Tuesday, December 28, 2010

Maha Mudah...

Semalam, sewaktu pokcik berjalan-jalan di kedai depan tu, melangutlah sekejap di kedai kopi Ah Seng. Kebetulan tidak ramai pengunjung petang itu. Sambil-sambil mengorder kopi O kaw, pokcik pun menataplah skrin tiwi yang dekat dengan tempat duduk pokcik tu.

Kebetulan, remote nye ada di meja tempat pokcik duduk. Maka tangan ni pun gatallah nek menggodek.

“Ah, Seng! Macam mana mau tuka channel ni?” Laung pokcik dari jauh. Maklomlah, pokcik bukan faham benor akan gajet-gajet letronik ni. Kang silap-silap tekan, meletup pulak kedai kopi Ah Seng ni kekekek

“Hiyaa..itu atas ada banyak button mah, tekan sajalah mana u suka.” Ah Seng malas nak melayan. Pokcik pun apa lagi, bila dah diberi izin, pokcik belek-belek la apa yang ada di atas remote control tu.

Dari satu butang ke satu butang pokcik tekan. ( Sebenarnya pokcik tekan anak panas atas dan bawah je – sebab tekan tu saja siaran boleh bertukar-tukar ).

Hinggalah tertancap pada satu rancangan melayu. Barangkali cerita reality, berbentuk hiburan. Ada ramai penontonnya dan rasanya banyak masa di penuhi oleh gelak ketawa dan lagu-lagu latar saja. Tidak sampai 5 min pokcik memerhati skrin tiwi tu, pokcik dah geleng kepala.

Alahaii.. apa nak jadi dengan dunia hari ini? Rasa kesal mula menebak dada.

Zaman sekarang ini manusia lebih suka di perbodoh-bodohkan dan di ketawa-ketawakan secara terang-terangan kerana ingin mengejar imbuhan dunia yang sedikit ini. Sanggup berbuat apa saja yang menjatuhkan air muka dan maruah. Mudah suka pada hiburan yang disogok tanpa usul periksa. Malangnya, ramai yang menyokong dan menyorak-nyorai seolah-olah turut menyukai akan hal itu.

Entahlah, jauh benar fitrahnya dengan manusia-manusia zaman dahulu yang amat tertib menjaga perilaku, peri bicara dan peri fikir. Zaman sekarang terlalu menduga dan dunia menjanjikan sesuatu yang amar sukar ditolak oleh naluri. Oleh itu, ramai yang terlalu berhibur hingga melewati batas-batas agama dan susila ketamadunan manusia.

Aahh.. geleng kepala pokcik dibuatnya.

Kebetulan kopi yang di pesan sudah sampai. Dan, tanpa membuang masa, pokcik tutup je tiwi tu.

Alahaiii…

3 comments:

miloaiskurangmanis said...

salam pokcik
memang banyak rancangan bodoh kat tv skang ni...
tak rugi pun kalo tak tengok tv sehari
hiks

Iman's Umi said...

Salam pokcik,

Betul pokcik sy pn kesal juga...tv skrg byk siarkn benda2 yg byk bg keuntungan, rncgn2 realiti tu mmg byk penonton dn bg pulangan yg byk, psl akidah, pembentukan sahsiah semuanya campak kt cikgu di sekolah aje.

Anonymous said...

Salam tahun baru pakcik. Ingat Tie lagi ke ? Hehe... lama tak bertandang di sini, tetiba lak teringat kat pakcik.