripada langsir, laman, lampu luar dan beberapa bahagian yang dicat baru, nampak nye memang dah dekat benor nak raya nih hik hik.

Namun pokcik buat2 biasa jek. Nak berlebih2 pun bukannya ada duit. Bukan nak hias apa2 pun. Janji pondok buruk nih tak roboh dah ler. Kalau Jabatan kebajikan masyarakat kasi ada ler. Lain dari tu kut2 duit zakat yg tak pernah melupakan pokcik nih. Lagi pun hari raya semua oang gembira. Kalau tak gembira pun maka digembira2kan lah juga..

Alah..raya nih budak2 jek yang beriya2. Oang tua2u cam pokcik nih....

Huh! tak kira..pokcik nak rayaaaaa gak..!!

Raya jangan tak Raya..!
Raya jangan tak Raya..!
Raya jangan tak Raya.. !

Chewahhhhss..hik hik hik Alahaiii

Monday, October 02, 2006

Ajak-ajak ayam..


Pokcik : Hoii ayam! Alahaii..mana de makan kat sini. Kan bulan puasa nih..iksh iksh..kalau ada pon, popia salut sambal..gegegegege..hik hik hik..alahaii

Friday, September 29, 2006

Kad Raya Oh Kad Raya...

Alahaii kejap sungguh dah Jummaat ek. Macam tak terasa gitu dengkur2nya masa kat Mesjid tadi..oops ! hik hik. ( Bulan puasalah katakan, cam letihhh gituu kekekek ). Anyway, lepas saja kes pencarian popia selesai, pokcik macam tak de apa2 idea nak menulih. Lagi pun esok lusa dah cuti, boleh rehat2 minda nih sambil bersantai kat pondok tuu..

Apa2 pun tadi masa pokcik gi jalan balik dari mesjid , lalu kat satu kedai nih, cam banyak plak kad2 raya yg bergantung2an dan dijual. Laa haii... kalau dulu2 mmg laku sangat kad2 raya nih. Sekarang nih dah lain, seme dah guna stail “ Cepat dapat, cepat baca “. Pas tuu lupaa..

Apa2 pun pokcik sebagai oang lama lagi maha klasik memang suka akan stail2 lama nih. Kalau dapat kad tentu suka memanjang. Leh gantung2 atau tampal2 kat pondok pokcik yg berlubang2 nih hik hik. Alaa, kalau oang nak raya, pondok pokcik pun nak raya gak..Bior nampak berseri dan ketara "rayanya" hik hik..

Ok , in case korang seme teringin nak anto kad pada pokcik nih...( Alahaii... beso tapak tangan , tapak pondok nih pokcik tadahkan. ) Nih dia alamat pokcik

No. 215, Blok 8, Fasa 3C,
Seksyen 7 , 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tulis jek kepada mersik @ Roslan Yusof gituu hik hik hik

Dan kalu korang seme nak kad..o

Ooo bulehh..bulehh, bak sini aa alamatnya..Hantar kepada pokcik di email mersik40@yahoo.com Nanti pokcik anto hik hik..

Sekian , Selamat bercuti hujung minggu. Selamat bershopping utk baju raya, kuih raya dan lain2 raya serta ceria2 selalu..alahaii

Thursday, September 28, 2006

Pencarian "Popia goreng bersalut sambal" ( Bahagian akhir )

Akhirnya setelah tiga hari tiga malam mencari dan mencari, maka berjumpalah pokcik dengan popia goreng salut sambal disebuah bazar yg tidak2 mampu dipercayai duduk letaknya. Nak dikelakarkan cerita, tempat itu tak lain adalah dibazar sek 7, tidak jauh dari pondok pokcik sendiri. Adusss! Tragik sungguh..

Lama pokcik menginterview akak jual kuih tuh dan tertanya2 kenapa hari pertama pokcik gi dia tak ada?. Dan dengan selamba dia menjawab “ Oh! Hari tu tak mula lagi , hari kedua baru start meniaga disini”. Ergkhss..macam nak gugur jantung pokcik mendengarnya. Oang separuh merana mencari merata, dia boleh ambil remeh bab2 jual popia goreng salut sambal nih. Nasib baiklah nih bulan puasa dan kesabaran pokcik ditahap normal. Kalau tidak mahu pokcik mengamuk.

Apa tak nye, sudah hampir 7 Bazar Ramadhan pokcik gi rayau. Tak jumpa2 hinggalah semalam dengan rasa tawakal dan pasrah kasih pokcik berjalan2lah disini untuk mencari sang murtabak serta kuih2 lain. Tak sangka boleh berjumpa idaman tekak disini. Apa2 pun sekarang pokcik tak perlu lagi susah hati. Hari2 boleh makan popia goreng salut sambal. Rasanya, belakang cite la. Kalau ada 10 gerai pun tentu rasanya lain dah sedap2 belaka.

Tak perlulah lagi pokcik mencari lagi. Dengan ini pokcik mengisytiharkan bahawa pencarian “popia goreng bersalut sambal” bagi tahun berbuka puasa 2006 di tutup dengan rasminya “ hik hik hik. Gegegegege..kekekekeke..

Dan waktu berbuka semalam adalah saat yg paling menggembirakan dan hiba ( uii pokcik pun sentimentol gak tau uhuks uhuks ). Dari berbuka, lepas terawih, sebelum tido dah waktu sahurr.. asyik makan kuih tu jek.

Eh! Pokcik pun tak perasan, tak pasti boli berapa. Samada tiga seringgit ke atau tiga puluh ringgit? hik hik..Tah ler...apa2 pun layannnnn...hik hik

Dan malamnya , pokcik bermimpi jadi cikgu Shaari( watak P.Ramlee dalam cite masam2 manis tuh )..

“Ha, anak2 semua , sekarang ikut apa pokcik cakap ya..”

Pokcik suka makan popia goreng bersalut sambal ,
Hari2 pokcik makan popia goreng bersalut sambal...

Ha apa lagi? ikut laa..gegegegege hik hik hik alahaiii

Wednesday, September 27, 2006

Pencarian "Popia goreng bersalut sambal". ( bahagian 2 )

Semalam2 pencarian popia bersalut sambal masih lagi diteruskan lagi. Aduh! hampir tercabut kepala lutut nih merayap sana sini dan menerjah kesitu sinun. Namun pada dua tempat yg diyakini benar2 adanya, akhirnya pula bertukar kepada kecewa. Dari harap, menjadi hampa. Dan dari hampa menjadi hampehh..

Alahaii hebat benar dugaan pokcik tahun ini..Mencari kuih nan satu, umpama mencari uban dalam tepung. Uban tak ditemui tapi muka penuh tepung. Sungguh sedih hati ini. Rasa cam nak berlari ke Batu Belah batu bertangkup jek..gegegege hik hik..

Walau pun diwar2kan ada diluar kariah Shah Alam nih, namun perjalanan dan keupayaan pun perlu diambil kira. Apatah lagi oang tua2 cam pokcik nih yg tak larat jalan jauh2. Nampaknya tahun nih merupakan tahun berbuka yg kurang ceria dengan ketiadaan kuih popia beralut sambal sebagai menu utama ( selain cucur badak)..Alahaii..Pasrah kasih tul aa..

Dan dalam mimpi semalam..Pokcik berlari2 di hutan

“ Batu belahhh..batu bertangkupp!..telan lah akuu!.makan ler akuu..gigitlah akuu..sayangi ler daku uhuks uhuks..Aku kempunan Popia goreng salut sambal.. Batu belahhh...batu pahatt.. batuu gilingg..batu tigaaa..alaa..( Yg hujung2 tu kira lupa laa..maklom la dah tua hik hik )

Tiba2..

"Oii..pokcik..nih batu belah tak makan oang tua2..laa, anak2 dara cun2 atau mak2 janda vogue boleh laa.."

"Huhh ! Batu belah..ko pun sama gak ler..pasrah kasih tul aa " ..hik hik..alahaiii...

Tuesday, September 26, 2006

Pencarian " Popia goreng bersalut sambal"...

Sekali dengar ini macam kisah pelik. Dua kali dengar memang tak masuk dek akal. Tapi itulah hakikatnya. Aduh saliha..aduh suraya, aduh popia. Amat sukar dan teramat payah.

Sejak dua hari yg lalu mencarilah pokcik kesana kemari disetiap bazar ramadhan yg melata2 dibumi Shah Alam nih. Adapun sejak awal puasa lagi tekak dan perut ini bagai teringin2 gitu hendak merasai keenakan popia yg digoreng, kemudian disalut dengan sambal dan ditaburi bijan2 diatas. Rasanya, uh tentu sekali akan jadi pedas2 manis dan berkerap kerup bila makan. Rangup cam wafer aiskeram lagih ahaks.

Tapi hampa sungguh hampa. Sudah hampir lima Bazar Ramadhan yg pokcik pergi tapi tak menampakkan akan popia yg sebegitu rupa. Kenapa tahun nih susah sangat nak cari aa ? Tak macam tahun lepas , kat mana2 pun ada dijual. Sungguh mewah dah meriah.


Kalau ada pun tidaklah seperti yang dispesifikasikan dan kadang2 kala banyak cacat celanya. Ada yg bergoreng sahaja tanpa sambal. Ada yang basah (sambal didalam). Ada yg sambalnya diselet satu line jek. Adeh! pasrah kasih betul la. Sudah berapa banyak Bazar Ramadhan yg pokcik dah ban gara2 tiada kuih sepertinya..alahaii..

Kuih lain ada lah berlambak2. Seme pokcik tak pandang.

Ada kuih akok ..Huh! akak pokcik pun leh buat.
Ada kuih seri muka ...Huh! tanpa popia salut sambal, tak berseri gitu rasanya muka pokcik nih.
Ada kuih tepung pelita ..Huh!..maaf pokcik hanya main pelita2 time raya jek..
Ada kuih keria ..Huh!..masih ku tak ceria..
Ada kuih pulut panggang..Apakan daya, mulut dan popiaku tak leh berenggang..
Ada kuih otak-otak ... Huh! Aku rasa macam nak memberontak jek..
Ada kuih cek mek molek ..Huh! Sib baik ler awek yg jual tu molek2 *wink* (patplo kali )hik hik..tapi kuihnya tetap tak molek..

Nasib baik ler si cucur badak masih lagi boleh dilihat dikebanyakan gerai. Itu pun salah satu favourite pokcik gak. Kalau tidak mau merajuk hati pokcik tak mau ke Bazar Ramadhan lagi.

Tapi, popia goreng bersalut sambal..oh..tidakk!

Pencarian masih lagi diteruskan..alahaii..

Sunday, September 24, 2006

Puasa Oh Puasa...

Adehh..sedap betul duduk dianjung nih sambil minum air kopi tongkat Ali. Sesuatu yng tak boleh diminum sejak pagi tadi..hik hik Alahaii baru ler rasa betapa nikmatnya kalau dapat makan atau minum2 siang ek..

Puasa hari pertama pokcik, biasa2jek..walau pun rasa cam satu badan gigil2 hik hik. Agaknya kena culture shock kut (ceh alasan jek laa). Apa2 pun, bulan Ramadhan nih tetap direbut dengan cara memperbanyakkan amal ibadat dan juga amal jariah.

Semalam sahur pun ala2 kadar jek. Asal ada kurma ke, roti ke, biskut kering ke..jadi ler. Wat apa nak makan banyak2. kena yg jenis goreng atau bemrinyak, siap la karang pepagi tekak nih rasa cam kering ya amat. Tapi terpulanglah pda juadah masing2, asalkan dapat mengalas perut seharian.

Agak kekok plak terjaga diwaktu malam untuk sahur. Biasanya bangun malam untuk gi belakang jek (buang air) gegegege..laa haii..Pokcik keluar juga duduk di anjung, lepak2 sat sebelum sahur2 tu. Nenguk2 kan sinar bulan yang terang di awal2 pagi. Huh suasananya tenang dan damai gitu.


Tiba2 jek hati jadi pilu mengenangkan insan2 lain dibumi yang tidak se aman kita nih. Tentu dowang tetap juga tabah dalam menghadapi bulan ramadhan nih. Kita nih jek yg agak mewah dan kadang2 lupa diri. Tak caya tenguk la masa nak berbuka nanti..

Dalam pada terlepak2 tu, terdengar plak si Dol baca niat puasa. Tapi kuat2 bunyinya..sekali dengar macam oang bang plak. Berulang2 kali dia sebut supaya ingat betul2 (dan supaya konpom sah habih puasanya esok hari). Pokcik tergelak soang2 kat anjung terkenangkan budak Dol yang baik tu. Alahaii Dol..macam2 kau nih..

