Pagi ini cam lesu jek pokcik dibuatnya. Sejak beberapa hari lalu asyik beradu jek kerjanya. Ha! bukan beradu kekuatan lah, beradu lain. Alaa bantal selimut gituu hik hik.
Puncanya tak lain tak bukan ialah kerana hujan (walau lebih kepada alasan jek tu). Hik hik perasan tak saban pagi, tgh hari, ptg hatta malam pun hujan turun.
Kadang2 pokcik konpius jugak aa dan tertanya2 kenapa sekalipun, asyik hujan sekarang nih? Adakah kerana perubahan cuaca yg tak menentu, tiupan angin monsun yg maha kelam kabut atau ada faktor lain yg menyumbang kepada fenomena alam yg serba kecamuk nih.
Namun pokcik reda aa. Hujan pun bagus. Sejuk sikit pondok nih, tak yah pasang air cond. Alkisah, cuti hujung minggu yang lepas, pokcik tak gi kemana2 pun. Dok pondok jek sambil melepak2 kan diri dianjung melihat hujan yang turun saban waktu.
Ditemani kopi Tongkat Ali pekat dan biskut kering HUP SENG, pokcik duduk jek melayan perasaan sendiri. Kadang2 jadi terlalu sejuk sampai jadi laju gigi pokcik mengetap2 biskut masuk kedalam perut kekekeke. Kadang2 ianya terbiar begitu sahaja. Sesekali si kucing kuning tu datang menge"pow", lalu pokcik campakkan sekeping dua. Biasa ler, rezeki di kongsi bersama.
Ada seketika tu hujan turun lebat sungguh. Teringat plak pokcik zaman kecik2 dulu, kan rumah kampung dulu2 di penjuru atapnya ada satu sudut dipanggil bucu yg lebih menyerupai longkang untuk mengalirkan air turun. Dan disitu la, betul2 di hujung penjuru air yg mencurah deras tuh, pokcik menadahkan diri untuk disimbah.
Dengan seluar pendek yg longgar getahnya , pokcik dan adik2 yang lain berlarian bermain hujan. Uii! nikmatnya tak terhingga. Sejuknya menyentap hilnag ke tulang hitam lagi. Kadang2 sampai kecut2 kami bermain hujan. Apa yg kecut ? hik hik apa2 yg patut kecut laa gegegegege
Melihat kembali hujan yg lebat bersama kabus2 berbalam membuatkan pokcik tersengih sendiri. Di rumah Leman sebelah tuh, pokcik nampak anaknya Dol tengah menadah2 tangan bermain2 dengan titis hujan. Elehh!..apa kelass gitu.
Lantas pokcik teriak nama budak tu..” Dollll! ” dan tangan pokcik menggapai memanggil2nya. Dia nampak terpinga2..hik hik
Tak lama kemudian kedengaran lah bunyi riuh rendah dilaman. Pokcik bermain hujan dengan si Dol nih iksh iksh.. Dengan hanya berkain pelikat sementara si Dol berseluar pendek , kami berlari2 kesana kemari . Dan kadang2 duduk bawah cucuran atap pondok menadah hujan..gegegegeg sejuk nyer. Akhirnya! dapat jugak pokcik mengembalikan nostalgia itu..oooo
Errrr ( gigil2) Deman ler pokcik karang nih , gegegegege hik hik kekekeke..alahaii
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
4 comments:
mersik,
awak kembalikan nostalgia alam kanak2 saya yg gembira dan tak yah nak fikir pekebenda pun!
rasa nak blk jd budak lah...x sendat fikiran! seronoknya....
Cik Salman..Uii sampai camtuh sekali ke.? hik hik mmg seronok abih aaaa...ternostalgia plak awak ye..laa haiii..
(Dia tak tahu apa terjadi apabila abah dpt tahu pokcik main hujan gegegege ..)
mers,terdngr plk bisikan hati awak tu. citerknlah apa terjd selepas abah awak dpt tahu? sy pun dh dpt bayangkn dr mula lg! hehehehe
nor ash burn - hik hik pas abah kite dpt tahu aa..Hmm tak de pepe..dia ckp jgn main selalu, nanti demam. Worst case , kena petir. Dia tak banyak "naik tangan" tp cakap2nya.uii menusuk gitu.. hik hik..eh abah kite sporting pe..ahaks gegegegege
Post a Comment