Thursday, August 09, 2007

Yang segera-segara...


Ramai sungguh oang bertanyakan Dol , si budak nakal sebelah pondok pokcik ni. Dol Leman yang selalu menziarahi, menyakat2 serta memeriahkan hidup pokcik hari-hari. Kehilangannya sering ditanya2 oang. Uishh nampak benor ler, lebih glamer budak tu dari pokcik kekekeke.. Jeleznyerr kekekeke

Semalam petang, pokcik nampak dia di laman umah. Terkinja2 tah main apa kebenda tah? Tak lama kemudian, ayahnya, Leman pun balik sambil membawa buah tangan yang bukan calang2 buahnya. Maka makin terkinja2 la Dol tuh apabila melihat jajan kegemarannya itu. Seronok rasanya. Tak lain tak bukan ialah Mek Donol ( McDonalds).

Pokcik tersengih saja dari jauh sambil memikir2kan sesuatu. Rajin betul Pak Leman ni melayan karenah anak2nya. Selalu membelikan jajan2 segera yg sedemkian rupa. Walau pun tak hari2, tapi kalau ada duit lebih, dia lebih suka boli yang itu. Memang makanan tersebut sangat2 disukai oleh kanak2 masa kini. Sapa yang tak kenal Mek Donol, KFC, A&W, Pizza Hut serta lain2 serba segera dan penuh perasa. Generasi sekarang ni memang beruntung. Celik2 mata dah tahu nak makan semua itu dan senang benor rasanya lekat di tekak.

Generasi yang serba segera ni, kadang2 jadi semakin seronok bila generasi sebelumnya ( terutama mak ayah ) rajin memperkenalkan serta melayannya. Selalu bawak mereka ke sana untuk makan2. Makin lemak la mereka jadinya selain menambak lemak yang sedia ada.

Dan dalam hal2 yang sebegini, tentunya akan mendatangkan konflik juga pada generasi yang lagi satu tu. Tak lain ialah generasi klasik seperti pokcik2 ni laa kekekek.

Kawan karib pokcik, Tok Siak tu, selalu jugak mengeluh. Bila bawak cucu jalan2 , sebaik terpandang restoren makanan segera, maka jenuh la Tok Siak tu menjaga. Bukannya apa. Takot betul dia kalau2 dirinya yang serba cekeding tu akan ditariknya ke dalam. Bukan mereka mau makan digerai2 pun. Nak juga masuk kedai ber air cond tu memakan makanan serba rangup hingga menjilat siku la, kekononnya. Sampai jadi kekok Tok Siak dibuatnya.

Samalah juga dengan Tok Lipat di kampung tu. Sesekali cucu bertandang ke umah, nakkkan ayam goreng kentaki, terpaksa la di autakan itu ini. Paling tidak pun, digorengkan sahaja ayam dalam reban tu. Tapi budak2 seme pandai, tahu rasa dan komen berjela2. Mujur Tok Lipat lagi berhasta2 jawabnya, sampai malas cucu2nya nak bersoal jawab kembali. Tapi kesannya, mereka dah tak dan balik umah atuknya. “ Umah atuk tak best, tak de makan2 cam tuh,” omel mereka setiap kali diajak ayah bonda.

Abih tu, oang2 tua nih nak wat cam mana? Kecik hati pun tak sapa yang tahu. Budak2 dari kecik dah diajar begitu. Memberontak la kalau tak dapat. Walau pun nampak seperti bukan hal yang besar, namun oang2 tua nih kalau umah tak riuh dek anak cucu, maknanya serupa dalam kubur la.

Pening kepala memikirkan tentang generasi hari ini, khususnya dalam bab memilih makan ni. Walau pun isu ni nampak kecil, tapi kalau tak dijaga, akan datang… makanan yang diambil akan jadi lebih memudaratkan untuk jangkamasa panjang. Bila mana, apabila segalanya hendak serba segera, maka penyakitnya pula akan jadi segera juga datangnya. Besok, jangan pelik kalau budak kecik2 dah kena kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, kanser dll


“Atookkkk! “ tiba2 jeritan Dol mematikan lamunan pokcik. Jauh sungguh pokcik memikir. Pokcik mendongak memandang sayup pada Dol yang melambai2.

“ Ayah ajak makan! Meh laaa... tokkkk,” pelawa Dol bersungguh-sungguh.

Pokcik memandang dengan mata terkebil2, sebelum mula mengukir senyum. Kemudian, pokcik deras bangun, terkinja2 lalu berlari ke sana.