Pokcik pun nak berniat gak ler.. Namun bila nak membaca, rasa tak terluah plak. Sesekali terkeman2, ter err..err..Dok usalii..usallii.jek. Kadang2 tergaruk kepala berkali..Alahaii lupa plak dah..

Dan dalam dingin awal pagi tu, pokcik ikut laa pelan2 apa yg Dol jeritkan. Gegegegege..hik hik hik..alahaiii..

Friday, September 22, 2006

Eh! Dah nak puasa ke ? Alahaiii...

Alahaii kejap sungguh dah nak masuk bulan Ramadhan. Rasa macam baru semalam jek kita raya, dah nak puasa balik hik hik. Apa2 pun bulan ramadhan nih banyak mende yg spesels nya berbanding bulan2 lain.

Tak lain ialah dengan sebab puasanya yg wajib, dengan terawihnya yg meriah, berbuka bubur lambuknye selain juadah2 "lupa diri" yg banyak sekali, ucapan2, kad2 raya serta lagu2 nostalgia lama yang menggamit hati gitu.

Biasa ler, memula nak puasa tu memang seme akan culture shock. Nak2 pada kanak2 yg baru belajar berpuasa. Lepas tuh dah biasa dah..Dan tak sedor masa cepat berlalu hingga tiba lebaran itu.


Alahaii... sebelum jauh pokcik melalut ( cite pasal raya plak ), pokcik nak ucapkan ;

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Kepada semua kawan2 serta para pengunjung setia pondok pokcik yg maha glamer nih hik hik.

Bulan puasa yakni bulan yg banyak berkat nih pokcik menyeru semua supaya buatlah rajin2lah beramal banyak2. Kurangkan buat perkara2 yg tak berfaedah ( tapi jgn tak dtg pondok pokcik plak hik hik ) serta rajin2 ler mengaji dan bersedekah gitu.

Pokcik pun mungkin akan kurang ler sikit merapu. Maklom ler, bila dah usia menginjak sahur dan imsak nih, kenalah banyak buat persediaan untuk "perjalanan yang jauh" itu..hik hik.

Apa2 pun jangan bimbang, pokcik akan selalu ada disini( kalau pun tak menulis ). Lagi pun memang pokcik dok sini pe..alahaii

Ok..selamat berpuasa..semoga ceria selalu..

Puasa jangan tak puasa , puasa jangan tak puasa..hik hik


Wednesday, September 20, 2006

Oh! sedapnya lagu tuu..alahaiii

Sejak seminggu yg lalu seakan bagai irama plak lagu nan satu nih berkumandang dimerata tempat. Pokcik gi kedai Ah seng dengor lagu nihi, gi jalan2 negeteh pun dengar lagu nih. Kadang2 budak lalu pun siul lagi nih. Buatkan pokcik jadi tergoda gitu. Mmg tak finafikan lagu tu sedap..melodinya menusuk hingga kedalam hati gitu.

Alaa lagu dari pilem baru HEART tu..iksh iksh pokcik lom tenguk lagi. Ingat nak pergi tenguk jugaklah, tapi kang apa plak oang muda2 kata nih oang tua mana sesat lam pangung nih hik hik. Tak jadi ler cam tuh. Saban waktu lagunya kedengaran dicorong2 radio sana sini.

Kadang2 pokcik berpeluang untuk mengamat-amatinya hingga terasa usia bergerak laju “ ke belakang ”. gurur segala uban dikepala kekekeke Hik hik kira cam jadi muda semula laa. Alahai kadang2 lagu nih meninggalkan kesan yang mendalam betul. Mengulit2 hati pokcik yang lama sepi gitu. Betul lah, kalau dikenang halus2 mau jadi sayat kalbu ini dibuatnya. Ye lah sambil melayan perasaan, sambil mengenang cinta lama..

Walau pun lagu indon, tapi melodinya kok bagus sekali. Bahasanya kayak romantik gitu. Khusus bagi anak2 yang sedang dilamun cinta. Erk!, tercakap seberang plak. Suara penyanyinya iaitu Irwan Syah dan juga Acha Septriasa sangat sesuai, macam suara pokcik muda2 dulu aa hik hik

Kalau dapat nyanyi sekali atau karaoke nih tentu best. Tapi alahaii asyik lupa2 jek liriknya gitu..maklom ler, dah tua. Lain ler kalau ada oang sudi nyanyikan.

Dari tempat duduk pokcik ditangga tu, nampak kelibat Dol tengah main basikal. Lantas pokcik panggil kemari. Dol pun datang berlari2..

"Dol, tahu kan lagu tu..Alaa yg mak Dol selalu nyanyi kat dapur tu. Cuba nyanyi kat atuk sikit. Atuk nak dengar laa “ pujuk pokcik bagai peminat setia Dol AF5 nih gegegege.

"Apa nyanyi aa..Pernahkah..kau melantai..err memantaii..err memakai tie..ahh lupa plak atuk.." sambil pokcik garu2 kepala..

"Haa..Dol tahuu!…Dol tahuu!, " jeritnya sambil angkat tangan dan melompat2 bagai konfiden benor.


"Ok , Dol nyanyi..atuk nak dengor," balas pokcik seraya membetulkan duduk lantas mendagu mencari feeling2 yg hilang dan bersedia untuk "di bawa pergi" oleh Dol..hik hik… Keadaan senyap sunyi seketika. ( Dol pun tengah cari feel jugak kut..ssstttt..)

"Pernahkahh….kau mengintaiiiii "…

Gedebuk ! (tiba2 pokcik jatuh terduduk ditepi tangga kayu tu )..


"Adeh! , Alaa ko Dol..apa da mengintai plak..iksh iksh potong stim atuk betul laa ikh ikh.." seraya mengosok punggung yg sengal2.

Dol sudah berlari jauh2 sambil terkekeh2 ketawa ( mungkin ketawakan pokcik jatuh ...)

Alahaii..

Hujan dan kenangan itu... ( bahagian 3 )

Alahaiii, cite pasal hujan nih mmg tak akan ada penghujungnya. Apatah lagi bila melibatkan memori lama2 zaman kanak2 dulu. Haa! Nih pokcik nak cite lagi. Selain dari pergi ke umah atuk (yg selalu dinaiki air tu) pokcik pun nak cite gak aa apa yg dibuat diumah kalau2 tak kemana.

Biasanya, dok tepi tingkap jek la, nenguk air hujan yg mencurah2. Kalau umah tu ada 6 tingkap, maka keenam2 tingkap seme nak ditebeng satu persatu. Tak kira atas atau bawah. Kekonon nak tenguk suasananya laa..alahaii.


Tapi paling best sekali tingkap dapur la. Sebabnya, boleh nampak ayam, katak, siput babi seme dok menyelamatkan diri. Memaglah katak suka hujan, tapi kalau dah sampai terhanyut2 dan tercampak2 baik selamatkan diri ek kekekeke

Pas tuh kalau dah bosan, ambik kertas surat khabar lama. Buat kapal kertas dan hanyutkan tepi longkang. Yg lawaknya, mmg longkah tuh betul2 tempat air mencurah dari atap zink (yg sah2 akan menenggelamkan kapal kertas kami). Tapi kami buat juga kapal kertas banyak2, hingga penuh longkang dengan kapal2 kertas yg lunyai.

Kalau ada atap zink yang bocor lagi best. Ambik satu mangkuk ayan dah tadah. Terlopong mulut tenguk air jatuh titis demi titis. Agak2 dah banyak jek, buang atau main percik2..alahaii..

Abih tu nak buat apa lagi? Nak tenguk TV hitam putih mak tak kasi. Takut kena karan katanya.(Dan kami seme percaya bulat2 gegegege hik hik)

Dan yang terpaling2 best sekali diwaktu hujan ialah bila mak panggil ajak makan lempeng dengan kopi panas. Wah! bayangkan aa lempeng panas2 dicicah dengan gula atau sambal ikan bilis. Uii boleh ternaik selera dibuatnya dan bertambah2 lempeng. Nak2 yg sedikit hangus hujung2nya..lagi sedap mengunyah.

Lagi pun masa tu budak2 lagi. Apa yg ada depan mata kira sedap la. Kalau tak ada lempeng ada jemput2 pun boleh. Sekali sekala goreng pisang atau sukun.

Agak2 dah kenyang perut dan hujan masih lagi lebat. Mak suakan pula bantal busuk. Baring ler pokcik ramai2 adik beradik atas ambin. Maka berhanyut2anlah kami ke Pulau Kencana sambil mengerekot2 kesejukan.

Lebih sedap kalau tido dekat2 ngan tingkap, sesekali tu lantunan titisannya kesasar hingga menyentuh pipi.


Hik hik rasa cam tido lam air cond jek..alahaiii

Monday, September 18, 2006

Hujan dan kenangan itu... ( bahagian 2 )

Pagi semalam juga hujan turun, kira2 dalam pulul 2.30 pg. Alahaii pokcik nih cam menanti2 jek sang hujan tu. Bila dengor jek bunyi guruh dan kilat yg silau2, pokcik dah tersenyum lebar dan. Selimut dah tarik awal. Bila mendesah jek hujan turun, serta merta suasana dingin menyerkupi dan sedar2 jek pokcik dah pun terlena gitu kekekeke..alahaii..


Awal pagi tuh kabo2 nye banyak juga tempat yang dilanda banjir. Dengar2nya, disekitar Klang pun air naik sampai susah oang nak gi keja. Kurang2nya pun ada la alasan tak nak gi keja hik hik. Alaa macam dulu2 tu, tak gi sekolah sebab kasut basah gitu..ceh alasan aa..

Cite pasal air naik atau banjir nih, pokcik ingat nak teringat masa zaman kecik2 dulu aa. Bila masa hujan lebat jek..berbondang2 pokcik dan adik2 dengan payung daun pisang berlari2 ke umah atuk yg tak sampai 100 meter umahnya. Umah dia separuh batu, dan ada umah atas dan bawah.

Sebabnya pokcik tahu, bila hujan lebat jek sure umah bawah dia naik air. ( Alahai!, nih jahat nye cucu, sebab suka umah atuk dia naik air kekekeke ). Kadang2 kami duduk menanti kat atas ambin nenguk kan air makin lama makin naik.

Kadang2 kami bersorak gembira manakala atuk tersenyum kelat. Dia sibuk mengangkat barang2 semua naik keatas. Agak2 air dah overflow je masuk dalam umah bawah, apa lagi berkocak2 lah kami kat situ. Cehh! cayalah, dalam umah atuk ada swimming pool lagih. Atuk pun tak leh kata apa..tahu dah dia akan kesukaan kami.

Kadang2 kami duduk atas ambin main pulau2. Bila nampak sang lipan bergedik2 cuba naik atas ambin, kami pun apa lagi, terjerit2 laa. Atuk akan bergegas datang dengan batang penyapu, cuba menghalau ( atau melenyekkannya). Kadang2 ada juga katak atau tikus terapung2 sambil mencari tempat tumpang berteduh. Kalau yang itu, langsung kami tak berani mencecah air.

Agak2 sejam dua lepas tu, banjir pun reda. Masa tu lah, apa lagi kerahan tenaga pun bermula. Kena bersihkan lantai semua. Sapu selut2 , lumpur kotor lagi tohor yg berselirat didalam umah. Bila dah bersih semua, atuk pun senang hati. Lepas tu dia akan hantar kami balik naik beca. Tapi sebelum sampai ke umah singgah warung dulu, pekena goreng pisang panas dan teh tarik.

Kadang2 tu, kami pura2 tanya ” Tok! Nak gi mana nih ? ”

"Ngetehh..!" jawab atuk lambat2. Hik hik hik..Itu pasal la aktiviti ngeteh nih lekat sampai skg.

So, apa nak buat hujan2 nih ? Jom ngeteh..hik hik alahaiii


mersik

Sunday, September 17, 2006

Hujan dan kenangan itu...

Pagi ini cam lesu jek pokcik dibuatnya. Sejak beberapa hari lalu asyik beradu jek kerjanya. Ha! bukan beradu kekuatan lah, beradu lain. Alaa bantal selimut gituu hik hik.

Puncanya tak lain tak bukan ialah kerana hujan (walau lebih kepada alasan jek tu). Hik hik perasan tak saban pagi, tgh hari, ptg hatta malam pun hujan turun.



Kadang2 pokcik konpius jugak aa dan tertanya2 kenapa sekalipun, asyik hujan sekarang nih? Adakah kerana perubahan cuaca yg tak menentu, tiupan angin monsun yg maha kelam kabut atau ada faktor lain yg menyumbang kepada fenomena alam yg serba kecamuk nih.

