Monday, January 09, 2012

Betul atau salah?

Suatu ketika dahulu pokcik sangat fanatik untuk menyokong. Pada pendapat pokcik, tiap yang salah dan teraniaya tetap akan dibela walau terpaksa menyanggah institusi kehakiman dan raja.

Tidak lama selepas itu, pokcik jadi fanatik pembangkang. Apabila datang cerita baru yang menghiris kalbu, pokcik hilang percaya lalu jadi pembangkang sehabis-habisnya hingga menjalar rasa itu di segenap urat dan darah.

Entah kenapa suatu ketika yang lain pula, tatkala usia merangkak senja, terfikir pula di kepala ini akan perasaan yang silih berganti dalam memahamkan sesuatu perkara yang diperjuangkan. Dan pokcik sebagai sang penurut manakan tahu entah betul atau tidak akan hal itu. Sayugia tidak bertanya pada hal yang sebenar atau menyiasat sahih dan betulnya cerita. Mudah terikut-ikut akan cakap-cakap sana sini dan sumber entah dari mana.

Hakikat berkenaal sikap dan perasaan ini sangat mudah berubah-ubah mengikut kepentingan semasa, peristiwa serta perancangan tersembunyi.

Lalu kini pokcik mengambil keputusan untuk berdiam diri saja dan tidak mahu masuk campur. Pertamanya, kerana pokcik tidak tahu duduk betul perkara yang sebenar. Keduanya , telah di sebut dalam agama, yang lebih kurang maksudnya, Apabila ada dua puak yang bertelagah, maka janganlah kamu mencampurinya. Lebih baik kamu diam.

Begitulah yang pokcik buat kini. Diam sediam-diamnya.

4 comments:

miloais milo said...

salam pokcik - akhirnya...
muncul jua entry dari pokcik!
ehehehehe

adalah entry ni berkaitan dgn isu yg baru selesai (kononnya lah!) pagi tadi???

iols dah lama meninggalkan kisah tu - even dalam paper - online pun dah tak nak baca!

sufiyyah zulkifli said...

ok! sy belajar utk diam! susahnye~ hue

Mersik said...

Miloais - hik hik terima kasih di atas sokongan.
Ya begitulah lebih kurang maksudnya. sana sini oang memperkatakan hal yg sama sedangkan sebenar2 cerita tak siapa yg boleh sahihkan. Alahaiii..

Sufiyyah - Masa tido je boleh diam.. hik hik

Nurazzah8 said...

Salam Pokcik...lamanya menyepi diri...duduk seorang diri di pondok usang dipinggir bandar...hikhikhik...
ngeteh sekut kering petang-petang hari pokcik?

dalam diam-diam entah-entah pokcik dah keluar buku baru? ye ke? ada buku baru? jangna lupa saya nak beli 1 ya... kena siap ada sign pokcik lagi ...glamer pokcik kan ...hehehe

hurmmm...saya pun dah lama diam pokcik ..tak kuasa... ke kiri ke kanan sama saja ..hidup kita macam tu juga siapa pun saja yang memegang kuasa ... balik-balik the same old story... malas nak peningkan kepala ... lagipun dalam kepala saya banyak lagi hal-ehwal negara yang perlu dibereskan ...

umur semakin pendek ... semakin menghampiri kematian ...jadi lebih elok kita memperbanyakkan amalan sebagai bekalan di sana nanti ...InsyaAllah ...Semoga Allah Memberkati dan Merahmati segala apa yang kita lakukan ...Amin