“Yo laa, atok datang nii… atok datang...! “

Alahaiii...

* Oh, nakal sungguh anda seme kerana memandang pandang rendah akan oang tua ini. Apa2 pun, rezeki jangan ditolak hik hik
* Dan selamat berhujung minggu. Ceria2 selalu hu huu

Wednesday, August 08, 2007

Ada Sintaaaaaaaaaa...


Pokcik mengambil keputusan untuk menukar lagu lagi di pondok ini.. Hik hik asyik lagu zapin jek.. layu lah seme oang yg datang bertandang ke sini nanti.

Apa2 pun, lagu yg ini.. err err agak menggetarkan sukma gitu hik hik.

Pokcik tujukan buat sesapa di luar sana, yg sukar sangat nak melafazkan cinta.. hu huuu. Walau pun sarat cinta dalam hati, mengodam, membenam... namun tak terluah pada si dia itu.. alahaiii..

Apa laa korang ni.. iksh iksh kabo jek laaa... Apa susah? Alahaii pasrah kasih tul aa..

Erks ? Senang sangat ke? hu huuuu


ADA CINTA

Ucapkanlah kasih
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu membaca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada dalam rinai hujan
Dalam terang bulan juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta padahal ia terasa
Dalam rindu dendam hening malam cinta terasa ada


Acha Sptriasa & IrwahSyah (OST Love is Cinta )


Nota Cagu :

Agak2 ada sesapa yg tak terlafazkan rasa "itu" pada pokcik yg glamer mamer nih.. Uiiii jaangannnnnnnnn.. !! kekekek ,

Kalu pokcik tak tersedu sedan, barang kali, terkoma2 gitu nantinya... hik hik hu huuu

Monday, August 06, 2007

Silu...


Pokcik berasa sedikit silu apabila mula hendak menulis di sini. Terketar2 jari jemari ini apabila fikiran mula mencari patah2 perkataan yang sesuai diluahkan. Agaknya, kalau di umah oang ni, sudah selayaknya pokcik dihalau keluar tanpa perasaan belas. Memandangkan ini pondok pokcik sendiri, maka tak perlulah pokcik berlebih2 akan segan silunya kekekeke

Barangkali kerna sudah terlalu lama pokcik menyepi2 kan diri. Sudah jarang2 bercerita. Tentunya ramai yang mencari2 dan tertanya2, kemanalah hilang oang tua ini? Maklom la, apabila sudah menjadi bahan minatan ramai serta di yakin kekal ada di pondok nye, tiba2 hilang pula, maka harus bersangat2anlah menjadi kisah sensasi di alam maya pada ini.

Mujurlah sempat juga pokcik titipkan sebaris dua sajak2 terlajak yang dikarang dalam masa2 hilang tuh. Tak sia2 pokcik terhantuk gayung sewaktu bermandian di perigi dua minggu lalu. Justeru itu, sama ada pokcik mendapat masalah sakit kepala, tidak dapat menulis secara penuh atau ada bakat baru yang mula memekar dalam diri ini hik hik. Kepada yang sudi membaca sajak2 tu, terima kasih daun keladi la pokcik ucapkan.

Maka, dalam hal kehilangan pokcik ini, tiadalah jawapan yang khusus dapat pokcik beri. Apa yang boleh dikata ialah… manusia datang dan pergi umpama daun yang ditiup angin. Melayah2 ke sana ke mari. Kadang2 singgah menyapa ditepi kali, kadang2 bertumpang senyum di rumah dara atau kadang2 tersengih saja di warung kopi. Bukan niat hati untuk melari, tapi masa yang menghambat pergi segala masa2 ria dan senggang santai kita setiap masa. Berganti sibuk yang tiada hujung pangkalnya.

Atau, mungkin jua pokcik sedang berjalan mengikut haluan hati dan perasaan sendiri. Walaupun mesti ke depan, tapi pokcik terlalu lesu untuk meneruskannya. Ditambah pula dengan kondisi tubuh yang semakin uzur sehari2.

Mungkin juga pokcik tersesat jalan dan tak jumpa jalan pulangnya.. alahaiii..

Wednesday, August 01, 2007

Pulang...


Jika sedikit ghairah
Bisa membuta mata fikirku
Maka tamatkanlah sahaja
Perjalananku saat ini

Jika malam terindah
Aku mampir di situ
Suakan aku rahmatmu
Bersama pahala menggunung
Serta redha insani

Jika sampai masa
Aku tersesat jalan
Suluhkanlah aku cahaya
Menuju bahagia.
Di hujung sana

Ternyata…
Maya ini aneh
Disaat aku semakin dijulang
Disaat itulah,

Aku ingin pulang..