Namun pokcik reda aa. Hujan pun bagus. Sejuk sikit pondok nih, tak yah pasang air cond. Alkisah, cuti hujung minggu yang lepas, pokcik tak gi kemana2 pun. Dok pondok jek sambil melepak2 kan diri dianjung melihat hujan yang turun saban waktu.

Ditemani kopi Tongkat Ali pekat dan biskut kering HUP SENG, pokcik duduk jek melayan perasaan sendiri. Kadang2 jadi terlalu sejuk sampai jadi laju gigi pokcik mengetap2 biskut masuk kedalam perut kekekeke. Kadang2 ianya terbiar begitu sahaja. Sesekali si kucing kuning tu datang menge"pow", lalu pokcik campakkan sekeping dua. Biasa ler, rezeki di kongsi bersama.


Ada seketika tu hujan turun lebat sungguh. Teringat plak pokcik zaman kecik2 dulu, kan rumah kampung dulu2 di penjuru atapnya ada satu sudut dipanggil bucu yg lebih menyerupai longkang untuk mengalirkan air turun. Dan disitu la, betul2 di hujung penjuru air yg mencurah deras tuh, pokcik menadahkan diri untuk disimbah.

Dengan seluar pendek yg longgar getahnya , pokcik dan adik2 yang lain berlarian bermain hujan. Uii! nikmatnya tak terhingga. Sejuknya menyentap hilnag ke tulang hitam lagi. Kadang2 sampai kecut2 kami bermain hujan. Apa yg kecut ? hik hik apa2 yg patut kecut laa gegegegege

Melihat kembali hujan yg lebat bersama kabus2 berbalam membuatkan pokcik tersengih sendiri. Di rumah Leman sebelah tuh, pokcik nampak anaknya Dol tengah menadah2 tangan bermain2 dengan titis hujan. Elehh!..apa kelass gitu.

Lantas pokcik teriak nama budak tu..” Dollll! ” dan tangan pokcik menggapai memanggil2nya. Dia nampak terpinga2..hik hik

Tak lama kemudian kedengaran lah bunyi riuh rendah dilaman. Pokcik bermain hujan dengan si Dol nih iksh iksh.. Dengan hanya berkain pelikat sementara si Dol berseluar pendek , kami berlari2 kesana kemari . Dan kadang2 duduk bawah cucuran atap pondok menadah hujan..gegegegeg sejuk nyer. Akhirnya! dapat jugak pokcik mengembalikan nostalgia itu..oooo

Errrr ( gigil2) Deman ler pokcik karang nih , gegegegege hik hik kekekeke..alahaii

Friday, September 15, 2006

Arnab yang bijaksana

Dah beberapa kali pokcik lalu didepan kilang yg besor tu. Pokcik tak ada niat nak masuk kedalam ataupun mintak2 kerja. Semuanya gara2 beberap hari yang lalu bila terperasankan landskap bahagian luarnya yang sudah ada pagar kecil. Dan bila ditelek2 , maka pagar itu tidak lain tak bukan ialah dari pagar sang arnab yang baru dibela.

Seronok betul pokcik tenguk arnab2 tuh. Ada empat lima ekor, hmm tak ingat la..mungkin lebih. Ada yg berwarna putih, coklat, kelabu dan berjenis2 saiznya. Pokcik hairan betul dengan mata mereka tuh lah, sepesen sungguh dengan bulu2nya. Kalau bulu putih matanya merah , kalau coklat bulu, mata pun warna coklat.hik hik aneh kan ?

Apa2pun mereka nampak comel gitu, dengan hidungnya yg selalu bergerak2, dan mereka pun lambat2 bergerak2. Asyik ngadap makanan dgn mulut yg tak henti2 bergerak plak..iksh iksh Patutlah, di sekeliling rumah kecil mereka tuh dilambak dengan sebanyak2nya sayur kangkung dan sawi. Huh ! lantak kau la arnab kalau2 nanti mati kekenyangan..hik hik..

Landskap dalam pagar sang arnab tu pun tak kurang cantiknya. Ada batu2 kecil yg disusun merata persis laman umah2 tradisional Jepun. Sejambak pohon2 renek yg nampak menggerutu dan cacat2 daunnya ( barangkali juga dikerjakan si arnab2 ini) juga diletakkan disudut pagar. Bila time2 hujan semenya berdiang sesama, baring rapat2 sambil menyedap2kan diri. Sedangkan pokcik duduk jek melihat sambil berpayung2 gitu, alahaii..

Namun semalannya, terjadi sedikit kegemparan. Pokcik lihat arnab seme dah merayap diluar dari pagar yg disediakan. Kali ini lebih lincah pula mereka melompat kesana kemari. Kadang2 terlihat jek mereka lepak2 dibawah landskap pokok sawit yang ketot2 dan teduh. Yang lain berlari2 kesana kemari. Oh ! sang arnab , kau sudah bebas rupanya.

Mujur pagar diluar masih lagi kukuh dan rapat. Kalau tidak sudah tentu akan lebih jauh lagi kau merayap disekitar tempat ini memohon kerja dimana2 kilang yg ada kekekekekeke…

Namun bila pokcik perati semula didalam pagar asal mereka, terlihatlah dua buah bungkah batu. Satu darinya kecil sedikit dan lagi satu lebih besar dari arnab2 tersebut. Kedudukan batu2 itu pula sejengkal lebih dari pagar.

Pokcik tersengih dan akhirnya tergelak sendiri..


Agaknya dulu arnab nih pergi sekolah kut, dan dia tentu faham betul2 akan maksud peribahasa yang berbunyi "batu loncatan" tuh..hik hik..

Arnab oh arnab..alahaii..


Nota : Lupa plak nak mention yg pagar arnab tu hanya separas lutut sahaja. Dan batu paling besar tu separuh jek tingginya dari pagar. Ceh..dowang ( penjaga2 landskap tu ) ingat arnab tuh tak leh lepas la..hik hik

Wednesday, September 13, 2006

Ekspo Jabatan Pertanian

Minggu lepas, sebelah petang apabila “hujan express” mulai berhenti maka berjalanlah pokcik ke sebuah Mall nih, namanya Jaya Jusco. Letaknya uii tak jauh, hanya nun dibelakang pondok pokcik saja.

Sampai disana, mak oii! ramainya oang toksah cerita. Berpusu2 disetiap ceruk ruang. Sakan abih jalan2, berbelanja selain mencuci mata. Arkian maka terserempaklah pokcik dengan ekspo jualan buah2an peringkat negeri dimana setiap negeri akan membawa hasil2 dari jabatan pertanian masing2 dan diperdagangkan disini.

Di gerai2 yg didirikan diruang legar mall ini , nampaklah nama2 negeri seperti Pahang, Melaka , terengganu, Selangor, Johor dan lain2 lagi. Antara lain gerai2 ini menjual hasil2 terus ladang dan perusahan kecil2an seperti kerepek dan produk2 makanan tempatan. Kuih muih pun ada termasuk yang sejuk beku.

Gerai sebelah hadapan mempamerkan aneka buah2an yg mekar2 dan mengkal2 gituu. Kalau kat kg dulu hanya makan buah rambutan jek , kat sini , macam2 ada..sampaikan buah naga (dragon fruit) pun ada ..alahaii..takotnye pokcik nak makan hik hik..

Oang memang ramai , tapi biasalah nak jalan2, nenguk wayang, sopping dll..Ada juga yg singgah bila teringin nak makan limau bali, tembikai susu, ,jambu , pulasan , pisang, mangga, cempedak, tembikai susu, dukong dll..

Memang negara Malaysia nih kayo dengan buah2an yg berbagai zat. Tak caya, tunggu je la musim2nya. Ramai oang berdedai2 balik kg nak rasa buah durian , manggis, langsat seme2. kalau tak balik, oang tua pun sibuk tanya mana anak cucu seme, bila nak balik?. Buah kat dusun dah ada hasil. Uii! seronok aaa..

Hampir seharian disana, pokcik sentiasa je bermulut manis..Bukan sebab ramah tamah atau rajin menyapa, tapi sebab banyak dah makan rambutan dan pulasan gitu kekekekek ..My favourite..Alahaii..

Tuesday, September 12, 2006

Tepian pantai


Di tepi pantai nan indah..
Aku duduk seorang diri..
Suasanaa..sepiii...hik hik

Alahaii..ada oang tak percaya gambar kecil disebelah tu ( about me) ialah gambar pokcik. Nih dia pokcik dah besorkan. Tapi terpaksa diseni2 kan sedikit, sebab..biasa ler pokcik nih kan pemaluu gituu kekekeke..alahaiii..

Sunday, September 10, 2006

Konflik awal pagi...

Friday, September 08, 2006

Pak Irwin yang ku kenal..

Beberapa hari yang lepas pokcik berasa terkejut amat bila mengetahui Pak Irwin telah meninggal dunia. Geleng2 kepala pokcik hampir tak percaya. Masakan tidak, dia tuh sudah lama dikenali oleh masyarakat dunia. Dari yang menganggap buaya tuh ganas dan jahat hinggalah akhirnya menyedari bahawa buaya juga mempunyai emosi dan perasaan..iksh iksh.. namun pokcik tak ingin sesekali menghampiri sang bedal itu..

Pak Irwin atau nama sebetolnya Steve Irwin amat popular dirancangan2 discovery sejak beberapa tahun yg lalu pabila cerita mengenai pengalaman dia menangkap buaya mula diterima ramai. Dari zoo nya di Beerwah, Australia hinggalah ke serata dunia, sudah jenuh dia mengembara untuk berjumpa dan berkenal mesra dengan segala jenis haiwan yang melata dimuka bumi ini. Dia tidak takut atau malu2.

Baik gajah, badak, singa rimau atau sekecil2 cicak kubing, dia main sapa je. Binatang2 yg bisa2 pun boleh juga dibuat kawan. Unta kat zoo pun dia boleh main kejar2 polis entri lagi. Buaya tengah seronok berendam pun naik syeh asyik dikacau2nya. Hampir2 sahaja dia di” ngap” setiap kali memberi makan. Namun dia memang pandai dan tangkas mengendalikannya. Sungguh unik Pak Irwin ini. Sayang benar dia pada haiwan2 sekelian.

Kerja dia mmg pokcik tahu amat bahaya. Lebih kurang cam oang putih kata " Maut sentiasa mengintai2 " gitu. Dia juga pernah cedera dan patah riuk sana sini, mungkin bukan masanya lagi untuk dia berehat panjang.


Namun akhirnya ajalnya tiba juga akibat tertusuk duri ikan pari di jantungnya sewaktu sedang membuat pengambaran dokumentari di Batt Reef, berhampiran Low Isles, 32 batu nautika dari Port Douglas di utara Queensland, Australia.Alahaii Pak Irwin. Sungguh tragis sekali mati mudamu, walau pun itulah ketentuannya.


Kehilangan kau dirasakan sungguh2 gitu. Baik kaum keluarga , isteri dan anak2..mahupun segala binatang yg selalu bermanja dan bermain2 denganmu. Apatah lagi masyarakat dunia.Oh !..terkilan sungguh aku..

namun takdir bukan kita manusia yg rencana. Segala2 jasa2mu selama ini memang harum dikenang selalu.

Semoga rohmu tenang disana. Sayang tak dapat nak sedekahkan Fatihah..alahai Pak Irwin.

Thursday, September 07, 2006

Alahaii budak2 nih..iksh iksh..

Alahaii..kejap sungguh dah hari khamis nih hik hik cehh macam mengeluh plak , adahal tak sabo nak tunggu hingga jumaat. Untuk budak2 sekolah tentu tak best sebab dah lama dowang naik cuti dan mungkin lama lagi nak cuti panjang.

Sebut pasal budak2 nih..pokcik teringat weekends lepas semasa pokcik tak de mende nak buat dan hanya merayap sahaja di sekitar Shah Alam.

Mula2 pokcik gii ke Library..hik hik bukannya apa..saja jek. Oang kata kalau gi library kira cam oang pandai2 jek..Agaknya la tuh..Tapi disana tersangatlah penuh dan sesak nye dengan budak2. Mungkin budak2 sekolah yang ingin melawat Muzium atau menjengah hantu dipemeran berdekatan.

