Tuesday, August 29, 2006

Hari-hari sepi seorang tua..

Entah kenapa , sedang asyik melepak2kan diri dianjung pondok, hati ini tiba2 diserang sedih. Lantas mengugat rasa sepi yg lama tak dihiraukan. Mendadak2 sebaknya sampai jadi resah dan pilu kalbu ini..
Kalaulah dapat dizahirkan..

Hari-hari sepi seorang tua..

Mentari pagi naik sekaki
Aku termenung lagi
Berguman tentang diri
Dan pondok buruk ini.

Semalam juga sama
Sunyi dan sepi
Punya teman yang jarang kemari
Untuk berbual menghibur hati

Katanya aku sudah nyanyuk
Mengulang cerita yang sama
Aku kata itu kisah indah
Kenangan tak dapat dilupa

Anak jiran berlari menghampiri
Suka benor mengusap2 dagu atuk ini
Kedut, menggelembir dan kasap2
Dia suka dalam geli..

Peduli harta dunia
Aku jua pernah jadi muda
Kemewahan tak kemana
Bila mati tingal la semua

Aku hanya perlukan teman
Menceriakan sisa2 hidup ini
Sendirian umpama mimpi ngeri
Gelisah dalam jaga

Kesunyian bukan pilihan
Namun tadir tentuan Tuhan
Aku terima dengan rela hati
Mungkin nasibku sudah sebegini

Sepi seorang tua..
Dibawah langit yang sama
Esok lusa muncul lagi
Bersama nafasku dipinjam cuma

Hari-hari sepi seorang tua...alahaii

3 comments:

Anonymous said...

kesunyian bukan pilihan? sy rasa sy tak setuju. klu kita tahu apa yg kita mahu, tahu bagaimana nk mengisi kekosongan itu, pasti kita tak akan berasa sunyi. org tua pun blh melakukan pelbagai aktiviti utk tidak dihambat kesunyian. klu duduk tak buat sesuatu, asyik fikirkn masa2 lalu, mestilah hati berasa sunyi. pilihan yg paling baik, mendekatkan diri kpd Tuhan. sy yakin, selagi ada kasihNya di hati kita, kita tak akan berasa sunyi. itu pd pendpt sylah.

Mersik said...

Nor ash burn - anggap sahajalah pokcik nih terancang oangnya. Dan oleh kerana sebab2 yg tak dapat dielakkan, qada dan daqar dtg menimpa. Maka bersendirian lah jua akhirnya. Jgn disangka pokcik tak mengimpikan yg indah2 belaka namun siapan kita untuk merencana takdir sendiri.

Namun Tuhan tak lupa. Apatah lagi dgn kehadiran awak yg menceriakan hari2nya..Nak buat apa..borak2 jek la.tenaga kederat dah lemah dimamah usia..

Apatah lagi bila sering sendiri. Maka terimbaulah kenangan lalu tanpa dipinta2. Alahaii, kalaulah semua dapat membaca hatiku..

Time kasih krn rasa perihatin itu *wink* hik hik

Anonymous said...

kesunyian sering dielak
setiap masa cuba diisi
namun kadangkala kesunyian
tetap hadir
walau sesibuk manapun kita
ia pasti terbit di hati