Tuesday, July 24, 2007

Pagi...

Ini pagi paling sakti
Terbitnya bersama fajar

Yang dinanti-nanti

Ayuh.!
Sarungkan kain pelikatmu
Wahai kesatria tak bergigi
Dandanlah diri penuh rapi

Mesra bak secawan kopi

Kerana kita
Mahu tidur lagi..

Friday, July 20, 2007

Yang tak dimengerti


Hambatkan aku rindu
Berarak mendung kelabu
Sulamkan bersama deras hujan
Longlai bertamu menunggu
Lesu di usik pilu

Lemparkan aku nista
Gelarkan aku gila
Pada mereka yg tak mengerti
Aku sebenarnya
Sekadar glamer

Dambakan aku sentuhan
pada jiwa nan satu
Halus terasa dipipi
Mulus meresap kalbu
Bagai diusap janda

Selimutkan dingin malamku
Tutupkan selak kainku
Mimpikan tidurku
Akan wajah
yang satu itu

Oh tilam leper..

Oh bantal kusam...

Pokcik datang...
Pokcik datang...

Tuesday, July 17, 2007

Teringat...

Pokcik baruuu TERINGAT !

Alkisah.. pokcik dah ada YM tau skg nih ? Tah la, apa kebenda la tuh.. Oang kata senang kalu nak borak2.. Yo la tuuu...

id nye cam biasa lah, alahhh yg glamer tu : mersik40

Maka sayugia, sudi2 la sesapa disana tu untuk memesrai pokcik dalam medium yg ini pula. Tinggalkan sebarang2 jua jejak , jejak kasih, jejak bertapak atau jejak yg tak jejak.. kekeke..

Agak2 tak de respond ke, senyap ke atau diam sahaja , Maknanya pokcik sedang terkial2 la tu nak menggunakannya..

Atau pun , barangkali pokcik TERLUPA gituuu...

Alahaiiii.

Monday, July 16, 2007

Yang tinggal kini..

Hujan seharian yang turun semalam, terasa mengiringi kepulangan pokcik dari kampung tersayang.

Pulang kerana menziarahi Mak Da, kawan tersayang, yang lebih dulu disayang sang penciptaNYA.

Aduh… Letih sungguh tubuh ini tak terperi. Membantu segala hal, termasuk kenduri kendara.

Air mata pula, sudah kering untuk bertangis2kan pada yg pergi. Tinggal hanya kenangan sahaja, dan memori manis2 yg yang bersilih ganti.

Seperti lumrahnya, hidup perlu diteruskan. Yang pergi redakan lah saja ia pergi. Yang tinggal harus bergerak meneruskan hidup di dunia fana.

Cuma kalau ada ingatan2 yg tulus, moleklah disedekahkan Al-Fatihah barang sesurah dua, supaya yang ada di alam sana akan terang kuburnya dan dipermudahkan kiraannya.

Pokcik pun rasanya, tidak harus bergundah gulana, memikirkan perkara2 yg pasti datang. Apa yang ada didunia ini, elok la dinikmati sebagai bekal untuk akhirat sana.

Sekarang ni, tiadalah pokcik hendak buat apa2 selain menjaga diri supaya lebih sihat dan berkualiti hidupnya. Kerana apabila susah terbaring lesu, sakit sana situ, tiadalah bermakna apa2 melainkan hanya akan menyusahkan semua.

Harap2, tidaklah pokcik sampai begitu sekali keadaannya.

Alahaiii…

Thursday, July 12, 2007

Akhirnya..


Maka setelah bergelut dengan koma dan segala macam dugaan dibawah alam alam sedar sejak 22 hari yang lalu, maka Mak Da pun telah menghembuskan nafas yg terakhirnya pada awal pagi Rabu, jam 1.05 .

Berakhirlah sudah perjalanannya dimuka bumi ini. Seperti yang telah dijanjikan, mana2 makhluk yang hidup, pasti akan kembali di sisi TUHAN yang satu.

Alhamdulillah , segala urusan pengkembumiannya telah selamat dijalankan.

Sekelian anak cucu, saudara mara dan teman2 mengiringi pemergian Mak Da dengan redha hati walau pun secara lahirnya, bagai tak terluah rasa berat dan air mata yang tumpah dan saling melimpah.

