Monday, August 10, 2009

Kisah awod-awod...


Ini kisah berpuluh tahun dahulu.

Pokcik sudah seharian diserang sakit perut yang menyentak-nyentak segala usus didalam. Hampir tak lalu makan dan tidur dibuatnya. Pada suatu hari yang sudah begitu goyah ketahannya menahan penyakit itu, maka bergegaslah pokcik ke hospital kerajaan yang berhampiran.

“Pokcik makan apa sebelum ni?“ Lembut saja doktor perempuan berbangsa india itu menyoal sambil menekan-nekan perut pokcik.

“Tak ada apa-apa, biasa-biasa je, sedap-sedap je.“ Jawab pokcik termengah-mengah. Manakan nak menahan senak perut di tekan-tekan, manakan nak beramah tamah.

“Ada muntah-muntah dan pening kepala tak?” soal doktor itu lagi. Kini steteskop ditelinganya di tekap ke bahagian perut.

“Uii.. semua ada, loya dan mamai pun ada. Mengalahkan oang mengandung sulung dah ni.” Pokcik menjawap pantas sambik mengemam bibir. Sakit perut semakin mencucuk.

“Sy rasa ada yang tak kena dengan perut pokcik ni. Tak apalah, pokcik tunggu selepas ni, nanti saya beri award.”

“Hah, award?” Bisik pokcik dalam hati. Takkanlah berjumpa doktor kerana sakit perut pun dapat award. Sudah bagus ni..” Entah kenapa hari itu hati pokcik berbunga ceria. Hilang seketika rasa sakitnya. Dalam pada menunggu di luar pintu, mulut asyik tersenyum sengih ja.

Hingga lah… datang seorang atendan yang mengusung kerusi roda berhenti dekat dengan pokcik.
“Eh, nak bawak ke mana ni? Pokcik tunggu award ni..” soal pokcik separuh keliru. Melingas mata pokcik ke kanan dan kiri, kalau-kalau terlihat kelibat doktor tersebut.

“Ya lah, kami nak bawak pokcik masuk wadlah ni. Doktor suspek, pokcik kena keracunan makanan.” Atendan itu menjawab dengan ramah.

“Hah, masuk wad..!”

Serta merta pokcik merasa dunia ini gelap gelita. Dan bermulalah mimpi-mimpi ngeri.

Alahaii…

Maka sebab itulah, setiap kali bila ada oang bagi-bagi award kat pokcik, hati ni rasa seriau je. Teringat masa pokcik masuk wad tu.
Dan sebab itulah pokcik jadi phobia bila oang sebut award-award ni, apatah lagi untuk menampal-nampalnya di sini.
Tapi, pada sesiapa yang memberi, pokcik memang berbesar hati dan amat-amatlah menghargainya.

Nota cagu :

Psst… psstt… toksah dok caya cakap pokcik ni.
Sebenarnya, dia tu… malasss… kekekekekekek

4 comments:

Aishah Jamal said...

Lawaklah pokcik ni. he..he...he..
saya gelak sampai rasa nak guling-guling kat depan PC ni ha.

Simpati gak la pasal kes nak masuk wad tu, tapi apesal pokcik perasan nak 'award' plak?

Rasha_rz said...

alahai... kak ila dah 4 kali diberi award. mula2 derita sakit kemudian suka... Deritanya sekejap jo, tak sampai 2 jam. lepas tu sukanya... berpanjangan!
Cubo pokcik teka, award apo?

shila said...

okay ada gak dapat award.. saya satu pun .. haram

Mersik said...

Aishah Jamal - Uiii kisah betul ni.. hu huu hik hik. manalah tahu dah namanya wad dn award dekat2 sama. kekekek


Rashz_rz - Wahh..itu award yg lain tuu.. ada bahagia sesudah derita.. hik hik


Shila , alah.. nnt ada la tu.. sabo yer.. hik hik