Pokcik pernah mengenal satu dunia.
Dunia yang pokcik kenal pada seketika dahulu, sangat aman rasanya. Waktu kecil-kecil pokcik bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu rasa takut terhadap suasana sekeliling. Nak pergi beli oren kedai Ah Tong yang jauhnya dekat-dekat 1 kilometer boleh saja berbasikal sendirian. Bersama teman2 merambu di sekeliling kampung atau kampung-kampung lain, seronoknya bukan kepalang. Melastik burung di hutan, meranduk kebun buah-buahan hatta bermandi-manda di parit besar depan rumah Wak Jumit pun rasa bahagia sekali.
Tidak adalah mak nak membebel-bebel, risaukan keselamatan tiap-tiap hari. Takut kalau-kalau diculik orang, disamun, didera, diperkosa dan sebagainya. Pada mak pokcik juga, kurangnya rasa risau-risau dan susah hati mengenangkan pokcik yang entah ke mana-mana saban hari merupakan satu nikmat.
Dan kami waktu itu berasa amat bebas dan selamat.
Dunia yang pokcik kenal pada masa kini, sangat jauh bezanya. Walaupun usia pokcik sudah masuk ke hujung senja, namun apabila hendak melangkah keluar dari pondok ni, maka berbagai-bagailah rasa yang menjelma di fikiran. Tentunya mengenai keselamatan. Takutlah kalau-kalau oang yang tak dikenali mengapa-apakan pokcik, menyamun, menculik dan fikiran-fikiran buruk yang lain hingga langkah jadi terketar-ketar dan serba waspada.
Begitu juga pokcik merasakan, anak-anak yang sezaman atau selepas generasi pokcik akan lebih terasa kerisauannya dalam melayari kehidupan masa kini yang serba macam-macam ada. Anak-anak zaman ini tidak sebebas yang pokcik rasa. Mereka tidak dibenarkan keluar merata-rata tanpa pantauan ibubapa.
Berita-berita dari akhbar dan di kaca tiwi membuatkan sesetangah ibu bapa rasa susah hati apabila anak tidak nampak di depan mata. Di tambah pula dengan godaan-godaan dan pendedahan yang ditonjolkan di sekeliling kita dalam bentuk visual dan tekstual, lagilah anak-anak menjadi mudah leka dan terikut-ikut akan budaya baru yang tidak begitu menyihatkan ini.
Seperti kata Pak Leman sebelah pondok pokcik tu, membesarkan anak-anak dalam dunia sekarang lebih mencabar. Mereka lebih cepat pandai daripada kita. Kalau dulu, kita umur 20 tahun baru kenal telefon, mereka baru setahun setengah dah tahu handphone tu apa. Belum lagi apa yang mereka nampak di depan mata, tiwi, radio, computer dsb. Macam manalah mereka tidak mudah tergoda. Belum kira lagi hal-hal 'kedewasaan' seperti hisap rokok, berpasang-pasangan, merempit dll.
Yalah, ada betulnya cakap dia tu. Dunia yang pokcik kenal suatu ketika dulu sangat bersih persekitarannya. Sekarang sudah tercemar. Semakin negara maju ke hadapan semakin parah pemikiran dan sikap golongan muda mudi yang bakal menjadi pelapis negara suatu masa nanti.
Walaupun tidak dinafikan ada diantarnya yang bagus-bagus dan tahan dugaan, namun dibandingkan dengan yang semakin hancur, lalai dan leka, di mana pula nantinya nasib mereka? Sebabnya apabila sosial sesebuah negara itu sudah kucar-kacar, maka akan rosakkan segala sistem pentadbirannya. Dengan mudah, musuh akan masuk campur dan semakin memperkotak-katikkan lagi keadaan.
Sayangnya kita tidak sedar. Ini suatu hal yang sangat besar kalau hendak kita fikirkan molek-molek. Hal mengenai masa depan dan generasi seterusnya.
Oh, sebuah dunia yang pokcik kenal.
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
3 comments:
Betui tu pokcik skrg ni warga emas duk rumh sorg2 pun rase mcm tak slamat gitu ni kan pula nak merapu kliling kampung kan...
mokcik
dah tak selamat rasa nya sekarang nih...
tak payah pegi jauh... kat rumah saja lah...
kita duduk kat rumah... pintu tetap kena tutup... grill kena kunci sentiasa....
apa tah lagi nak beri anak2 bermain2 sendiri kat padang or taman....
rasa macam menyerahkan mereka kpd orang2 jahat yg sentiasa berpeleseran dimana-mana....
rindu zaman lepas bebas dulu2...
kesian anak2 sekarang....
dunia pokcik dulu2 yg dhia kenal adalah bersama ulat bulu yg pokcik bg dhia jaga. igt x?
skrg da pandai terbang dia tinggalkan dhia. hukhuk..
;D salam pokcik..
dhia kembali berblogging ;)
windussss pokcik!
Post a Comment