Untuk diri pokcik pula, turutlah sama berasa rawan yang teramat kerana Mak Da juga bukanlah orang yang lain juga bagi diri pokcik. Kami sudah lama benar kenalnya. Dan sebab yang lain pula, adalah kerana mengenangkan mati itu sangatlah pasti. Cuma entah bila datangnya.

Sama2lah kite mendoakan supaya roh Mak Da diletakkan dikalangan oang2 yg saleh dan dipermudahkan urusan akhiratnya.

Juga Al-Fatihah sebagai sumbangan sedekah yang seelok2nya..buat Mak Da , atau nama sebenarnya Hajah Rugayah binti Hj Abdul Rahim.

Serentak dengan itu , maka pokcik pun akan berduka laralah barang beberapa hari nih.. kerana hal2 yg sebegini sangat2 la menusuk2 ke dalam hati oang tua ini, menyentak2 rasa pilu yang paling dalam.

Sementelaah pula, pokcik nih pun dah tua dan lebih dekat2 benar rasanya hendak menghampiri alam yg Mak Da kunjungi itu..

Alahaii...

Monday, July 09, 2007

Ku sangka panas hingga ke petang


(i)

Beberapa minggu yang lalu, bahang matahari bagaikan berada diatas kepala. Panasnya terasa sangat hingga menyusup ke dalam tubuh badan. Rimas, resah dan lemas bersilih ganti saban hari. Jenuh tekak ini nak mengogok air buat penghilang dahaga yang terlampau.

Mana2 tempat nampak gersang dan kering. Nak keluar pun takut kulit terbakar pedih.

Kemana agaknya perginya sang hujan? Sudah berkurun ia tidak turun. Mungkin merajuk hati atau sudah lagi ke lain halanya.

Kalau dulu pokcik sangat mengomel pasal hujan, kali ini kehadirannya bagai dirindu2 gitu.

Kalau turun sekejap pun dah cukup menggumbirkan. Kadang2 dia turunnya tatkala pokcik sedang leka beradu, langsung tak diperasan2kan sangat. Akan kehadirannya yang sekejap Cuma.

Oh hujan, turunlah engkau.. supaya otakku yang cair dek panas matahari akan mengalir lalu pula dek kerana sejukmu.. ( Maklom lah, pokcik kalau hujan2 baru byk idea kekekek )

Tapi apalah daya, ku sangka panas hingga ke petang… memang sampai besok petang pun panas juga.. alahaiii

(ii)

Petang tadi , langit yang tadinya terik bertukar kelabu. Suram seluruh alam dibuatnya. Datangnya bersama angin yang menderu seolah2 berkata

“ Hujan akan turun! , hujan akan turun! “.

Pokcik tersipu2 malu.. namun suka di hati tak siapa yang tahu.. hu huuu. Seronok tak terkata.

Oang ramai mula berlari2 di hambat gelisah kerana takutkan basah. Masing2 bergegas ingin balik ke rumah atau mencari tempat perlindungan. Langit yg sebegini hitam, pastinya akan menurunkan hujan yang lebat menghentam.

Bumi akan sejuk di simbah air yang dinantikan sebegitu lama.


(iii)

Namun , senario yang tadinya hampir kepada hendak menurunkan hujan jadi tak kesampaian pula. Entah kenapa, langit mendungnya tiba2 bagai dicarik2 supaya menghilang, berganti sinar terang yang entah dari mana datangnya.

Pokcik terpelongeh di anjung pondok. Terkedu2 dadanya.. sambil tangannya erat memaut bantal busuk .

“ Cobaan… “ bisik hati pokcik , yang berperang antara rasa redha dan marah.

Alahaii…

Thursday, July 05, 2007

Dugaan...

Sampai ke hari ini, pokcik jadi trauma untuk menulis. Bila2 nak mengadap dan menaip, fikiran jadi kosong dan hati tiba2 berubah tawar. Sejak2 itu juga makan sudah tak sedap, minum sudah tak kenyang dan mandi pun separuh jek basahnya. Entah apalah yg bermain difikiran pokcik sejak seminggu nih, pokcik pun jadi kurang mengerti. Mungkin kerana…

Alkisah, semingu yang lalu, pokcik dikejutkan dengan berita salah seorang dari oang kg pokcik dimasukan ke hospital. Tak lain tak bukan ialah Mak Da.. salah seorang trio yg sering tido bersama dengan Mak Limah dan Mak Senah. Kononnya kerana serangan Angin ahmar (stroke) kali ke tiga.

