Monday, May 16, 2011

Dimamah usia...

Ah, kadang-kadang pokcik ni bolehlah diibaratkan sebagai oang tua yang sangat sombong. Apabila Tuhan member sedikit kudrat, usaha dan lebihan memori zaman lampau namun tidak mahu dikongsi bersama. Tidak mahu bercerita-ceriti berkongsi pengalaman walau sekadar liburan kosong. Semuanya disimpan sendiri bagai mahu dibawa mati

Ah, barangkali kini pokcik memang begitu-begitu sifatnya.

Ya, pokcik sedar sudah lama pokcik tidak bercerita. Rasa rajinnya sudah tidak segah dulu. Rasa memanggil-manggil idea pun tidak sekencang dulu. Kini hidup pokcik lebih diisi dengan bayangan serta layar-layar kehidupan yang kadangkala pegun lama.

Tahun ini keadaan kesihatan pokcik agak kerap terganggu. Selalu juga tubuh ini dan organ-organ penting di dalamnya lari rentak. Kadang terasa berat menghimpit-himpit dada, kadang berdenyut-denyut bisa di sendi-sendi utama. Belum lagi kerengsaan urat dan nadi yang menjalar dari tengkuk, leher hingga ke kaki. Kepala lutut yang longgar juga sering berbunyi. Pendek kata, sistem tubuh luar dan dalam diri tua ini sudah agak merencam.

Itulah kadang-kadang membuatkan pokcik lebih banyak termenung dan memikir. Hinggakan rasa untuk menulis dan tulisan yang zahir tidak begitu ikhlas hasilnya. Ya, dulu pokcik memang suka bercerita itu ini, kisah zaman muda, kisah kampong halaman, teman-teman lama dan harapan. Dalam erti kata yang kurang manis, nampaknya pokcik kini terlalu pentingkan diri sendiri gitu..

Kini segala-galanya sudah agak tawar bagi diri pokcik. Kemashlatan diri terlalu mendera hingga pokcik tidak peduli apa. Pondok buruk ini dibiarkan usang tanpa catitan. Hari-hari yang berlalu juga sunyi tanpa gurauan dan usikan.

Hakikatnya, tiada apa yang lebih berharga bagi si tua ini selain kesihatan yang baik serta minda yang bebas dari belenggu kenyanyukan. Sayangkan dalam usia yang semakin pikun ini segala yang diharapkan umpama mimpi di siang hari. Tubuh ini sudah goyah di makan zaman. Fikiran ini sudah singkat di makan keadaan.

Dari itu pokcik minta ampun banyak-banyak kalau sejak kebelakangan ini pokcik jarang bercerita.

Juga, pokcik mohon di doakan ( selain berdoa pada Tuhan) supaya diberi sedikit kesihatan dan sedikit ruang untuk pokcik berbicara sebelum segala nikmat yang ada berlalu pergi.

Amin

1 comment:

Nek Cun said...

Assalamualaikum Pokcik!... semoga pokcik dah sehat dan boleh ngeteh-ngeteh ngan kekawan... Rasa sengal-sengal badan tu baisalah kalau dah umur-umur kita nih... tapi nekcun rasa pokcik lebih muda dari nekcun!.. janganlah pokcik rasa terasing pulak kalau sengal2, batuk2 dan semput2 menjengah sekali sekala... Itu tanda Allah masih sayang dan ingat kat kita tu!...
Semoga pokcik segera sehat dan dapat ziarah ke pondok nekcun... lama dah pokcik tak singgah!.. Takut pokcik dah lupa kat nekcun pulak!...