Kadang2 pokcik sedih gak..Ada diantara budak2 nih gi library pun macam nak gi main bola atau Shopping Mall . Dengan seluar pendek , rambut kusut masai. Siap berkumpulan lagi. Yang perempuan plak berdandan habis , pakai ketat2 dan menjolok mata sampai jadi leh terganggu tumpuan oang kat dalam tuh..hik hik

Dan kalau ada lelaki dan pompuan tentulah ada yg bercouple2..alahaii..Nih toksah cite ler..Berendek macam oang dewasa gayanya. Kira cam merancang hidup bahagia masa depan gitu ler. Ada yg pura2 nak study bersama tapi dok tersengih2, senyum2 simpul, main tarik2 kertas. Huhh..nak muntah pokcik rasanya.

Kemudian pokcik pergi pula ke Klang disalah sebuah Mall nye. Hmm lagi laa ramainye . Budak2 remaja berbilang kaum yang memenuhi kebanyakan kedai serta panggung wayang. Ada yang hanya lepak saja2. Dengan gaya2 mancho, pakai sepesen abih, warna warni lagih. Seluar jeans lupa nak tarik atas, londeh semacam jek , dll lagi. Beberapa kali pokcik tepuk dahi. Tu belum lagi cite pasal rambut..iksh iksh

Pokcik jadi sedih dan pilu. Apatah lagi bila mengenangkan akan Hari Kemerdekan yang baru sahaja berlalu. Benar kata oang, anak2 selepas merdeka nih jarang yang faham maksud kemerdekaan. Jarang yg menghargainya secara rohaniah dan positif. Mereka pakat riuh2 sana sini je. Apa akan jadi lagi 10 atau 20 tahun. Tah ler , pokcik tak dapat bayangkan..Nama je merdeka tapi fikiran masih lagi dijajah.

Sayugia diingatkan , pokcik bukannya tak suka sangat budak2 skg nih tapi cara dan perangai mereka tu kadang2 terlalu menjengkelkan.

Alahaii..

Tuesday, September 05, 2006

Alahaii Mat So'od

Semasa di kg , pokcik berkesempatan berziarah ke umah Mat So'od , iaitu kawan pokcik masa kecik2 dulu. Dah lama benor pokcik tak jumpa dia sampai tersalah umah dibuatnya..terpergi ke umah Mat Po'ot plak kekekek. Kabo2 nya Mat So'od skg nih dah uzur benar akibat sakit darah tinggi dan kencing manis yg dihiadapinya beberapa tahun lalu. Mujur bininya masih ada dan berdaya menjaga . Kalau tidak tentu haru biru hidupnya.

Malam tuh kami2 duduk di anjung umahnya. Seteko kopi O kaw kaw menjadi peneman setia. Wajahnya nampak sembab gitu. Namun dia tak lupa pokcik, maklom ler tempat jatuh lagi dikenang , inikan pulak oang yg menjatuhkan ( sebab masa kecik2 dulu pokcik tolak dia jatuh masuk parit gegegegege ). Cakap2nya pun dah tak berapa jelas. Banyak kali juga dia mengulang2 benda yg sama sementelaah pokcik plak asyik mengangguk2 kepala tah berapa kali tah.

Kami tak cite banyak..dan tak sampai pun berjam2..tanya2 kabo..dan itu ini , tup tup zzzzzz kroihss..kroihss dia dah terlena sambil dengkur kuat2. Pokcik terlongo..


"Apa da oang tua nih ?..iksh iksh " . pokcik garu kepala merungut2 sendiri.

Last2 pokcik pun join da club..turut berdengkur sama. Bergelimpangan di anjung umah dia sambil peluk kusyen2 yg hapak. Tapi tetap meriah macam dulu2 jugak , masa kami selalu tidur sama2 kat anjung selepas penat bermain2.. kekekeke..alahaiii..Mat So'od..my old pren hik hik

Monday, September 04, 2006

Pokcik dah balikk !!

Uii..! lama sungguh pokcik tak bercerita ek ? Lama sungguh lama gituu. Kalau ibarat menanti kekasih hati nih , huh ! dah lama cabut lari.. Ibarat kalau menanti gaji nih nih , huh ! dah lama mengamuk dan mogok tak mau kerja. Dan kalau diibaratkan cukur janggut plak, huh ! dah tumbuh seinci jadinya kekeke..Alahaii..merapu plak jap..adehhhs

Apa2 pun , pokcik tak kemana2..Seperti yg dikata dulu..balik kg jek. Maklom ler dah lama tak balik kg. Tapi secara amnya , tak jauh juga beza kampung ngan pondok pokcik nih. Buruknya sama je. Cuma disana tuh agak lebih sunyi sikit lah. tenang dan damai pun terasa..chewahhs !

Adalah dalam tiga empat hari disana. Sambut merdeka sekali. Dan cerita pasal merdeka nih , pokcik pun jadi hairan. Berbanding dengan bandar, di kg agak senyap sikit semasa menyambut Hari Kemerdekaan tuh. Mungkin sebab ramai oang2 tua dan mereka pun dah tak hairan sangat. Lagi pun mereka tahu apa makna merdeka dan bagaimana rasanya hidup sebelum merdeka.

Di pekan2 atau dibandar, huh ! riuh semacam jek. Malam menjelang merdeka tuh..ramai anak2 muda dan mereka2 yg "perasan muda" berkumpul di dataran. Ada jual2an , ada hiburan dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api. Ada juga remaja2 sekolah yg berbasikal beramai2 sambil mengheret bendera Malaysia. Ramai dan panjang seperti keretapi tak de pemandu..

Pokcik geleng2 kepala beberapa kali. Bukan tak menyokong tapi rasa cam tak kena jek cara2nya. Agak2nya bila dowang teriak merdeka tuh, apa rasanya dalam hati ek?


Setahu pokcik 49 thn lalu sewaktu pokcik meneriakkannya, menitis air mata ini..sebak dada dibuatnya dan terharu untuk dikenang segala jerih perih masa lampau. Iksh iksh..kalaulah oang dulu2 nenguk gelagat anak2 muda kita sekarang nih, gerenti dowang nangis punya.

Seingat pokcik beberapa hari sebelum merdeka tuh pokcik ada terlihat siaran TV mengenai para2 pejuang kemerdekaan. Waktu itu ditampilkan Tan Sri Aziz Tapa, salah seorang pejuang Umno yg giat dalam persatuan terutamanya di Melaka. Setakat sejarah Melaka tu memang tak lekang dalam kepala beliau. Dan sehingga kini dia masih lagi memangku jawatan bendahari di pejabat Umno melaka. Kalau bercakap, pantun melaka dia tak lekang, seronok kadang2 tu mendengarnya.

Antara kata2 hikmat yang sempat pokcik ingat ialah mengenai oang melayu kita. Ada empat perkara yang orang kita kena ada kalau nak maju. Perkara2 tersebut ialah, oang melayu kena ada ilmu , harus kerja keras , berani dan berpegang pada Agama Islam. Itulah antara ciri2 yang perlu ada untuk berjaya.

Sekarang nih semuanya manja2 belaka. Ibarat kata oang putih, "lahir dalam dulang emas". Haa gitu ler golongan muda mudi skg nih..So apa nak jadi ?

Maaf , pokcik terusik skit perasaannya. Maklom ler, kat kg jumpa rakan2 sebaya secara tak langsung mendapat banyak cerita dan pengajaran2 berguna. Nanti ler bebila senang, pokcik cerita lagi..

Apa2 pun pokcik dah balikkkk..gegegegege..alahaiii

Wednesday, August 30, 2006

Segar semula..

A'kum seme dan selamat berkunjung ke pondok pokcik pepagi nih..

Namun pg nih pokcik tak ada. Ada lah ikut oang2 kuat Alaf21 FC tuh ke.. alaa apa nama tu..Karangkap..Kerang kerat..Karang kraf..aa gitu ler lebih kurang namanya. Pokcik tak nak gii tapi dan seme ngajak..pokcik ikut jugak laa. Katanya pokcik nih glamer kat sana..hik hik ntah ya tah tidak..saja la tuh kekekeke..

Dan lagi lepas2 tuh..pokcik ingat nak balik kg aa.. Maklom ler..seme oang balik kg..pokcik jek dah lama sangat tak balik kg..alahaii..So , kalau dua tiga hari nih pokcik tak de..tahu ler ye kemana pokcik gi..hik hik..Saja nak merehatkan akal fikiran dan tubuh badan disamping nak jumpa dengan oang2 kg seme..tentu dowang seme merindukan pokcik ahaks..

Akhir sekali pokcik ucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN yg ke 49 , utk seme penduduk Malaysia khususnya. Selamat bercuti juga. Semoga anda seme akan sentiasa ada rasa cintakan negara tanpa berbelah bagi..

Itu jek laa..jaga diri baik2..take care..miss me not ahaks

Tuesday, August 29, 2006

Hari-hari sepi seorang tua..

Entah kenapa , sedang asyik melepak2kan diri dianjung pondok, hati ini tiba2 diserang sedih. Lantas mengugat rasa sepi yg lama tak dihiraukan. Mendadak2 sebaknya sampai jadi resah dan pilu kalbu ini..
Kalaulah dapat dizahirkan..

Hari-hari sepi seorang tua..

Mentari pagi naik sekaki
Aku termenung lagi
Berguman tentang diri
Dan pondok buruk ini.

Semalam juga sama
Sunyi dan sepi
Punya teman yang jarang kemari
Untuk berbual menghibur hati

Katanya aku sudah nyanyuk
Mengulang cerita yang sama
Aku kata itu kisah indah
Kenangan tak dapat dilupa

Anak jiran berlari menghampiri
Suka benor mengusap2 dagu atuk ini
Kedut, menggelembir dan kasap2
Dia suka dalam geli..

Peduli harta dunia
Aku jua pernah jadi muda
Kemewahan tak kemana
Bila mati tingal la semua

Aku hanya perlukan teman
Menceriakan sisa2 hidup ini
Sendirian umpama mimpi ngeri
Gelisah dalam jaga

Kesunyian bukan pilihan
Namun tadir tentuan Tuhan
Aku terima dengan rela hati
Mungkin nasibku sudah sebegini

Sepi seorang tua..
Dibawah langit yang sama
Esok lusa muncul lagi
Bersama nafasku dipinjam cuma

Hari-hari sepi seorang tua...alahaii

Monday, August 28, 2006

Kenduri kendara punya cerita..

Cuti hujung minggu nih akan membosankan. Pokcik tak kemana2 Cuma duduk diumah sahaja. Sambil merehat2 diri ( macam la hari2 tak rehat hik hik). Ada juga sekali sekala oang jemput gi kenduri kahwin. Maklom la seminggu nih mmg musim cuti sekolah pun. Maka jenuh ler pokcik nak melayan jemputan2 disamping makanan2 yg terhidang, beraneka lauk dan warna.

Nih kalau 30 thn yg lalu tentu dah dua tiga kali round pokcik belasah nih. Lagi pun masa tuh tak banyak yg jemput kenduri secara rasmi. Cuma dipanggil utk jadi penanggah atau rewang jek. Adalah sedikit kebebasan untuk makan lebih dari satu kali..hik hik alahaiii..

Pokcik sekarang nih dah tak berapa nak kuat makannya. Rasa itu ini dan mula cebik2 dan muak2. Cam budak kecik diberikan makanan bijirin pertama. Namun nak jaga majlis dan hati tuan umah nye pasal, pokcik suaplah juga. Kalau ada nasi putih lajulah sikit.

Sekarang nak makan ramai2 pun dah senang, stail buffet gitu ( pokcik panggil “bupey” jek kekeke ). Jimat masa dan tenaga. Bila difikir2kan balik ada jua logiknya. Walau tak nampak cam mesra dan bergotong royong tapi sama juga seperti sebuah organization atau kilang, "improvement" itu perlu. Yo laa..apa2 jek laa.

Dulu masa merewang , ramai yg sudi membantu. Angkat hidang keluar masuk depan belakang dah kira lumrah. Semua ringan tulang, ringan tangan dan ringan mulut. Tuan umah pun tak berkira sangat. Tuala good morning selai dan rokok dunhill sekotak pun sudah boleh jalan kerja. Meriah dan teratur.

Sekarang dah main katering. Jangan kata majlis kahwin atau besor2 . Buat rumah terbuka atau kenduri kecil2 pun dah panggil katering. Agak2nya katering nih tumbuh dengan galak sejajar dengan sikap rajin manusia yang semakin muncup gitu. Senang pun senang, janji duit ada. Berapa kepala kira , bayar sahaja. Tak payah susah2 cuci apa2..habis majlis dok rehat saja, goyang kaki sambil urut dada. Habis cerita..alahaii..