Mendengar sahaja berita tersebut, maka sayulah hati tiba2. bergegas2 la pokcik hendak balik ke kg. Walau pun bukan sedara yg rapat tapi bila dah kenal lama, tentu sakit2nya terasa juga. Dia pun kawan pokcik masa kecik2 dulu.. Jadi, pokcik kena juga melawatnya.

Sesampai di Hospital Batu Pahat, ramai oang sudah berkerumun. Anak2, sedara mara, teman2 semua sudah tertunggu2 diluar menanti kabo terkini. Namun sesiapa pun tak dibenarkan masuk kerana pesakit masih lagi di bilik rawtan rapi (ICU). Setelah tiga empat jam melangut, tidak lama kemudian, menonong keluar kereta roda ditolak cepat2 dengan beberapa oang bertugas yang turut berlari.. macam berlomba2 shopping di pasaraya Tesco.

Rupa2nya, dia terpaksa dibawa di Hospital Johor Bahru kerana selepas di imbas otak, terdapat gumpalan darah beku didalam otak. Ia terpaksa dikeluarkan dan dihospital sana lah jua segala perkhidmatan dan kepakaran ada. Oh! Ini sudah masuk kes serius.

Dipendekkan cerita, maka pokcik dan Tok Lipat pun berkunjunglah kesana selepas dua hari dia dibedah. Keadaannya masih lagi kritikal dan tidak sedarkan diri. Ditempatkan di ICU dengan kawalan yg ketat serta waktu melawat yg terhad.

Apabila diberi peluang untuk menjenguk, maka dengan ketar2 seluruh badan, pokcik pun melangkah bersama2 Tok Lipat. Apabila sampai ditepi katil, kelihatan terkujur tubuh kering Mak Da dengan rupa yang serba berlainan. Kepalanya sudah dibotakkan, belakang tengkoraknya ditebuk. Lepas tu didada pun kena tebuk, termasuk juga pinggang. Seluruh bahu hingga ke jari jemari sudah mengembang bengkak.

Dan ditepi kanan dan kiri katil banyak alat bantuan sedia terpasang menunjukkan angka2 serta bacaan yang berbagai rupa. Bunyi alat bantuan pernafasan pun agak geruh bila oksigennya dipaksa2 masuk dari tiub yg disalurkan ke mulut dan hidung. Selain dari tu bergantung2anlah segala macam beg air yang dicucukkan di lengan. Belum lagi termasuk air yg dipaksa2 keluar dari badan pula.

Sungguh sedih pokcik lihatkan keadaan Mak Da itu. Maklom la, dalam usia yang menjangkau 68 thn, lepas tu… ditebuk situ sini, tentu sakit kalau dia sedar diri. Nak bernafas pun terpaksa di tolong2.. Nak tunggu bernafas sendiri pun entah bila bolehnya. Antibodi dalam badan sendiri dah tak berapa rajin nak melawan. Rasanya dia akan lama terkoma.

Mak Limah dan Mak Senah yg melawat ( dibawa anak2nya ) tak putus2 bergenang air mata. Puas sudah ditenang2kan, namun tatkala melihat teman tidur yang begitu "tragik" sekali tidurnya, sapalah yg tak tersayat hati. Selain dari itu ramai lagi yang melawat termasuk oang2 kg.

Walau pun pokcik diberi peluang sekejap untuk menjengah, namun terasa bagaikan lama pokcik mengadapnya. Segala apa yg terbentang di depan mata terpahat kukuh diingatan sampai jadi takut pokcik hendak menghadapai saat2 itu, kalau pun sudah ditakdirkan.

Tak dapat di bayangkan, pabila wayar sudah berselirat dibadan, mata hanya mampu terpejam. Ingatan pula, entah kemana dan dimana alamnya. Suara2 pun begitu asing dan menakutkan. Yang datang dan pergi sekadar menumpang simpati atau berborak sesama sendiri, mendiagnosis , seolah2 macam doktor pakar pula, sedang yang yang dilawati sudah terkedang terkoma.

Oh! Takut sungguh pokcik bila mengingati akan hal2 ini, sampai jadi kecut2 hati ini.

Lebih menakutkan pabila nanti kalau2 pokcik akan menghadapinya sendiran.. Oh tidak!
Sebelum pokcik melangkah balik. Anak Mak Da yang sulung ada mengatakan, yang doktor sudah sahkan leher Mak Da yang bengkak tu disebabkan oleh Tiroid. Yang itu, terpaksa dijalankan pembedahan juga.


Pokcik tak terkata apa2. Perasaan simpati, sayu, sedih, takut bercampur gaul mengasak dalam diri. Dugaannya begitu besar sekali.

