skip to main |
skip to sidebar
Seronok betul bila tiap-tiap kali musim coti sekoloh tiba. Nampaknya, era Dollemanisme sudah pun bermula…
(Sambil terjengok-jengok ke rumah Pak Leman sebelah )
Pokcik ucapkan selamat cuti sekolah pada mak bapak budak-budak sekolah.
Di ulangi, mak bapak nya..
Selamat melayan karenah anak-anak di rumah, selamat beraktiviti yang meriah-meriah... hik hik
Pada suatu ketika…
“Ini pasal perjuangan!” tekan Tok Lipat yang sudah seperti ahli Parlimen lagaknya. Berkobar-kobar dia berhujah mengenai ketuanan melayu dan arah tuju parti yang disayanginya sejak dulu.
Pokcik hanya mengangguk kepala mengiyakan kata-katanya. Sememangnya malam yang begitu sepi, sambil bersekedudukan di atas tangga dan berbicara politik, memang amat mengironikan. Apatah lagi bila setiap isu yang dikupas datangnya dari para veteran pinggiran yang sudah lama makan garam.
“Dulu orang berparti sebab nak merdeka, nak naikkan taraf hidup, nak bior senang anak cucu. Sekarang ni... matlamatnya dah lain, dah lebih kepada kepentingan peribadi, kroni sana sini.“ Tok Lipat terus meluahkan kekesalannya. Dia seperti ahli politik bersih yang tak puas hati. Sementara pokcik turut sayu, seperti calon politik masa kini yang hilang wang pertaruhan.
“Macam manalah bangsa nak maju kalau asyik didiskriminasi dan selalu pilih bulu. Semua projek besor-besor kasi pada sedara mara,” Tok lipat semakin kecewa. Dia yang hampir seusia dengan pokcik melihat politik masa kini dengan rasa berbelah bagi. Setiap hari, ada-ada sahaja cerita yang tidak sedap pasal politik tanah air dan juga kegagalan individu menjaga jati diri dan menjadi kurang telus. Belum lagi masuk skandal sana sini, rasuah dan pecah amanah.
“Alah, lantak dowanglah... Di dunia ni, bolehlah lepas diri. Besok kalau ditanya dek Tuhan, pandai-pandailah mereka nak menjawapnya,” ujar pokcik cuba meredakan panas Tok Lipat.
Tok Lipat mengeluh berat lalu memandang jauh.
Dalam kegelapan malam, ada makhluk yang terlompat-lompat menghampiri tangga kami. Pokcik sudah cuak hati manakala Tok Lipat sudah berkira-kira mahu embuka langkah seribu.
Apit, cucu Nek Salemah tercegat sambil tersengih-sengih. Dia menyuakan bekas plastik pada Tok Lipat.
“Uish.. budak Apit ni... ku fikir toyol manalah yang datang malam-malam ni? Ni apa pula?” Soal Tok Lipat sebelum membelek-belek bekas plastik tersebut.
“Nenek kasi kuih...,” ujar Apit sepontan sebelum lari balik terjerit-jerit hingga tak sempat kami suruh sampaikan ucap terima kasih pada neneknya yang maintain vogue itu.
Apabila dibuka bekas tersebut, wahh... kuih batang buruk rupanya.Kami berpandangan sesama sendiri sambil tersengih.
Selepas itu perbincangan politik kami menjadi semakin hangat dan cakapnya semakin berhabuk-habuk. Dalam masa yang sama, sampai licin serdak batang buruk itu kami kerjakan.
Pokcik ulangi... serdak batang buruk (sahaja)
“Kita dah tua-tua ni, manalah ada gigi nak kokah kuih keras ni...,” omel Tok Lipat yang merasakan dia sedang didiskrimiasi.
Hatinya benar-benar kecewa, seperti seorang ahli politik lama yang merajuk hati lalu ingin keluar parti.
Pokcik terus ketawa berhabuk-habuk.
Alahaii...
Apakah pangkat yang paling kekal sekali pada diri sesorang selama mana dia hidup dia atas muka bumi ini hatta walaupun dia hidup di bawah bumi (mati) sekalipun?
Tak lain tak bukan ialah pangkat Guru. Di kampung pokcik, ada guru-guru yang sudah bertahun-tahun pencen, masih lagi di panggil cikgu bila mana tersua dimana-mana atau dalam majlis tertentu sekalipun. Selain oang kampung yg memang kenal mesra, itu termasuk juga dari anak-anak muridnya yg sudah beribu oang dah menjawat jawatan yang pelbagai.
Hakikatnya, tugas guru sangatlah mulia. Mentarbiah, mendidik, mengajar, memberi kasih sayang dalam hidup terawal kita selain apa yang kita dapat dari ibu bapa. Dan ianya berkembang sejajar dengan keperluan kita dalam mencari ilmu untuk hidup di zaman sekarang. Dan... ia tidak putus sampai di situ. Selagi hayat kita masih ada, kita masih perlukan guru.
