Tuesday, March 06, 2012

Berpaling dengan suspens...

Dengan wajah yang pucat dan gementar, satu watak ini menelan air liur beberapa kali. Peluh menitis laju di dahinya. Bulu romanya naik meremang. Dia terasa ada sesuatu yang mengerikan berada di belakang. Masa tu debaran di dada bertambah kencang. Dan dia pun berpaling dengan perlahan, perlahan, perlahan hinggalah… jeng, jeng, jeng.

Part inilah yang pokcik sangat-sangat tak faham. Alangkan kita dengar bunyi bedebuk kat dapur pun cepat-cepat menoleh, inikan pula hal-hal yang sangat menyeramkan lagi mendebarkan. Lagilah cepat-cepat kita nak menoleh, ke belakang, ke kanan atau ke kiri. Tak sabar-sabar nak tahu apakah bendanya itu walaupun hati berdebar semacam je.

Tapi, inilah dia antara babak klise filem seram yang macam tak masuk akal, namun serasa sudah diterima umum. Nak ketawa pun ada juga.

Tapi bila fikir balik, ya lah… yang nak disuspenkan atau ditakut-takutkan bukannya watak dalam cerita ( walau ada jalan cerita ), tapi sebenarnya untuk oang yang menontonnya. Bior terasa-rasa gitu.

Alahaii…

4 comments:

sufiyyah zulkifli said...

xsuka cerita seram!

miloais milo said...

dah nama pun berlakon...
macam2 boleh di buat....

errr... iols tak berapa suker lah tengok cerita seram
bukan sebab takut - sebab muak!

Mersik said...

Suffiyah - Nanti tak tidur malam ek? kekek

Miloais - Skg sudah berlambak2 cite seram di wayang mahupun di kaca tiwi. Dh jadi biasa dh hantu2 ni.. Oang pun dh tak tahu, malah leh gelak2 lagi. Alahaii

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)