Mudah2an dia tabah hati.

Semoga Tuhan akan menyelamatkannya. Amin..

Tuesday, July 03, 2007

Hilang...

Salam sejahtera dan selamat utk semua.

Lama sungguh pokcik menghilangkan diri ye? Alahaii.. Maaf daun keladi lah, pokcik pohonkan banyak2. Adapun sejak beberapa hari lalu , berkejaran2 pokcik kesana dan kemari dalam keadaan yang tersangat cemas2 gitu..

Hinggakan terlupakan oang2 di sini.. Nih pokcik dah balik nih, insyaAllah akan dititipkan sebaris dua kata untuk semua..Sebagai oang2 yang sayangkan pokcik ini, mungkin seme nak tahu apakah yg berlaku sejak dua tiga hari lepas.

Ooopss.. nih dah lebih dua baris.. hik hik tungguuuu..!

Tuesday, June 26, 2007

Kisah di kg(4) : Zapin yang tinggal


Sesekali pulang ke kampung, melawat ke rumah ayah yang masih ada, hati jadi sayu dan pilu. Terlalu jauh perjalanan ini hingga terlupa pada yang masih tertinggal (dan yang sudah meninggal)

Bagai diterjah rasa sesal yang panjang, tanpa disedari, mengalir juga air mata ini tanpa dipinta2, basah menuruni pipi.

Mendengar lagu ini, lagilah lebih menyayatkan...

(Sambil duduk di atas tunggul di bawah nyiur yang melambai )


ZAPIN YANG TINGGAL

Masih ada lagi, rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang, masih lagi terbayang lagumu
Rasa wangi lagi, haruman mu ibu
Keringat ayah, di kamar yang tinggal

Ibu... aku telah dimiliki
Jauh... kutinggalkan desa ini
Pusaramu kusiram, kurasakan aku direstui
Apa yang kau berikan, aku kini rasa disayangi

Pulang abang, pulang saudaraku
Masih hijau, di desamu ini
Bayu masih, seperti dahulu
Hujan rintik, dihias pelangi

Ku mohon ampunmu, pinta ibu tidak kutunaikan
Kutinggalkan jua, desa ibu yang sangat kucinta
Harus kuikuti, tempat ku berpegang
Selepas kau pergi, kami yang tertinggal

Saudaraku, dengar nyanyianku
Kalau boleh, ulanglah selalu

Sunday, June 24, 2007

Kisah di kg (3): Sedu, sedak dan sembur...

“Tambahlah lagi, jangan malu2.. macam tak biasa pula korang berdua ni,” Makcik Salemah mempelawa dengan ramah. Kuat dan nyaring suaranya, sama seperti berpuluh tahun dulu. Pokcik dan Tok Lipat menyauk lagi nasi dengan senduk. Masuk yang ini adalah dekat 3 kali nasi di tambah. Kemudian cepat2 kami menceduk kuah asam pedas ikan merah yang merah menyala. Sesekali aromanya menusuk hidung, hampir2 lupa diri kami dibuatnya.

Entah apalah mimpi Makcik Salemah mengajak kami makan tengah hari di rumahnya. Macam tahu2 sahaja pokcik berada dikampung. Tapi kampung pun tak besor mana pun, setakat sini2, semua oang tahu. Nasib baik dia masak asam pedas. Asam pedas Makcik Salemah memang power.

Sambil2 makan tu, sempat jugalah pokcik membelek2 ruang dapur rumahnya yang nampak lain. Tentunya selepas dapurnya di hanyut banjir awal tahun dulu, dapur tersebut terpaksa di buat semula, atas pertolongan dan ikhsan anak2nya.

“Apa yang kau tenguk tu? Budak2 yang buatkan. Aku mana ada duit.. laki pun dah lama tak ada!” jawap Makcik Salemah, bagai tahu2 sahaja apa yng tersirat dibenak fikir pokcik.


“Alah, dulu tu masa kat pusat perpindahan, kata ada oang yang berkenan. Takkan tak ada apa2 kut?” Tok Lipat pula mencelah.

Makcik Salemeh..tersedu2 sekejap.. bergeruh2 bunyinya sambil dia mengurut2 pangkal leher, sebelum melemparkan kerlingan ngeri pada Tok Lipat. Kalau nak marah pun, bukan Tok Lipat tak biasa. Makcik Salemah kan kawan dia sejak dari kecik2 dulu, termasuklah pokcik nih. Kami bertiga memang kawan rapat.