Tapi macam pokcik nih oang tua2, kadang malu juga nak ambik2 lauk, ambik nasi. Nasib baik malu tapi mau gitu hik hik. Manalah tahu terambik banyak ke..alahaii. lagi pun nama pun warga emas, nak lah jugak dilayan cam emas hik hik. Dilayan2, dihidang2, disuap2 gitu hik hik..alahaii..

Bila cara penyediaan dah bertukar begitu, maka kualitinya pun jadi tak menentu. Ada sekali tuh pokcik gi kenduri nasik minyak, memang betul2 sah laa yg nasik tu ada minyak, atau lebih tepat lagi berminyak. Bergenang2 rupanya sampai tak lalu pokcik nak makan. Mau naik mendadak kolesterol dalam darah kekekek. Lauk2nya pula tak matching langsung. Asal boleh jek. Ntah laa..kadang2 katering nih ada keburukan dan kebaikannya juga.

Berbanding ngan kampung, ada pakatannya yg tersendiri. Ada suasananya yang unik. Dan ada juga tukang masak yg diyakin benar pandainya. Pendek kata, kalau makan tak tambah kira tak sahlah. Alahaii teringat pokcik plak akan Wak Jalil kat kg tuh. Memang handal masak.


Bila buat Baryani Gam..huhh rasa cam digam2 plak. Tak leh bangkit2 dari tempat duduk, hingga lah masuk makan round yg kedua kekekeke. Nasi bau wangi, sebutir2 macam telur semut. Dilawan dengan ayam masak merah dan dagingnya. Baik nasik atau lauk seme sama sedap hinggakan lepas basuh tangan pun masih melekat lagi wangi harumnya..

Uii! kecur air lior nih aaa..hik hik alahaii..

Friday, August 25, 2006

Hari minggu muncul lagi

Jumaat kembali lagi , menyukakan hati2 yg resah gelisah dan gundah gulana. Disamping ingin merehati tubuh badan yg sudah agak stress dan letih sepanjang minggu. Alahai..seronoknye tak terkira. Dalam kepala sudah ada banyak rancangan yg diatur. Mahu pergi ke shopping kompleks , jalan2 umah kawah , dok umah nenguk TV , balik kg dll..Ditambah pula hari nih dah gaji ( bagi kerajaan atau pasangan2 anda yg kerja kerajaan hik hik ) , maka besarlah rancangannya selain nak gi makan besar..

Pokcik pun sebegitu juga. Maklom ler seharian dok umah, seharian jalan2 hatta seharian berehat2 pun boleh jadi stress hik hik. Napa, tak percaya ka ?

Tak percaya, cuba anda lawat umah oang2 tua..tenguk pokcik mokcik yg dok bersaja jek saban hari , tak buat apa2 selain duduk dan berbual2..Tentu mereka pun bosan jugak. Bila sesekali anak cucu datang ceria sikit mereka.

Pokcik tak nak cerita banyak . Tak de idea gitu..Anyway selamat bercuti hujung minggu. Buatlah perkara2 yg berfaedah sebagai memenuhi santai anda seme. Rancang baik2 aktiviti anda , sebab kalau tidak..nanti tiba2 jek dah petang Ahad dan alahaiiii banyak mende tak buat lagi..

Kepada yg nak jalan jauh atau balik kg tu..hati2 semasa memandu. Jangan lupa bawa kotak hitam kekekekek..Apa2 pun selamat pergi dan balik..

Semoga hari anda ceria2 selalu..Miss me not aa..hik hik alahaii

Thursday, August 24, 2006

Durian Oh Durian

Pepagi lagi pokcik dah tak senang baring. Rasa macam ada sesuatu jek yg bakal mendatang. Bahu wangian mistik memenuhi ruang pondok. Namun cuaca diluar pula kelihatan terang benderang. Memikirkan hantu2 sekarang pun bleh jadi datang siang2 pokcik jadi kecut dan terus menarik selimut hingga menutup muka sampai terulit2 hujung kakinya. Maklom ler selimut pendek kekekekeke. Tetapi bau tuh, iksh tak boleh tahan , sampai menyenget2 hidung pokcik dibuatnya. Siksa nak bernafas. Pokcik tahu bau itu tapii..

Tok ! tok ! Tok !, Pintu diketuk bertalu2.. Pokcik makin haru..Haa..haa..haantuuuu !. Oohh tidakk ! lebih2 lagi bila mendengar suara budak kecik mengekek2. Mak oii , hantu budak..

Namun dalam pada takut2 tuh pokcik gagahkan juga diri memukanya. Tup tup terpacak si Leman dan anaknya Dol dimuka tangga. Ditangan mereka terjinjing durian sebiji soang.

" Uii lemann..ko nih wat suspension pokcik jek. Naik ler ," pokcik memperlawa mesra.


" Pepagi lagi kau dah datang ye " usik pokcik membuatkan Leman dan Dol terpinga2..

" Apalah atuk nih, dah dekat tgh hari dah nih.." balas Dol pula. Pokcik ternganga jap..

" Eh ye ke? Alahaii jam pokcik rosak kut..hik hik , pokcik kesiangan gituu." jawab pokcik men cover line. Sebenornya pokcik tido balik. Abis tuh dah tak ada apa buat..hik hik

Setelah mereka pergi , pokcik pun mula lah mengopek sebiji. Apakala terpandang isinya yg kuning , besar dan manis , terbuka selera pokcik. Habis beberapa ulas pokcik lahapkan. Lalu pokcik ambil lagi satu..dan lagi, habis juga. Haii nampaknya seharian ini pokcik tak buat apa2 , hanya makan durian jek.

Sekarang nih dah musim durian. Merata oang jual. Namun pocik belum sempat lagi nak beli..hik hik. Mungkin dah rezeki pokcik kut, si Leman nak bagi..Alaa takat dua biji je apalah salahnya..sedekah gitu..Tapi nampak gayanya , esok kena mintak lagi nih hik hik ..tak cukup..

Dan malamnya , pokcik lepak di anjung hingga lewat malam. Tangan nih, tak lekang dari tadik asyik mengipas2 tubuh yg serba kepanasan . Sejak lepas2 maghrib tadi lain macam jek rasa. Alahai, baru pokcik sedar yg pokcik makan banyak durian hari ini. Adoii! panasnya badan..pokcik mengeluh lagi. Berapa kali dah pokcik mandi , namun lepas tu panas lagi. Ini macam kalu harus pokcik kena deman panas nanti kekekeke

Sambil tuh pokcik mengharap sangat2 agar hujan turun lebat tiba2 atau angin bayu yang dingin menderu sekuat2nya.. Kalau turun salji..huh! lagi cantik..Boleh guling2 untuk hilangkan bahang badan nih..hik hik..


Alahaiii

Monday, August 21, 2006

Wow !

Pokcik tengah duduk dikedai kopi Ah Seng apabila dihampiri oleh Mat Saman. Hmm siapa ek Mat Saman nih ? Dia adalah antara kawan pokcik yg datangnya bagai mendung kelabu, dah perginya bagai angin lalu. Bersama2nya seorang lelaki yg rasa2nya bukan dari warga tempatan gitu. Dikenalkannya sebagai Asnaf , merupakan warga bangla yg kini sudah menjadi " Jawa Bangla " ( kerana menurut di Mat Saman, dia nih pandai berbahasa jawa sikit2 ) . Ah lantak laaa..

"Pokcik nih ada business bagus nih" Seperti lazim2nya dia berbicara . Temannya sudah mula tersengih2 dari tadi. Mungkin menyiakan segala mukadimahnya. Pokcik memandang tanpa berkelip mata. Pura2 berminat .

" Sekarang nih kan kemasukan pekerja asing dah dibuka balik . Nih aa saya buat business baru . Membekalkan pekerja2 asing terutamanya Bangla untuk sektor industri " Begitu protokal dan berkeyakinan sungguh dia berceramah.

" Bayangkan , kalau pokcik dapat seorang pekerja diterima masuk ke kilang, komisyennya dalam $500.00 " ujar Mat Saman dengan tangannya tergapai2. Pokcik terlangau jap ( tercongok mengira cam langau, mengira keuntungan kalau dapat sepuluh , seratus stau seribu oang ). Uii pokcik kayoo !...pokcik kayooo..! seketik apokcik lupa diri ...

Namun apabila kewarasan pokcik menjelma, pokcik mula terfikirkannya balik. Kadang2 tak masuk akal juga. Takkan begitu senang dan mudah untuk membawa masuk pekerja2 asing ke Malaysia nih. Kecualilah kalau ianya dilakukan secara haram ? Alahaii pokcik jadi keliru dan susah hati. Jangan2 si Mat Saman nih saja nak mengenakan pokcik.


Bukan pokcik kenal dia sehari dua , malah bertahun2. Dan gitu ler keadaannya , multibusiness dan multitaskings. Setiap kali jumpa, ada jek cerita psal business baru. Seme dia tahu..seme dah diceburi..walau kadang2 lebih kepada “cebur “ gitu ( bunyi jatuh dalam air ).

" Alaa Mat, pokcik nih bukan apa, mana ada kerja dah skg nih. Mana larat nak buat itu seme. Duit pun tak de. Nak tulung cam mana ? " helah pokcik sedaya mungkin. Setelah agak lama berdebat dan beralasan, akhirnya Mat Saman pun bosan ( hik hik tu laa , sapa suo layan pokcik nih ). Dia pun tersenyum tawar bila pokcik kata hendak membayarkan duit minum teh dia dan kawannya itu.

Alahaii Mat Saman nih. Beriya sungguh dia nak “meniaga oang “ . Entah betul entahkan tidak. Iksh iksh jangan dia buat kerja haram sudah.

Serta merta pokcik teringatkan Husin Lempoyang ( saudagar unta dari Cairo ) yang tersenyum lebar setelah berurusan dengan Jamal Pak Tongko dalam filem Tiga Abdul tu.

" Ini macam , meniaga orang lebih untung dari meniaga unta ”

" Woowwww !! " Tetiba jek pokcik terjerit sepontan , terpatung dan tersenyum lebar..


Hik hik hik..alahaiii

Hening Pagi Ini..

Hari nih , terutamanya pagi ni, pokcik tak de mood nak menulis. Tak tahu ler kenapa..sekadar bermalas2an atau nak melahirkan suatu protes dari dalam dada ini.

Walau pun hari ini hari isnin dan elok menjadi suatu hari yang ceria dan happy , tapi tidak bagi diri tua ini. Nak buat cammana?, tak semua hari Isnin yg datang tu indah2 belaka.

Hati nih rasa macam resah gelisah jek . Tak tenang jadinya. Nak marah pun ada juga , benci , meluat, sakit hati, pasrah kasih, kecewa, sedih, meluat, jengkel semenya bersatu menjadi tak menentu . Ukhhss ! tak de mood sungguh2 nih dibuatnya..

Kat mana ler nak cari ketenangan nih ek ? Hmm gi jalan2 ? , makan angin , lepak2..atau gi Mesjid. Elok juga, tapi Mesjid mana ?

Haaa !! .Mesjid Wilayah ?? Apa ?, Pukul 9 Pagi nih ? Huh..tiba2 jek perasaan semua itu menyerang kembali. Berdebar2 pulak jadinya.

Cukuplah, pokcik tak mampu menulis lagi .. ( sambil letak tangan atas dada dan menunduk sayu ).

Alahaii..

Friday, August 18, 2006

Tak sedap fikir gituu..

Sejak dua tiga hari lepas , pokcik rasa semacam jek. Kalau oang biasanya tak sedap badan , pokcik nih pula, “ Tak sedap fikir “ . Ntah la..apa punya pesen penyakit tuh pokcik pun tak tahu. Tapi yg pastinya pokcik dah jadi malas untuk berfikir. Bila dah malas fikir , maka tangan pun malas menguit2 serta menulis. Akhirnya, pokcik jadi tak berselera nak bercerita.

Apa punya angin laa yg dah merasuk fikiran pokcik nih ? . Puas doh pokcik menghalaunya dengan melakukan aktiviti tido seharian. Namun pabila mata terbuka mulalah fikir2 itu menyekat naluri dan rasa semarak pokcik. Ia jadi pegun semula. Alahaii tragis sungguh. Apa ek rasanya manusia tanpa fikiran ? Walau pun tak serendah oang yg kurang siuman tapi setingkat darinya juga kadang2 menyiksakan. Bayangkan, kalau pokcik termenung sahaja saban hari. Walau pun nampak macam otak nih sedang bekerja , tapi hakikatnya ia semakin lemah dan mati jaringannya. Uii mintak2 la dijauhkan dari sakit2 kronik gitu.

