Monday, October 09, 2006

Masa merubah segalanya..

Sejak dua tiga hari yang lepas, pokcik rasa masa pokcik dah banyak berubah. Siang malam pagi petang pun dah jadi lintang pukang. Mungkin agaknya sebab bulan puasa kut. Alahaii, jangan salah anggap ye?. Ini bukan salah satu dari alasan dibulan ramadhan pokcik hik hik, tapi cuma nak kasi tahu yang kadang2 masa tu boleh merubah sesuatu.

Masa tido pokcik jadi tak menantu. Lepas2 terawih tu, kadang2 mata nih dah ralip2 jek..sedor2 jek dah terbongkang kesedapan. Pabila mata terbuka, dah dekat2 tengah malam. Tuh yg duduk jek lepak kat anjung. Terkebil2 sampai waktu sahur. Pas subuh tu, serta merta mata yg dah berjaga lama nih pun jadi pedih2 mintak direhati. Apa lagi, terus tido lagi..

Dan apabila sedor jek lagi, matahari dah hampir tegak. Uiishh pelik sungguh masa pokcik nih. Nak kata ikut waktu Afrika Selatan, tak pula apatah lagi waktu Alaska gegegege.

Memang puasa nih meletihkan juga. Walaupun aktiviti tak banyak, tapi ada juga pokcik berjalan kesana kemari. Badan nih pun dah makin tua. Sebab tu lah kadang2 bila oang tu terlalu tua tak diwajibkan berpuasa seperti juga oang sakit atau kanak2. tapi, pokcik orait jek. Alhamdulilah, so far tip top lagih.

Cuma masa nih lah..tak larat nak layan..kelam kabut jadinya. Tu belum lagi bila dah dekat2 nak raya. Nak sopping2, cantik2kan pondok dan lain2 lagi.

Nasib baik ler waktu berbuka, pokcik maintain. Apatah lagi dengan menu yang masih lagi dalam maintenance..hik hik alahaii..

5 comments:

pu3Chempakabiru said...

jangan ikutkan sangat pokcik.. kuatkan semangat pokcik tu... rebut seberapa banyak peluang untuk lakukan apa yang kurang, mata yang layu akan melayukan jiwa yang lesu... ajar sikit mata agar bersistem dan tahu mengikut perintah tuannya.. insyaAllah, kalau pokcik kuat semangat dan keazaman, pasti pakcik dapat control mata pokcik tu bukan sebaliknya mata pokcik yang suka-suka hari mengontrol pokcik.....

Mersik said...

salmah - terima kasih kerana menasihati..nanti pokcik usahakan..skg nih nak tido duluu gegegege hik hik kekeke..alahaiii

Mersik said...

Hik hik tu lahh..chempaka biru yg komen..pokcik taruk nama salmah plak..alahaii mmg dah tak betul pokcik nih hik hik..maaf ler..

Unknown said...

Pokcik tak leh tido teringatkan sapa ek?

Mersik said...

Nur Raina - tah ler, mungkin teringat oang jauh kut. Jauh dimata gituu kekekekeke
(Namun dekat dihatii..huuuu)