Pokcik pula, terbeliak mata lebor2 , berharap2 agar kabo angin ini dijawab sendiri oleh Makcik Salemah. Sudah lama pokcik ternanti2..

“Alah.. memanglah oang suka. Tapi suka ada makna,” jawabnya mendatar.

“Apa yang ada maknanya? “ Soal Tok Lipat lagi, sambil menatap wajah pokcik.

“Aku nih umur dah dekat 63 tahun. Sapalah yang betul2 hendak. Badan pun dah gedempol macam tong beras. Kalau tengukkan kebun sawit dan kelapa aku tu, mungkin la juga,” terang Makcik Salemah membuatkan kami mengangguk faham. Memang nasib nye baik, ditinggalkan Tok Jenahak dengan harta yang melimpah ruah. Mujur ada anak duduk dekat2 sini yang menguruskan semua selain menjaga dirinya juga.

“Habis tu, tak jadi ler nak berlaki lagi?" usik Tok Lipa t sambil tersengih2.

“Huh tak kuasa aku! Baik duduk sendiri macam ini. Tak adalah aku terhegeh2 sangat nak berlaki Lipat oii.. ,’’ balas Makcik Salemah dengan tegas, setegas pendiriannya. Pokcik kembali mengaul nasi sambil menceduk asam pedas. Bior banyak, bior berladung.. supaya makannya ber sruup.. sruup ala2 Tom Yam gitu.

“Kau tu bila pulak? Takkan hari2 asyik nak melipat orang punya sahaja. Hari2 makan nasi bungkus di kedai, “ soal Makcik Salemah tiba2, menyebabkan Tok Lipat yang sedang asyik mengunyah jadi tersedak-sedak. Mengagau2 dia mencapai air masak lalu ditogok laju2. Setelah agak reda, dengan mata merah dia memaksa diri sendawa, membuang perit di tekak. Mak Cik salemeh tersengih saja, tahu sangatlah yang jeratnya sudah mengena.

“Betul tu Pat, sejak arwah bini kau mati lima enam tahun dulu, kau langsung tak nak mencari pengganti. Kalau orang lain, tentu dah tak kasi chance punya. Aku pun heran la Lipat,” omel pokcik pula macam oang tua yang membebalkan anak dara tuanya.

Lama juga Tok Lipat terdiam. Jauh dia memikir.

“Alah, nak buat apa? Aku nih dah tua. Tak larat nak mengulang balik zaman muda2 tu , nak menjaga bini macam dulu2. Sekarang nih pula walau pun sunyi tapi hati aku senang. Anak cucu boleh datang menjenguk bila2 mereka suka. Oang yang datang minta diurut pun ramai. Kadang2 oang jemput gi rewang atau tolong tebas2 kebun. Dapatlah duit sikit2 selain menghilangkan boring. Kalau tak pun, turun Shah Alam ke pondok kau Mers," jawabnya lancar.

"Kira kau nih setia pada yang satu le ek? Macam tak percaya je aku nih, Pat, ‘’ usik pokcik lagi. Makcik Salemah hampir2 sahaja mahu ketawa. Tapi memang dia tahu benar, kalau oang tua ni nak berbini, dah lama disuruhnya carikan. Tapi entah la, zaman sekarang nih... nak jumpa yang setia cam Tok Lipat mungkin susah.

“Tapi tak elok juga duduk soang2 Pat, kurang2 pun kalau ada bini, boleh jugak tulun jaga makan minum, picit2 kalau sakit demam. Tak nak cari yg muda, yang sedang2 pun apa salahnya. Buat teman2 gitu. “ Pokcik cuba mengayat balik, namun Tok Lipat buat selamba sahaja.

“Ha.. kau tu pandai jek cakapkan orang, diri sendiri pun dok membujang sampai ke tua. Merajuk konon! Apa kejadahnya? Buat apa dikenang mende lama tu?” tingkah Makcik Salemah. Pokcik hampir2 terngaga, tak mampu bersuara

“Dah tak payah susah2. Aku dah carikan kau bini. Tak payah banyak soal.. kalau kau hendak, cukup bulan ni boleh kahwin,” jerkah Makcik Salemah lagi. Tok Lipat yang mendengar hanya ketawa sinis.

Dan pada waktu itu juga, bermula dengan sedu yang menguntai anak tekak, di ikuti dengan sedak2 yang naik dari dasar perut dan akhirnya.. tersemburlah segala nasi bersama kuah asam pedas dari mulut pokcik.. bagai tidak dapat ditahan2 lagi..

Rasa macam mahu gugur tangkai jantung pokcik masa tu.