Pokcik cuba2 luahkan pada si Leman, namun setiap kali pokcik senarikan simptom2nya , setiap kali tu jugaklah dia menyenaraikan arwah2 yg mengidap simptom2 yg sama dengan pokcik. rasa tawar plak hati ini walau dihidangkannya dengan sirap manis. “ Ahh oang bukannya tahu masalah pokcik . Oang belum sampai lagi tahap2 usia yg pokcik alami. Nak kata nyanyuk, pokcik masih ingat lagi sapa2 yg datang bertandang kepondok buruk nih. Nak kata amnesia, pokcik masih ingat lagi hutang pada Marpunah Janda tuh kekeke. Nak kata jatuh cinta , huh takat nih tak de la..tapi kut oang jatuh cinta ngan pokcik dan buat “ apa2 “ , tak tahu la kekekek. Ntah laa , bingung kepala memikirkannya. Kadang2 masalah oang tua nih sukar untuk dihuraikan.

Pokcik mintak maaf ler kalau tak se ghairah dulu. Kalau2 selalu on and off. Biasa ler..mood nih bukannya leh datang ikut time. Kadang jauh dia lari , membuatkan pokcik termati kutu berhari2. Apa2 pun pokcik tak putus asa. Mana boleh pokcik duduk diam saja, lagi ler pokcik leh jadi gila.

Waa !..pokcik perlukan sokongan ! Pokcik perlukan dorongan ! Pokcik perlukan err err “ dokongan “ kekeke..Maih ler sini sapa nak dokong pokcik bawak gi jalan2 kekekeke hik hik..

( Utk pengetahuan seme, berat pokcik hanya 100 kg sahaja gegegegegege )

Akhir sekali , selamat bercuti hujung minggu. Ceria2 selalu. Pada yg plannning nak berjalan2 makan angin sempena cuti sekolah nih , have fun. Semoga bergumbira hendaknya dan rindukan pokcik selalu..hik hik..

Oiii tak dak sapa2 kaa nak dokong pokcik nihh ? kekekekeke Maih ler . Oits..napa seme larii ?


Alahaiii..

Thursday, August 17, 2006

Chinnai Mari

Pokcik duduk dikedai kopi Ah Seng semalam . Berbual2 dengan Mr. Chinnai Mari. Rasanyanya dah lama tak berbual2 dgn oang tua tersebut sejak2 beberapa bulan yg lalu. Kerjanya sebagai pemandu lori membuatkan nya jarang dilihat melepak disini. Sudah tentu dia melepak juga , tapi merata2 lah ikut kemana lori dia penat dan nak rehat enjin.

Macam2 lori dia dah dipandu ( kecuali lori mayat jek ). Dari lori tayar empat sampailah lori tayar 16 , semua dia sapu. Pokcik suka sangat berbual2 dengan dia. Apa yang seronok sangat berbual dgn dia ? korang faham2 sendiri laa..

“ Pocii..lama juga tak da mari ?” sapanya tatkala melihat kelibat pokcik.

“ Ada nih. pokcik jarang jalan2..duduk umah saja “ jawab pokcik


“ Pokcii sini mari dudo laa. . Dey tambi !.angkat mari satu teh tarikk “ pelawanya sambil memesan minuman.

“ Oo Chinai , kau pun, lama tada nampak ?

“ Kereja juga pocii , sayaa..pagi2 sudah sini mari . Lagi tauke sudah panggil suro angkat mari barang masuk lori . Angkat pigi itu Klang sana “ ujarnya tanpa disuruh, jelas kelihatan rutinnya begitu sibuk sekali. Pokcik tak cakap apa2 , hanya angguk2 mengikutnya kepalanya. Sesekali pokcik mengelak juga hayunan tangannya yang bebas menggelenya.

“ Apa mau bikin pocii ?. Sekarang suma kos sudah tinggi mari . Barang banyak mahal . Itu anak angkat mari sekolah , buku juga ada kena beli . Susah la ini macam pocii . Ini macam, mari banyak duit pun tada cukup ” rungutnya lagi. Dan pokcik masih lagi terangguk2.

Hampir sejam dengan cerita mari mari nya , pokcik pun berlalu . Memang dia baik dan ramah , tak sombong. Kalau jumpa selalu saja, dia angkat tangan " mari mari " ajak minum. Alahaii Chinnai Mari.

Sepanjang jalan pokcik terkenang2 padanya . Hinggalah sampai di pondok pokcik ternampak Si Dol tengah menyorong basikal.

“ Hey Dol ! , Sini mari ! " jerita pokcik tiba2. Namun segera pokcik tutup mulut sambil terpinga2..

Iksh iksh ini suma Chinnai Mari punya pasal laa...alahaiii..

Wednesday, August 16, 2006

Sesekali menulis..alahaii..

Semalam2nya, pokcik berjalan2 kekedai buku berhampiran . Maka terjumpalah satu buku nih yang khusus memberikan panduan untuk para penulis amatur dan mereka2 yg hendak menjadi penulis. Huh ! penulis ? macam ler pokcik tak tahu menulis..hik hik ( amboi2 eksyennya dia )

Namun setelah beberapa lembar mukasurat dibaca dan meneliti sukatan yg diberikan satu persatu , barulah pokcik tahu dan sedar yg menulis nih bukanlah satu kerja enteng gitu.

Setakat menulis atau merapu2 diblog sendiri tuh bolehlah. Tak siapa yg mengacau atau mengkritik . Sendiri punya suka laa..kalau mau syok sendiri pun tak dak sapa yg larang..hik hik..

Antara yg pokcik ingat tentang tip2nya ialah perkataan " penjiwaan ". Uii ! menulis pun nak kena ada jiwa ke ? iksh iksh rumit gitu jadinya akal pokcik hendak mentafsirkannya. Dan lagi perlu ada perincian dan fakta. Supaya apa yg diceritakan itu benar dapat diimiginasikan oleh sang pembaca sekelian. Aduhh..lagi terkonpius plak pokcik jadinya.

Maka disebabkan dorongan yg tinggi hendak menjadi terkenal kekononnya . Nak jadi Sasterawan negara seperti dalam mimpi yang lalu2 gitu..Pokcik pun mulalah menulis. Perkataan “ perincian “ itu betul2 pokcik tanamkan dalam otak..maka inilah hasilnya..

Hujan petang yang serba gerimis itu benar2 merisaukan para pengunjung yang sedang menunggu kenderaan dihentian bas tersebut. Ada juga yang cuba melarikan diri untuk mengelak daripada basah. Adapun tentang larian2 mereka itu ,

Ada yang berlari2 anak

Ada yang berlari sambil mengendong anak
Ada yang berlari2 sambil menuntun anak
Ada yang berlari2 bagai mengejar anak yg lari2 anak
Dan ada yang berlari2 bagai nak terberanak

Lepas tuh pokcik tergaru2 kepala hampir sejam.

“ Huh! terperinci sungguh nih kekekekek ." pokcik tergelak plak lagi sejam.

Susahnya nak jadi penulis nih..hik hik..alahaiiii..

Tuesday, August 15, 2006

Budak2 sekolah..alahaii..

Pokcik duduk dihadapan sebuah sekolah , memerhatikan budak2 balik waktu tengah hari. Kadang2 rasa seronok juga. Selain dari dapat mengimbau zaman2 persekolahan dulu , dapat juga melihat telatah budak2 zaman sekarang nih. Rata2 semuanya cam kemetot2 jek. Bila loceng berbunyi, berdedai2 semua keluar , berlari cam anak ayam keluar reban. Mak bapak dah tunggu diluar begitu juga dengan bas serta van. Kalau nasib tak baik , tersangkut dengan Bung penjual aiskerim dan jajan . Cobaannn ! .

Beg sekolah pun besar2 belaka , kadang2 amat menyusahkan , namun tak juga kerana semua beg2 sekolah sekarang dah ada roda . Tak ubah macam bagasi nak gi oversea gitu ( tapi lebih kecil sedikit ). Agaknya susah cuma pada menarik jek.

Kalau dulu semua main selempang , sangkut dibahu atau kepala. Berjalan kali jauh berbatu2 pergi dan balik. Sampai teleng2 tenguk dibuatnya. Kasut pun setahun sekali bertukar . Andai kata sebelum setahun dah bocor atau koyak , pakailah jek lah sampai cukup tahun. Sekarang nih tak adalah jumpa lagi kasut Getah , Bata ( jenis lama ) atau Aliph . Dah banyak jenama baru dan pendek2 pula hayatnya.

Alahai budak2 sekarang nih , untung betul . sekoalah pun dah didepan mata. Banyak taman2 atau perumahan baru menyediakan sekolah disetiap tempat. Namun kualitinya pula kadang2 dipersoalkan. Ditambah dengan keadaan disiplin dan campurtangan mak bapak , membuatkan setengah orang berfikir sekolah pun bukan tempat yang baik untuk belajar.

Kalau belajar tuh susah , tentu ilmu susah nak lari dan tersemat penuh didalam dada. Fikiran budak2 sekarang nih sukar diramal . Banyak dugaan yg ada disekeliling menyebabkan mereka mudah leka. Nah , justeru tugas mak bapaklah yg pentng sekali dalam memantau dan mendidik anak2 mereka . Tak usah nak harapkan guru2 disekolah jek..alahaii..

Seorang budak tiba2 duduk disebelah pokcik. Memandang pokcik sekilas .Mungkin tertanya2 apa pokcik tua nih buat kat sekolah ? . Pokcik pandang begnya yg besar ( dan beroda ) , baju seluar yg kusut dan comot ( Uii cam gii sekolah tentera plak kau ye..). dengan sebungkus jajan ditangannya. Dia sabar menunggu , mungkin menunggu kenderaan atau ibu bapanya.

" Anak darjah berapa? " sapa pokcik mesra.
" Tahunarjah dua " jawabnya sambil menoleh sekilas lagi. Sambil2 tuh mulutnya mengunyah jajan. Krup krap krup krap bunyinya..

" Seronok tak gi sekolah ? ", tanya pokcik lagi . walau pun soalan nampak cam bodoh , tapi pokcik perlu tahu.


" Seronokk " jawabnya riang sambil berkali2 angguk kepala. Pokcik tersenyum.


" Kenapa seronok ? " spontan pokcik tertanya lagih.

" Ada kawan2 ,boleh main2.." jawabnya penuh yakin. Pokcik terkedu dan tersenyum hambar.

" Nak , kita gi sekolah nih , untuk belajar . menimba ilmu gitu . Pergi sekolah nih umpama bawak bakul. Pergi dengan bakul kosong , bila pulang nanti penuh bakulnya dengan segala ilmu yang dipelajari " nasihat pokcik tiba2. Budak itu melongo sekajap.

" Buat apa bawak bakul pokcik ? , beg kan ada..tarik jek laa “ jawabnya dengan penuh yakin. Lalu tiba2 dia berlalu bila menyedari kenderaannya dah sampai.

Dalam keriuhan budak2 di sekolah itu , giliran pokcik pulak melongo..iksh iksh budak2 sekarang nih..alahaii..

Monday, August 14, 2006

Bintang-bintang dilangit..

Adehh..lama betul pokcik tak lepak2 duduk dianjung malam2 yg sunyi begini. Rasanya Sejak beberapa hari nih amat sibuk sekali walau pun tak berapa pasti atas urusan apa ? hik hik . Sedar2 jek masa dah berlalu meninggalkan kita. Sedar2 jek dah isnin balik dan ramai oang mula bekerja sebagaimana rutinnya.

Seingat pokcik lah , ada ler dalam dua tiga hari pokcik tak menuliskan apa2..Ntah la..kadang2 rasa macam kebejatan idea pulak . Kadang2 tak juga , idea datang mencurah2 ibarat mencurah air didaun keladi gitu. Cuma jari jemari nih jek sering memalaskan keadaan. Apatah lagi bila sudah sedap berbaringan dalam keasyikan hik hik.

Dulu pokcik tak macam nih , sentiasa bersemangat waja, sentiasa ceria dan bertenaga. Tanpa kopi Tongkat Ali , pokcik mampu berlari. Fikiran pun yg positif2 sahaja . Tiada kompromi atau tangguh2 serta dakwa dakwi. Ingin maju kedepan selalu dan melihat hari2 bagaikan indah dan tiada penghujungnya.

Sekarang nih , kureng sikit aa rasanya , mood selalu berubah2 bagai cinta teruna dara masa kini. Malam pula sering gelisah dek kerana sakit2 remeh yg menujah. Dan hidup , ya begitu begini laa..sesunyi burung hantu dimalam hari kekekeke..Sering macet bagai motor pancit..Aduh sungguh malang sekali.

