Beberapa hari yang lepas pokcik berasa terkejut amat bila mengetahui Pak Irwin telah meninggal dunia. Geleng2 kepala pokcik hampir tak percaya. Masakan tidak, dia tuh sudah lama dikenali oleh masyarakat dunia. Dari yang menganggap buaya tuh ganas dan jahat hinggalah akhirnya menyedari bahawa buaya juga mempunyai emosi dan perasaan..iksh iksh.. namun pokcik tak ingin sesekali menghampiri sang bedal itu..
Pak Irwin atau nama sebetolnya Steve Irwin amat popular dirancangan2 discovery sejak beberapa tahun yg lalu pabila cerita mengenai pengalaman dia menangkap buaya mula diterima ramai. Dari zoo nya di Beerwah, Australia hinggalah ke serata dunia, sudah jenuh dia mengembara untuk berjumpa dan berkenal mesra dengan segala jenis haiwan yang melata dimuka bumi ini. Dia tidak takut atau malu2.
Baik gajah, badak, singa rimau atau sekecil2 cicak kubing, dia main sapa je. Binatang2 yg bisa2 pun boleh juga dibuat kawan. Unta kat zoo pun dia boleh main kejar2 polis entri lagi. Buaya tengah seronok berendam pun naik syeh asyik dikacau2nya. Hampir2 sahaja dia di” ngap” setiap kali memberi makan. Namun dia memang pandai dan tangkas mengendalikannya. Sungguh unik Pak Irwin ini. Sayang benar dia pada haiwan2 sekelian.
Kerja dia mmg pokcik tahu amat bahaya. Lebih kurang cam oang putih kata " Maut sentiasa mengintai2 " gitu. Dia juga pernah cedera dan patah riuk sana sini, mungkin bukan masanya lagi untuk dia berehat panjang.
Namun akhirnya ajalnya tiba juga akibat tertusuk duri ikan pari di jantungnya sewaktu sedang membuat pengambaran dokumentari di Batt Reef, berhampiran Low Isles, 32 batu nautika dari Port Douglas di utara Queensland, Australia.Alahaii Pak Irwin. Sungguh tragis sekali mati mudamu, walau pun itulah ketentuannya.
Kehilangan kau dirasakan sungguh2 gitu. Baik kaum keluarga , isteri dan anak2..mahupun segala binatang yg selalu bermanja dan bermain2 denganmu. Apatah lagi masyarakat dunia.Oh !..terkilan sungguh aku..
namun takdir bukan kita manusia yg rencana. Segala2 jasa2mu selama ini memang harum dikenang selalu.
Semoga rohmu tenang disana. Sayang tak dapat nak sedekahkan Fatihah..alahai Pak Irwin.
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
2 comments:
pokcik, seumur hidup dpt peluk si bedal tu sekali kan mcm dpt peluk 10 ct. tak teringin ke? baik fikir byk2 kali. bukan calang2 org dpt peluk weh!
kadang2..bila rasakan kecewa kerana terlepaskan ct, rasa cam nak peluk si bedal plak..hik hik hik alahaii..
( peluk mana yg mampu laa jawabnye kekekek )
Post a Comment