Tuesday, September 26, 2006

Pencarian " Popia goreng bersalut sambal"...

Sekali dengar ini macam kisah pelik. Dua kali dengar memang tak masuk dek akal. Tapi itulah hakikatnya. Aduh saliha..aduh suraya, aduh popia. Amat sukar dan teramat payah.

Sejak dua hari yg lalu mencarilah pokcik kesana kemari disetiap bazar ramadhan yg melata2 dibumi Shah Alam nih. Adapun sejak awal puasa lagi tekak dan perut ini bagai teringin2 gitu hendak merasai keenakan popia yg digoreng, kemudian disalut dengan sambal dan ditaburi bijan2 diatas. Rasanya, uh tentu sekali akan jadi pedas2 manis dan berkerap kerup bila makan. Rangup cam wafer aiskeram lagih ahaks.

Tapi hampa sungguh hampa. Sudah hampir lima Bazar Ramadhan yg pokcik pergi tapi tak menampakkan akan popia yg sebegitu rupa. Kenapa tahun nih susah sangat nak cari aa ? Tak macam tahun lepas , kat mana2 pun ada dijual. Sungguh mewah dah meriah.


Kalau ada pun tidaklah seperti yang dispesifikasikan dan kadang2 kala banyak cacat celanya. Ada yg bergoreng sahaja tanpa sambal. Ada yang basah (sambal didalam). Ada yg sambalnya diselet satu line jek. Adeh! pasrah kasih betul la. Sudah berapa banyak Bazar Ramadhan yg pokcik dah ban gara2 tiada kuih sepertinya..alahaii..

Kuih lain ada lah berlambak2. Seme pokcik tak pandang.

Ada kuih akok ..Huh! akak pokcik pun leh buat.
Ada kuih seri muka ...Huh! tanpa popia salut sambal, tak berseri gitu rasanya muka pokcik nih.
Ada kuih tepung pelita ..Huh!..maaf pokcik hanya main pelita2 time raya jek..
Ada kuih keria ..Huh!..masih ku tak ceria..
Ada kuih pulut panggang..Apakan daya, mulut dan popiaku tak leh berenggang..
Ada kuih otak-otak ... Huh! Aku rasa macam nak memberontak jek..
Ada kuih cek mek molek ..Huh! Sib baik ler awek yg jual tu molek2 *wink* (patplo kali )hik hik..tapi kuihnya tetap tak molek..

Nasib baik ler si cucur badak masih lagi boleh dilihat dikebanyakan gerai. Itu pun salah satu favourite pokcik gak. Kalau tidak mau merajuk hati pokcik tak mau ke Bazar Ramadhan lagi.

Tapi, popia goreng bersalut sambal..oh..tidakk!

Pencarian masih lagi diteruskan..alahaii..

2 comments:

Anonymous said...

kesiannya awak mersik...tu lah...awal2 x nak pesan kat anak dara makcik yg jual kuih-muih tu...suruh depa buatkan popia bersirap cili tu...khasss untuk abang mersik...awat main2 wink je...poket dia lah isi...hehehe
apa2 pun salmah doakan mersik akan dapat juga merasa popia bersirap cili tu ekk...sebelum habis ramadhan...last sekali salmah jumpa kat melaka! sebelum posa...adushhh

Abang Long said...

pokcik mersik ...
yahooooooo .... abang long adalah pengunjung ke 10000, nak tuntut hadiah dari pokcik mersik ... bila ngeteh ... abang long nak makan nasi beriyani gam dan nescafe tarik ... lepas tu nak tandatangan kad raya, lepas tu nak bayar hutang ... huwarrrrgggghhhhhh .... alahai pasrah kasih betul ....