Bintang2 kelihatan bertaburan dilangit , masih begitu2 juga. Bulan sering sabit2an munculnya, namun ia tetap ada disana pada hari2nya tanpa jemu . Sesekali hujan turun mengikut skrip alam . Kadang2 gerimis , kadang2 lebat , kadang menyimbah2 dan kadang2 hingga jadi bah..hik hik. Apakan " mereka " juga tidak penat dan letih ? Aduhh ! mengong betul rasanya soalan pokcik nih hik hik , bertanya pada sang PENCIPTA seluruh alam . Jawapannya barang tentu sudah ada. Cuma manusia sahaja yg malas mencari.

Lepak di anjung malam2 begini , kadang2 mendapat juga jawapannya walau puas juga mengadu dan merintih . Alahai terima kasihlah wahai sang malam yang sunyi.

Kepada semua yg membaca pagi nih . , terima kasih pokcik ucapkan kerana sudi hadir disini , mendengar latah si tua ini. Semoga pokcik akan sentiasa ada masa untuk melatah lagi..dan lagi..dan lagi dan lagi dan lagi ..( sila ulang sampai patplo kali , sebagai exercise mulut hik hik..)

Alahaiii

Friday, August 11, 2006

Huh ! Patriotiknye pokcik..

Pepagi lagi sesudah subuh pokcik dah tercatuk di hadapan pondok menghirup udara segar . Sesekali terbatuk2 plak bila lori hantu angkut pasir lalu. Sesekali terkatup plak lubang hidung nih bila lori Indah water lalu..wekkk nak muntah rasa..iksh iksh susah nye nak cari udara segor pepagi nih.

Namun mana2 kereta , lori , motor , basikal hatta yg berjalan kaki semenya berpaling ke arah pondok pokcik tuh sambil tersenyum2. hehh baru korang tahu..berbaloi laa pokcik mengerjakannya malam tadi. Sekarang pokcik boleh berasa bangga. Tu dia haa , bendera Malaysia tersergam indah didinding pondok pokcik.

Si Leman sebelah melambai tangan tanda bagus. Pokcik kembang hidung . Motor kereta ber hon2 tanda menyokong , pokcik maintain anggun. Bertuah botul pokcik jadi anak Malaysia nih . Sapa2 yg lahir selepas merdeka lagi lah untung . Tak yah susah2 merasa jerih perih zaman penjajah , zaman perang Jepun dan kacau bilau politik dulu sebagaimana yg pokcik alami.

Masa tu , nak cari makan pun susah . Nasi ? huh beruntung kalau dapat. Sekarang nih , huh dapat boli rumah kat Bukit Beruntung lagih tuh kekekek. Takat ubi kayu , keledek , bubur nasik , keladi seme pokcik dah rasa. Makanan susah dicari . Tanyalah atuk nenek kalian seme. Musti mereka tahu dah faham benor kesengsaraan zaman lampau . Tuh yg kadang2 pokcik sedih bila oang tak menghargai saat2 kemerdekaan nih. Nak gantung bendera pun susah..

Lama pokcik berdiri disitu. Sekali sekala pokcik nyanyi lagu Negara ku, rentak dulu2 , bukan lagu skg nih yg macamhip hop pun ada. Budak Dol yg balik dari sekolah meluru melihat bendera pokcik yg cantik tu.

“ Haa Dol , ko jangan kacau atuk nye bendera antik tuu . Kang atuk campak ko kat ayam dalam reban tuh , bior dia patuk Dol nye anu “ ugut pokcik pada budak Dol yg rajin bertandang nih. Dia menyeringai sambil meletakkan tangan nya dicelah kelangkang. Tahu pun takut..hik hik

" Wahh , atuk sekarang nih err err pedriatrik tul aaa " pujinya sungguh2. Pokcik tersengih kelat

" Apa da pediatrik ? tu wad budak2 ..Salah tu Dol , patriotik namanya " balas pokcik sambil tergelak. Dol semakin lebar sengih menampakkan giginya.

Tiba2 , dia menggaru2 kepala . “ Atuk , nih bendera apa plak nih ? , sebelah bendera Malaysia nih..ada tulis Jualan murah nampak ”

“ Uishh..itu kain buat tutup dinding pokcik yang berlubang aa..Buat apa tenguk situ..tenguk bendera laa..” rungut pokcik. Budak Dol tersengih2 sambil terus berlari balik.

“ Iksh iksh tak kasi chance langsung aku nak membangga diri “ pokcik membebel lagi. Namun lama2 bertukar lucu plak rasa hati ini. Hmmm nama pun budak2 , budak2 selepas merdeka gitu.

Alahaiii..



Thursday, August 10, 2006

Huh ! buang karan jek..

Pada suatu tengah hari yang tak berapa terik , pokcik sedang berdiri dihadapan sebuah kedai runcit pabila tiba2 berhenti sebuah motosikal .

“ Assalamualaikum pokcik ? “ sapa seorang anak muda sambil membuka topi keledarnya.

“Walaikumsalam “ jawab pokcik lambat2 , memandang sambil tertanya2 macam pernah ku jumpa budak ini tapi dimana ya ? Setelah agak lama menyengih2 kan diri ( kekonon pura2 kenal la ) akhirnya baru pokcik ingat , budak nih pelajar di UiTM sini , selalu juga menyapa pokcik . Tapi setakat menyapa mesra aaa . nama dia pun pokcik lupa.

“ Pokcik nak balik ke ? mari ler saya hantarkan " pelawa budak muda yg baik hati tuh.

“ Ahh tak apalah , buat susah2 ko jek..pokcik leh jalan kaki “ tolak pokcik dengan rendah diri . Pokcik nih maleh sebenornya nak menyusahkan oang. Pokcik lebih suka berdikari. Apa tuh maknanya , berdiri diatas kaki sendiri. Haa kira lebih kurang macam jalan kaki aa hik hik.

Namun beriya2 sungguh budak nih mengajak , sampai tak termampu pokcik nak menolak rayuannya. Uii pandai betul ko aa . Dalam masa yg sama pokcik baru teringat yg namanya Samion dan dah hampir setahun lebih dia belajar disini.

Maka dengan rasa debor2 , pokcik pun mengagahkan lah juga memanjat motor kapcai dia tuh , terkial2 dan akhirnya tertenggek juga dibelakang. Selepas itu , memecutkan motor si Samion nih sampai nyaris2 pokcik nak terpelanting kebelakang.

“ Ooii ! Semaun , pelan2 sikit aa..gayat pokcik nih..” jerit pokcik kuat2. Samion sengih2 jek. Ye lah , bawak motor cam oang gila , kecut perut pokcik dibuatnya. Nak pegang apa pun tak tahu aa..dah ler kain pelikat nih terkuai2 melayah2 diterpa angin , hampir2 mendedahkan yang gebu2 gitu kekekek..

Pokcik dibawa merayau di kawasan Uitm , dalam kampus , setiap fakulti termasuk roundabout nya serta kawasan sekitar .

" Pokcik nampak tak budak2 yg tengah tunggu bas tu " ujar Samion separuh menjerit sambil mejuihkan mulutkan kesekumpulan pelajar yang berdiri ramai2 disebuah bus stop. Lagak mereka sendiri2 sahaja. Pokcik mengangguk tanda nampak.

“ Haa tu budak2 baru masuk , adalah dalam sebulan dua ” jawabnya penuh yakin. Tidak lama kemudian , dia tunjukkan pula kearah sekumpulan pelajar yg mana ada ramai pasangan sedang berdiri bersama dan berbual2 mesra.

“ Haa yang tu pula , tahun dua atau lebih “ jawabnya lagi , membuatkan pokcik jadi hairan dengan pengetahuan amnya.

“ Camm mana ko tahu Semaon ? ” Tanya pokcik sepontan.

“ Haa kalau pokcik nak tahu , senang jek.. Yang mula2 masuk tuu mestilah malu2 , belom kenal mesra kan ? . Belum mahu nak jumpa2 , so buat hal2 sendiri ler. Bila dah lama2 baru le terasa dah berjumpa idaman hati , pas tuh ngurat2 sana sini , kenen2 dan couple2 laa ..” balas Samion sambil bergelak ketawa. Pokcik terlopong mendengarnya. Pandai jugak ko ye Samion..

Jauh jugak Samion membawa pokcik berjalan2 ngan motornya. Sampai memanjat bukit2 naik keatas UiTM , melihat2 karenah budak2 yg memacam gaya . Namun banyak juga pasangan2 yg pokcik jumpa merata . Hmm macam2 budak sekarang nih..

Tiba2 , Samion menggeleng2 kepala sambil berubah wajah . " Laa lambat dah nih…lambat laaa " rungutnya sendiri sambil cuba memecut utk menghantar pokcik pulang. Pokcik tak kisah , malah simpati juga laa pada dia yg sudi membawa pokcik jalan2 walau pun tak perasan dia dah lambat. Tentu ada hal2 mustahak yg dia terlupakan . Pokcik tak banyak cakap , memaut jek sekuat mungkin sedang motornya memecut laju macam lori hantu.

Sampai didepan pondok , mengigil2 pokcik turun . Terketar2 kepala lutut nih..
" Apa yang lambatnya Samion ? “ soal pokcik ingin tahu , rasa bersalah mula menerjah.

" Lambat dah pokcik , awek dah tunggu lama nih..lupa plak ada date hari nih..” jawabnya pantas . Serentak dengan itu motornya terus hilang bersama asap yang berkepul2.

“ Uishh budak Samion nih , memang Semaon aaa , mmg malaun betul laa..aku ingat apa laa tadi “ rungut pokcik separuh geram.

Alahaii..

Wednesday, August 09, 2006

Hah ! gula tak ada ? Biar betul nih .. ?

Pokcik macam tak percaya , sungguh2 tak percaya. Tapi cakap2 oang disini semakin hari semakin menakutkan. Eh ! baru jek semalam2nya pokcik bersarapan dengannya. Nape hari nih dah tak ada? iksh iksh pasrah kasih tul aa. Kenapa boleh tak ada gula nih ?

Maka esok pagi nye..bergegaslah pokcik kekedai berhampiran untuk mendapatkan gula. Tapi hampa , gula habis stok . Lalu pokcik pun pergi ke kedai sebelah , pun tak ada juga. Pokcik gi kedai sebelah lagi , kedai situ dan juga kedai sana. Uh ! tak ada juga.


Dan pada kedai yg ke berapa belas tah , pokcik dah mula rasa penat dan nak marah . Kaki pun dah lenguh letih. Pokcik terjah juga ke kedai mamak juga mencari menda yang sama , namun mendongkol keluar dengan geram menyinga , bila mamak tuh tersengih2 menyuakan majalah Gila2 di tangannya. Sound problem tul mamak nih.iksh iksh..

Tak tahu lah apa masalahnya ? Mungkin oang2 disini berebut2 nak kena kencing manis atau pun mereka berebut2 nak menjadi saudagar gula . Menyimpan stok banyak2 diumah sendiri. Huh ! tak perihatin sungguh pada insan2 yang memerlukannya , macam pokcik nih ler..Macam tak percaya plak boleh terjadi masalah ini didalam negara.

Kabo2 nye mereka yg mendapat gula pun adalah gula halus yg mahal harganya ( sebab ia bukan bahan kawalan ). Apa bezanya tu ? Antara halus dan kasar ? kalau dilarut dalam air panas , cair juga , manis juga rasanya . Hmm saja la dowang nih, terutama golongan peniaga atau pembekal .Musti ada komplot nak simpan gula nih . Pas tuh bila dah terdesak , naikkan harga. Untung banyak la..alahaii. Kalau kerajaan tak ambik tindakan , susah laa akan datang..nak2 time nak raya ini..aduhh pokcik tak dapat bayangkan..

Akhirnya , pada kedai yang terakhir tuh , barulah pokcik berasa sedikit lega. Dan tanpa membuang masa dan bertanya apa2 pokcik pun memborong satu paket. Dengan senang hati dan sedikit lega , pokcik berdedai pulang , menghayun2 plastik gula yg dibeli. Riang ria rasanya hati ini..

" Oii pokcik , senang hati nampak ? " sapa jiran pokcik si Leman tuh.

" Ha’ah , dapat juga gula nih , jadi ler buat2 bancuh air kopi tongkat Ali “ jawab pokcik selamba ria. Namun wajah Leman pula sebalik nya , nampak pahit dan terpinga2.

