Monday, June 15, 2009

panas...

Memang betullah. Di mana-mana tempat, kedai kopi Ah Seng, suatkabo, radio, tiwi hatta penyanyi Ifa Raziah pun cakap mende yang sama iaitu panas, panas dan panas.

Kalau ada hujan pun sekejap-sekejap je turunnya dan tidak lama lepas itu, suasana kembali panas.

Termasuklah juga di pondok pokcik ni.

Bayangkan... malam-malam pun boleh berpeluh. Mengalahkan oang bersukan sakan. Ish ish.. dah macam sauna la plak rasanya pondok pokcik ni. Tak payah susah-susah ber exercise. Dok je diam-diam. Sat lagi, basahlah baju dek peluh yang mengalir laju. Huh, silap-silap badan pokcik ni boleh slim river dibuatnya.

Adehh... tak tahan dah ni. Ini tak boleh jadi.

Kalau panas yang mendatang, maka panas jugalah yang kita sediakan, yihaaaaaaaaaaaaa.

(Sambil membancuh kopi tongkat ali panas-panas ( dan juga sekut kering)).

Hik hik.

6 comments:

zara said...

Menurut reverse phyco, bila panas coba bayangkan anda sedang bermandian di sungai yang ada air terjun skali... bayangkan anda berendam dalam dalam air sungai tu... pasti minda anda akan menguasai perasaan panas itu dan menyejukkan tubuh anda.

Hehehe waullahualam...

miloais said...

memang panas sesangat sekarang ni
hujan yg turun pun
tak dapat menghilangkan bahang panas yg ada...

[rahmat Tuhan...
kurang2 pun... kering kain baju yg dibasuh...]

:D

Rasha_rz said...

TEH O AIS LIMAU TAK PANAS....
DINGIN.....

Mersik said...

zara - Wahh.. nk bayang2kan ni.. manalah minda pokcik kuat sangat. Tentu asyik terlupa2 atau membayangkan yg terhad2 saja. Silap-silap tertido terus.. Maklom la.. oang tua hik hik


miloais - Tu la.. tapi kalau panas2 ni.. dapat pekena "milo ais" pun sedap juga kekekek..


Rasha_rz - Hmm... err err kopi tongkat ali musti dihidangkan panas2.. kalau di aiskan.. hmm tak power dah. hik hik

intan shaheera@ieyra said...

pokcik dah semakin maju coz makan sekut kering bersama kopi tongkat ali.......mmg power.....

Mersik said...

ieyra - kekekek wahh tu bukan maju tu. Tu namanya cut cost.. kekek maklom la.. oang tua.. tak berapa mampu nk makan sedap2 gitu. Alahaiii...