Wednesday, August 16, 2006

Sesekali menulis..alahaii..

Semalam2nya, pokcik berjalan2 kekedai buku berhampiran . Maka terjumpalah satu buku nih yang khusus memberikan panduan untuk para penulis amatur dan mereka2 yg hendak menjadi penulis. Huh ! penulis ? macam ler pokcik tak tahu menulis..hik hik ( amboi2 eksyennya dia )

Namun setelah beberapa lembar mukasurat dibaca dan meneliti sukatan yg diberikan satu persatu , barulah pokcik tahu dan sedar yg menulis nih bukanlah satu kerja enteng gitu.

Setakat menulis atau merapu2 diblog sendiri tuh bolehlah. Tak siapa yg mengacau atau mengkritik . Sendiri punya suka laa..kalau mau syok sendiri pun tak dak sapa yg larang..hik hik..

Antara yg pokcik ingat tentang tip2nya ialah perkataan " penjiwaan ". Uii ! menulis pun nak kena ada jiwa ke ? iksh iksh rumit gitu jadinya akal pokcik hendak mentafsirkannya. Dan lagi perlu ada perincian dan fakta. Supaya apa yg diceritakan itu benar dapat diimiginasikan oleh sang pembaca sekelian. Aduhh..lagi terkonpius plak pokcik jadinya.

Maka disebabkan dorongan yg tinggi hendak menjadi terkenal kekononnya . Nak jadi Sasterawan negara seperti dalam mimpi yang lalu2 gitu..Pokcik pun mulalah menulis. Perkataan “ perincian “ itu betul2 pokcik tanamkan dalam otak..maka inilah hasilnya..

Hujan petang yang serba gerimis itu benar2 merisaukan para pengunjung yang sedang menunggu kenderaan dihentian bas tersebut. Ada juga yang cuba melarikan diri untuk mengelak daripada basah. Adapun tentang larian2 mereka itu ,

Ada yang berlari2 anak

Ada yang berlari sambil mengendong anak
Ada yang berlari2 sambil menuntun anak
Ada yang berlari2 bagai mengejar anak yg lari2 anak
Dan ada yang berlari2 bagai nak terberanak

Lepas tuh pokcik tergaru2 kepala hampir sejam.

“ Huh! terperinci sungguh nih kekekekek ." pokcik tergelak plak lagi sejam.

Susahnya nak jadi penulis nih..hik hik..alahaiiii..

3 comments:

Anonymous said...

dn sy pun tergelak2 di depan pc dengan lucu pokcik nilah. knp awak ni kelakar sangat hah?!

Mersik said...

nor ash burn - amboi2 pepagi dah tergelak2..hik hik. Alaa..bukan apa sangat , mungkin tu kelebihan pokcik kut..hik hik suka buat oang suka dan ketawa hik hik

Anonymous said...

This is very interesting site... Hp recovery disk a220n Email lists buy Hummer laptop Are circuit breakers safer than fuses Shareware free percentage calculator body fat bodyfat trial Litigation against bextra Big hairy asses Gay marriagecanada Play safe games online twilight blue infiniti