“ Ahh lantak lah , Apa tak boleh ke bancuh Tongkat Ali dengan gula melaka ? . Tu pun gula jugak , pokcik peduli apa ? ” hik hik

Sunday, August 06, 2006

Pokcik dah agak , memang ko menang aa Faizal oii..

( Foto dari Utusan Online )

Alahaii..pokcik mmg dah agak doh..memang budak Faizal nih yg bakal jadi juara AF4 tuh. Iksh ikah. Sesekali pokcik lalu kat kedai kopi Ah Seng tuh malam2 minggu memang riuh aa sorakannya tiap kali dia nih nyanyi . Pokcik pun suka jugak. Secara tak langusng mengingatkan pokcik zaman2 kugiran teruna impian dulu..ikh ikh..

Ramai oang suka Faizal nih , itu macam kalu tentu ada chance dia nak menang. Dah selalu macam tuh. Agak2 riuh jek , agak2 lain jek sambutannya ( lebih meriah dari biasa ) , tentu oang tu spesels. So, dah terbukti dah dia memang juara. lepas nih deman Faizal pulak lah rasanya hik hik.

Macam2 , alahaii..

Friday, August 04, 2006

La Pokcik De Langkawi : Bahagian akhir

Alahaii..dah lama sungguh pokcik bercerita pasal Pulau Mahsuri nih. Kalau nak diikutkan seminggu dua pun tak habis. Mungkin kerana ramai yg dah boring , maka terpaksalah pokcik menyudahinya walau pun hati rasa berat . Kerana pokcik rasa perjalanan kali ini begitu menggamit sekali nalurinya .

Apatah lagi melihat keindahan pinggir bandar yang masih hijau dan asli . Juga melihat sebahagian taraf hidup penduduk yang masih lagi nampak sederhana dan jauh dari pembangunan semasa. Pulau lagenda tersebut walaupun nampak gah dan dikenali ramai , namun ada diantara cerita2 atau reality sebaliknya yang jarang sekali diperkatakan.

Banyak tempat2 yang pokcik nak cerita secara khusus , tapi tak mengapalah . Biarlah ia menjadi sebahagian dari kenangan pokcik sewaktu berada disana. Pokcik tahu bukan semua oang nak dengar pasal perjalanan si tua nih . Apatah lagi bila dirapu2kan dengan rencah yang agak melorat sedikit. Alahaii..

Lagi pun banyak perkara boleh cerita kan ? Banyak kisah2 yang hangat digossipkan disana sini. Habis tuh nak buat cam mana ? Dunia pokcik agak terasing sedikit disini . Segala2nya serba terhad sebagaimana terhadnya otak ini dalam mencerna segala yang berlaku disekitar.

Benar kata oang , pabila kita dah meningkat tua , maka segala2 ingatan akan menjadi luput sedikit demi sedikit . Dan kenangan yg manis dan mengusik akan jadi segar ( dan selalu diulang2..alahaii ). Iksh iksh tersayat plak hati ini tetiba..adehh..

Nanti pokcik kisahkan ler cerita2 baru . Tapi toksah ler mengharap sesangat. Maklom ler..sejak2 dua menjak nihi , badan pun asyik tak sihat jek..musim hujan berselang seli. Batuk beberapa hari , sesekali mengulit bahu yg pernah " terlari " . Aduhh lenguh2 plak kepala lutut nih.

Tak apalah . Lagi pun hari ni dah pun hari Jumaat , esok lusa dah cuti , leh rehat sikit.

Pokcik ucapkan Selamat bercuti hujung minggu pada semua. Semoga ceria selalu hendaknya.

Thursday, August 03, 2006

Berapa lama harus ku nanti ? ( Bahagian 5 )

Kau dah bersamaku sekian lama. Namun apabila tiba pada masa2 yg tertentu , engkau hanya akan menyusahkan aku sahaja. Nasib baik kau tiada perasaan . Kalau tidak tentu aku akan rasa bersalah sepanjang hayat .

Keranamu juga aku jatuh motor dan tergeliat sana sini. Kerana mu juga aku habih beratus2 ringgit bayor bomoh sana sini. Tidak kah kau kasihan ?

Oh! Rasanya hubungan kita sampai disini. Aku tidak mahu disusahkan lagi menjagamu yg semakin uzur dan kronik . Kosnya terlalu mahal hingga terganggu perbelanjaan bulananku. Belum lagi bila sesekali kau meragam. ( err aku kira selalu juga laa meragam ). Lagi pun kebanyakan bahagian2 mu adalah asli. Mana aku mampu ?

Walau apa pun tafsiranmu ( jika kau ada ) , anggap sahajalah aku telah membuat satu keputusan yang betul .

Besok aku akan ke Perodua. Tunggu sahajalah nasib mu.

La Pokcik De Langkawi : Makan2 punya cerita.

Pokcik tak berapa cerewet sangat pasal bab makan2 nih. Apa saja yg terhidang pokcik belasah. Maka semasa berada di Pulau Mahsuri itu , banyak jugak lah tempat pokcik menjamu selera , kebanyakkannya di pekan Kuah aa , sebab kuah2 disana seperi kuah asam pedas dan lemak tersangatlah sedapnya..hik hik

Apatah lagi dengan sambal udang dan ikan bilis halus2..huhh dua tiga kali mengulang ditempat yg sama pun pokcik tak kisah. Harganya pun boleh tahan berbanding dengan selera pokcik yg sering tak tertahan2 nih hik hik

Cuma satu jek la pokcik hairan , berjalan di mana2 pun tapi pokcik masih tetap tak jumpa satay , apatah lagi Satay Kajang Hj Samuri ahaks. Mungkin menu tuh untuk spesels occasion kut atau pokcik yg tak berapa jauh berjalan2 cari makan nih.

Selain dari tuh pokcik pun ada juga makan di Kondo Apt. Ooops silap aa , bukan makan, tapi sarapan jek. Huhh sarapan dihotel , cam tak caya jek.

Satu pagi tuh pokcik turun ler berlenggang kangkung beriang ria kebawah ( café hotel ). Alaa tak berapa banyak juga menu yang disediakan , adalah koew teaw goreng dan nasik goreng kampung selain dari manu2 roti ala barat dan sedikit buah2an. Kebetulan cafenye sebelah kolam mandi , begitu menggoda sekali. Namun apabila teringatkan kes kain pelikat semalam , langusng pokcik tak jadi..gegegegege

Namun pokcik sedey aa. Hotel nih , punya lah besor , punyalah cantik , punyalah tinggi. Tempat makan yang empuk kerusinya..tapiii…

Tongkat Ali ngan biskut kering punnnn tak dee….alahaiii…

Wednesday, August 02, 2006

Le Pokcik De Langkawi : Mandi di kolam Kondo Apt punya cerita

Siapa sangka , dari pondok buruk boleh duduk di Kondo Apartment. Alahaii selesa sungguh pokcik rasa. Setiap inci ruang seme berhawa dingin , hinggkan pokcik rasa cam duduk dalam air batu campur gitu kekeke.

Dari birai beranda tingkat 11 , fuhh ! pandangannnya , jauh dan sayup hingga melangkau horizon langit gitu. Sangat indah dan cantik , boleh nampak bangunan2 yg tinggi , puncak2 hotel lima bintang yg lain serta kawasan pinggir bandar yang sibuk dengan kenderaan yang bertali arus. Dan apabila melihat ke bawah " Mak oii , gayat aku wehh.." ( terus pokcik masuk dalam ) hik hik..

Alahaii tak dapat nak dibayangkan kalau inilah umah pokcik yg sebenar . Musti jakun habih pokcik dibuatnya. Pas tuh di tengah2 bangunannya ada kolam mandi plak. Alahaii lama tul pokcik tak mandi kolam nih. Kali terakhir rasa2nya mandi sungai ialah dengan Tok Lipat semasa balik kampung dulu.

Maka satu petang yang santai , pokcik pun bergegaslah turun pabila mendapati tiada oang yg berada di kolam tersebut. Melihat sahaja air kolam yang membiru ( sebab marmarnya dasarnya kaler biru laa ) , maka bertambah2 lah ceria hati pokcik bagaikan kanak2 yang mendapat aiskerim ahaks.

Tidak lama kemudian kedengaran ler deburan air berkocak berhambur laksana diterjah badak air gitu. Oh ! sedap sungguh tubuh badan pokcik terasa akan kesejukan airnya , cam mandi sungai plak seronoknya..alahaii..Pokcik kuak lentang , kuak katup , kuak dada , kuak kupu2 , kuak labi2 , kuak dugong , kuak lentok , gaya bebas dan macam2 stail lagi , hinggakan seorang budak yg tiba2 lalu tercengang2 melihat pokcik yang nampak berlebihan cerianya .


“ Haa baru ko tahu , nih haa kalau nak kenal , juara lompat sungai gaya bebas lagi. " laung pokcik pada kanak2 tersebut dengan besor hati hik hik

Namun wajah pokcik berubah bila tiba2 budak tu menunjukkan kesatu arah disudut kolam tersebut.

“ Alamakk.! tu macam kain pelikat yg pokcik pakai jek..ooo gegegege ” .

Dan dalam masa yang sama ibu budak tersebut serta beberapa oang ahli keluarganya pun sampai , alahaii..

Tuesday, August 01, 2006

La Pokcik De Langkawi : Beras Terbakar punya cerita..


" Oooi pakcik ! Apa buat tu ? " laung suatu suara yg betul2 menganggu konsentrasi pokcik yg tengah sedap2 mencangkung. Lantas pokcik bangun lalu menoleh . Seorang budak lelaki belasan tahun merenung pokcik dengan hairan.

" Eh ko tak nampak ke ? , Kan pokcik nak cari beras nih . Beras terbakar " jawab pokcik sambil mencangkung lagi dan menguis2 halaman yg ditumbuhi rumput hijau paras buku lali itu. Budak musa belasan tahun tuh tersenyum sendiri.

" Pakcik , mana ada beras terbakar kat situ . Dan berpuluh2 tahun dah tempat tu dijenguk oang. Kalau nak tenguk , tu dalam bekas depan pagar tuh " sambil menunjukkan pada sebuah bekas dihadapan papan penerangan tentang tempat tersebut. Pokcik pun panjat keluar pagar lalu pergi ke papan penerangan tersebut.

Di situ , pokcik tercongok2 dan terkebil2 membaca serta menggaru2 kepala . Kemudian tersengih sendirian sambil mencari kelibat budak lelaki tadi yang hilang entah kemana. " Alahaii tak de ler nih beras terbakar ? , iksh iksh pasrah kasih tul aa " Namun pokcik perasan di sebelah halaman beras terbakar tuh ada sebuah rumah yang cantik binaannnya , mungkin rumah tuan punya penjaga halaman nih kut. Tidak lama kemudian datang pula beberapa pelancung asing dan juga pasangan India yang juga ingin kelihat tapak sejaran tersebut.

Pokcik dah lama disitu , tiba masanya untuk berlalu . Namun apabila menghampiri deretan gerai2 yang agak panjang , pokcik terpandangkan seorang tua lain yg agak2 nya berusia beberapa jam lebih tua dari pokcik sedang duduk disebuah kerusi panjang . Lepas memberi salam pokcik pun tumpang duduk sekali.

" Pokcik nih dtg ngan sapa ? " sapa pokcik cuba beramah tamah.
" Hmm dengan keluarga , anak2 , cucu seme "
" Pokcik jumpa tak beras terbakar tu ? " soal pokcik cuba mencari pengesahan. Manalah tahu kut2 budak lelaki tu kelentong pokcik ke.

" Tak jumpa pun beras terbakar " jawab pokcik tuh lemah . Pokcik mengangguk2 lega.

" Tapi menda lain pulak yang terbakar " sambung oang tua tu lagi. Pokcik jadi bertambah hairan.

" Apa yg terbakar tu pokcik ? "

" Hmm duit yang terbakar " jawabnya selamba dan perlahan , sambil menjuihkan mulutnye kearah isterinya yg sedang membelek2 kain batik jawa . Di sebelah nya pula , mungkin anak2nya juga sedang membelek2 baju dan cenderahati . Dan kelihatan juga seorang pembantu sedang menjinjit beberapa beg pakaian yang sudah dibeli.

“ Duit terbakar ? alahaiiii kekekekek huhuhu hik hik hik keh keh keh gegegegegge. " ( terus pokcik ketawa tak henti2 , hingga laa sejam kemudian . Dan rasa2nya pokcik tuh dah lama berlalu kut , meninggalkan pokcik ( dgn perasaan yg bengkek )

Abih tuh dah dia buat lawak , pokcik gelak laa hik hik..alahaii