Berbalik pada hal guru-guru yang terawal, yakni guru-guru sekolah kita dulu-dulu, zaman dulu memang tugas guru dipandang tinggi dalam masyarakat. Hakikatnya, dizaman sekarang pun begitu jua. Walaupun dasar pelajaran sudah kerap kali diubah dan profession guru ditambah dengan kerja-kerja yang merebehkan bahu serta mencuri banyak masa, namun mereka tempuhi juga demi mendidik anak bangsa dan rakyat semua.
Pokcik teringat masa sekolah-sekolah pondok dulu. Gurunya garang-garang belaka, macam harimau. Tampar, cubit, ketuk , tarik dan hayunan rotan sudah jadi ‘alat bantu mengajar’ yang tetap pada zaman itu.
Hasilnya, anak-anak murid akan ingat segala apa yang diajar. Semua takutkan guru! Walaupun caranya agak keras, tapi kesannya amat mendalam dan kekal lama. Rata-ratanya generasi tuk nenek dan mak bapak kita membesar dengan cara itu.
Cuma sejak-sejak negara merdeka dan bersistem ini, barulah dasar pelajaran di kaji dan seragamkan. Pelbagai teknik dan pendekatan baru diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di seluruh negara.
Tak tahulah kalau zaman sekarang ni ramai yang komplen pasal guru-guru atau sistemnya yang agak menyusahkan, baik guru atau murid-murid.
Apa-apa pun, kita perlu ingat… mak bapak adalah guru pertama, yang memastikan anak-anak yang keluar ( untuk ke sekolah ) dibekalkan dengan nilai-nilai asas kehidupan yang baik.
Yang keduanya, walau apa pun cabaran yang harus ditempuhi oleh anak-anak kita, itu adalah lebih baik dari apa yang mak, bapak, tuk, nenek kita tempuhi di zaman sekolah dahulu. Dan guru-guru yang ada ini, sedikit sebanyak akan membantu arah perjalanan anak-anak kita, menyediakan mereka untuk cabaran yang lebih besar di masa akan datang.
Pada sekelian guru-guru ( yang baik ) di luar sana. Pokcik ucapkan selamat hari Guru. Semoga jasa anda semua akan diberkati dan diberikan pahala yg berlipat kali ganda dalam mendidik anak-anak murid semua.
Nota Cagu :
Al Fatihah, buat Cikgu Saman bin Simon yang telah kembali ke rahmatullah, pd hr Ahad 11hb May, minggu lepas, akibat kemalangan sewatu hendak ke mesjid. Dia telah dirempuh sebuah kereta ( yang dipandu laju), pada waktu azan isyak sedang berkumandang, menyebabkan dia (dan basikalnya) tercampak beberapa meter, jatuh di atas jalanraya dan meninggal di situ juga.
Apabila pokcik ingin mengabdikan watak-watak orang kg semasa hendak menulis buku misteri Dol Leman awal-awal dahulu, nama Cikgu Saman memang tidak pokcik tinggalkan. Kini, Cikgu Saman yang sebenar sudah pun meninggalkan kita.
Semoga roh arwah Cikgu Saman akan dicucuri rahmat dan dietakkan dikalangan mereka yang Soleh. Amin
Sebenarnya sudah lama...
Namun sejak kepikunan menjadi lara, hubungan akal, hati dan perasaan jadi kecamuk pula jadinya. Fikiran mau menitip sesuatu disini, namun hati dan fizikal menjadi lesu dan diserang malas selalu. Nampaknya, itu ada konflik yang bakal melanda pokcik tidak lama lagi.
Yang atas tu cuma gezet-gezet je. Dan, inilah cerita sebenarnya...
Entah kenapa, dalam riuh rendah menyambut hari ibu beberapa hari yang lalu, pokcik teringat pada seseorang wanita yang bernama Mak Besah. Wanita ini bukan orang lain, dia adalah wanita yang telah memberi kenal dunia dan sepak terajangnya dalam hidup pokcik. Dia adalah wanita yang telah melahirkan pokcik.
Sudah hampir berpuluh-puluh tahun masa berlalu sejak dia kembali ke rahmatullah. Saban waktu yang terkadang datangnya, bila angin lampau menggamit menderu, mengocak perasaan dan kasih sayang dalam hati kecil ini, pokcik tiba-tiba jadi rindu padanya.
Dalam kepayahan hidup yang lalu, dialah ratu yang telah membesarkan pokcik serta adik beradik yang lain. Dalam jerih perih kesusahan dan kedaifan, dia bangkit bersama-sama ayah menanggung, menjaga dan memberi makan kami supaya tak kebuluran. Itulah pengorbanan yang tidak ternilai sekali.
“Belajar betul-betul, nanti besok senang kau jugak.“ Perkataan itu hampir hari-hari dibebelkannya. Dia tidak pernah jemu, malah setiap ungkapannya penuh dengan semangat dan harapan. Dia yang tidak tahu membaca dan menulis, berharap benar agar suatu hari nanti, kami dapat melepaskan diri dari belenggu kebodohan, butahuruf serta hidup susah.
