Hari nih , terutamanya pagi ni, pokcik tak de mood nak menulis. Tak tahu ler kenapa..sekadar bermalas2an atau nak melahirkan suatu protes dari dalam dada ini.
Walau pun hari ini hari isnin dan elok menjadi suatu hari yang ceria dan happy , tapi tidak bagi diri tua ini. Nak buat cammana?, tak semua hari Isnin yg datang tu indah2 belaka.
Hati nih rasa macam resah gelisah jek . Tak tenang jadinya. Nak marah pun ada juga , benci , meluat, sakit hati, pasrah kasih, kecewa, sedih, meluat, jengkel semenya bersatu menjadi tak menentu . Ukhhss ! tak de mood sungguh2 nih dibuatnya..
Kat mana ler nak cari ketenangan nih ek ? Hmm gi jalan2 ? , makan angin , lepak2..atau gi Mesjid. Elok juga, tapi Mesjid mana ?
Haaa !! .Mesjid Wilayah ?? Apa ?, Pukul 9 Pagi nih ? Huh..tiba2 jek perasaan semua itu menyerang kembali. Berdebar2 pulak jadinya.
Cukuplah, pokcik tak mampu menulis lagi .. ( sambil letak tangan atas dada dan menunduk sayu ).
Alahaii..
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
3 comments:
apalah awak ni mers! tak baik berperasaan macam tu. doaknlah yg baik2 utk mereka. semuakan dengan kehendak Tuhan. klu awak di tempat mereka mcm mana? sedih tak klu ramai yg protes dgn pilihan awak pdhal awak cuma ingin mencari kebahagiaan utk diri awak sendiri. jgn ler macam tu. lapangkan hati dn fikiran. mereka pun manusia mcm awak juga. klu awak di tempat mereka, awak pun tak suka jika ada sebarang campur tangan dari org luar utk merosakkn kebahagiaan yg ingin awak kecapi itu sedangkan awak sendiri lebih maklum kebaikan yg ada pd diri org yg ingin awak jdkan pasangan hidup awak itu. percayalah, soal jodoh dn pilihan kadang2 bukan dgn kehendak kita sendiri. kadang2 kita cuba elakkan, tp klu Tuhan sudah tetapkn berlaku, akhirnya awak terpaksa berkahwin jgk. sy menasihati ini sebagai org yang suka melihat org lain bergembira dlm keredaan Tuhan.
ooooooooo..ni mesti frust menonggeng pasal siti nak kawin ngan datuk k..
hahaha..
relaxla, bukan siti sorang je ppuan kt dunia ni.
dh jodoh dia ngan datuk k.ala,lgpn siti 2 knl ke ko ?
tah perasan sendri.
nor ash burn - maaf kerana mempunyai perasaan yang berbaur gitu. Salah hati kerana tidak boleh dipaksa2. Ingin sekali menyelami hati ini mencari kebenarannya. Mungkin sukar dijumpai dalam masa2 yg terdekat ini. nak buat cam mana, kita bukannya mempu menolak takdir , namun tidak juga mampu menerima hakikat.
Kite tak cakap apa , sekadar menyatakan perasaan yang bercampur aduk. Mungkin bila teringatkan bekas janda yg ditinggal cerai , anak2 yg memerlukan serta perasaan hati insan2 lain yg mungkin tahu cerita2 sebenar disebalik " kemeriahan ini " . Tapi siapalah kite nak menilai semua itu ..Sudah tiba masanya melupakan apa yg telah terjadi. Perasaan kite , bukan untuk diri sendiri yg diluahkan. Tapi turut merasai apa yg orang lain mungkin rasa . sekelumit darinya mungkin benar.
Untuk awak , saya fikir baik2 sahaja la..hik hik hik ( cuba2 ketawa..)
Post a Comment