Ayah memang selalu keluar bekerja di kebun dan kebanyakan masa hanya ada mak saja di rumah. Segala bebelan, cubit-cubitan, rotan-rotanan semua mak selalu beri. Namun kasih sayang jualah yang dicurahkannya melimpah ruah tanpa tepi. Hakikatnya, dia dan ayah mahu kami jadi orang berguna di komdian hari.
Bersama taraf hidup yang dilanda kemiskinan dan dugaan yang tegar, setelah berhempas pulas, berjuang, akhirnya kami (anak-anaknya ) mampu juga hidup berdikari. Satu demi satu anak-anak pergi meninggalkan mak dan juga ayah. Ingin ke kota, kunun mencari pengalaman serta kerja.
Termasuklah juga pokcik.Masa terus menginjak dan pokcik turut hanyut bersama cita-cita dan impian muda-mudi yang lain. Ingin jadi terkenal, hidup senang, banyak duit dan berteman wanita cantik. Dalam pada mengejar semua itu, Mak Besah semakin dimamah usia. Tenaganya sudah kurang. Tubuhnya semakin kurus. Sesekali kami pulang ke kampung, dia tetap tersenyum dan melayan mesra seperti dulu-dulu juga.
Barangkali senangnya hidup kami yang " bisa lepas makan sendiri " sudah cukup menggembirakannya.
Bila sesekali ada yang mengusul mau kahwin, dia mencebik , “Nak makan sendiri pun tak mampu, ada hati nak sara anak oang..“ Demikanlah perkataan yang selalu keluar dari mulutnya. maklomlah, menyara anak orang ni bukannya kerja senang. Lepas itu kami akan bergelak ketawa seperti selalunya juga
Dalam hati setiap mak, walau tak banyak pun, pasti akan berasa risau kalau-kalau bila anak-anaknya sudah berkeluarga, dia akan dilupakan. Kasih sayang akan terpecah-pecah. Sedangkan kudrat semakin tiada. Siapalah pula yang akan menjaganya? Ah, hidup memang begitu lumrahnya.
Akhirnya tidak lama lepas itu, mak diserang strok. Aktiviti harian jadi lumpuh. Namun tok ayah tak pernah mengeluh. Lagi pun, anak-anak semua sudah besar panjang. Kami sering pulang untuk menjengok. Kami juga bawa mak pergi berubat, berurut di merata tempat. Masa tu manalah ada pengetahuan luas tentang strok (angin ahmar). Asal ada orang kata, tempat itu bagus, kami pergi saja. Setelah berubat di beberapa tempat, sakit mak semakin berkurangan. Dia sudah mulai berjalan walaupun bertatih-tatih.
Namun hayat mak tak lama. Dua tahun lepas itu... mak meninggal dunia.
Kami reda dengan pemergian mak walau pun kami rasa sangat terkilan. Kami tak sempat hendak berikan apa-apa kesenangan buatnya di dunia ini.
“Nanti kalau kau dah senang, bolehlah beli keta. Mak teringin nak naik keta Peton Saga,“
Dalam sunyi malam pokcik teringat kata-katanya yang kepingin sangat hendak naik kereta nasional Proton Saga yang baru dilancarkan waktu itu.
Apakan daya, masa tu pokcik tak mampu.
Dan lagi, sekarang pun pokcik masih tak mampu... Dalam titis air mata yang mengalir lesu, pokcik rasa... walaupun sudah ketentuan ajalnya, mungkin dia pun merasakan... elok dia yang pergi dahulu, supaya tidak menyusahkan kehidupan kami dikomdian hari... Dia nak kami semua senang. Menjaga orang tua ni, kadang-kadang... menyusahkan.
Selamat hari ibu....
“Semoga mak baik-baik saja di alam sana,“.
Malam ini sunggu panas dirasakan.Pokcik termenung lesu melihat bulan."Adoh, panasnya malam ini..." rungut pokcik dalam hati. Sejak-sejak musim hujan berlalu, pokcik semakin rasa bersalah pula kerana terlalu mengomel2 waktu itu. Hujan salah, tak hujan pun salam... Sekarang, rasakan bahangnya.Pelan-pelan, pokcik ambik kertas katalog Pasaraya Bintang yang dilempar tah siapa-siapa petang tadi. Pokcik lipat-lipat , kunun nak buat "keras tangan" . Bersungguh seni pokcik membuatnya hingga jadilah ia seperti kipas ala-ala Baba dan Nyonya Melaka.Pokcik kipas kuat-kuat diseluruh badan... hiyahh.. hiyahh... hiyahhh..Pokcik kipas di muka , di kepala, di pipi , celah ketiak dan segala macam celah yang boleh dikipas. Sesekali pokcik terseringai kesedapan.Lama-lama, pokcik jadi penat. Turun naik nafas kemengahan toksah ceritalah. Namun malam pokcik yang panas harus diredakan ( walaupun badan sebenarnya jadi semakin panas )Akhirnya... apabila malam merangkak ke tengah malam, dan dari tengah malam merangkak ke tepi malam, pokcik tertidur keletihan dihempap dek kipas itu.Kipas katalog bintang...Alahaii...