Alahaii…

Friday, June 22, 2007

Tag berbunga-bunga...

Lama sungguh pokcik tak kena tag. Maklom la sejak2 phobia tag yg dulu tu, pokcik rasa semacam serik jek. Hinggalah pokcik perasan minggu lepas ada oang tag pokcik, cerita pasal bunga.

Maaf ler nor ash burn, pokcik nih dah tua so lupa2 jek. Apa2pun terima kasih daun keladi la ye... *wink* patplo kali.. hik hik

Apa yek nak cite pasal bunga? Hmm… oo antaranya tag nih bertujuan nak kasi tahu oang yg ditag, bunga apa yg paling diminati dan kenapa.

Alahaii… cite pasal bunga nih la yg buat pokcik sedih sesangat. Sob… sob… Sebabnya bunga yg pokcik minat, dah pun dipetik oang berkurun lama dulu... waaa. Meranalah badan nih, tak berseri la hidup ini, tak berasap laa dapur itu.. Apakan daya, sudah tiada jodoh antara kita.. hu huuu

Kerna dia..
Kerna dia oh oh
Kerna dia harapan musnah…

Bunga… bukan sekuntum
Lagi pun tak lama haromm,
Bukan hendak cakap sombong
Cuma tak sanggup diri dibohong .. aaahhh aaaahhh aaahhhh

Berkasih di tengah sempadan
Sumpah dan janji kau jadikan mainan..

cak pong.. cak pong...

Uiii… ternyanyi lagu Jamal Abdillah plak, Berdendang dalam tangisan.. kekekek


Haa? Bukan bunga itu aa? Ooooooo.. hik hik


Alahaiii salah plak. Maaf ler, oang tua nih… menyanyah kejap.

Apa2 pun hakikatnya, pokcik minat juga bunga yg biasa2 nih.. Kenapa? Tah ler.. sebabnya dia berkaler2 kut, cantik dan sedap mata memandang. ( rasa2 kalau makan pun sedap tak.. kekeke )
.
Cam dalam2 gambo nih.. ada bunga orkid , bunga kertas dan satu lagi bunga merah nih.. tah apalah namanya... Daisy kut. Alah, nama pun bunga, memang ler cantik dan berseri, dipuja oang zaman berzaman. Hiasan sanggul puteri jelita.. ewahhs...

Pokcik tak lah rasa nak men tag oang lain, apatah lagi sang bunga2 mekar yang cantik dan harum mewangi, yang selalu bertandang di pondok pokcik nih saban hari.

Sebabnya… hik hik.. pokcik nih kan pemalu…alahaii


* Selamat bercuti hujung minggu untuk semua.

Sunday, June 17, 2007

Kisah di kg (2): Teman tidur...

60 tahun dulu.

Zaiton, Hasnah dan Dahlia adalah tiga sahabat yang amat karib sekali. Sejak dari sekolah tadika membawa ke sekolah pondok, mereka sering di lihat bersama. “ Lagi pun ayah dah ibu mereka memang kenal baik. Hinggakan sudah jadi seperti adik beradik pula. Kalau ada masa lapang, mereka kerap berkumpul bersama. Kadang2 di rumah Zaiton, kadang rumah hasnah, begitu juga rumah Dahlia. Lagi pun, rumah mereka dekat2 sahaja.

Dan perjumpaan mereka kadang2 membawa kepada tidur bersama. Selalu juga mereka ke rumah kawan2 mereka untuk bermalam. Mak ayah pun tak menghalang, lagi pun, ia lebih baik dari pada merayap tak tentu pasal. Maklumlah, kanak2… bila dah bersama2 sampai ke malam, tentu ada banyak cerita yang hendak dibualkan atau bermain2 apa saja. Janji mereka seronok.

Sehinggalah masa berubah..

Setelah masing2 meningkat remaja, haluan hidup pun berubah. Halimah mendapat suami yang bekerja dibandar, lalu kesana la dia dibawanya. Hasnah dapat laki sebelah kampung yang hanya seorang pekebun sawit. Memang jodoh dia nak dapat oang2 sini gak. Manakala Dahlia berlakikan pegawai kerajaan, menetap di pekan.

Setelah mempunyai keluarga masing2, hubungan mereka bertiga jadi renggang. Namun apabila sesekali mengunjungi rumah oang2 tua mereka dikala raya atau kenduri kendara, selalu mereka tidak melepaskan peluang untuk berjumpa. Bila dah bersua, tentulah riuh dengan cerita2 masing. Kadang2 anak2 pun dibawa bersama untuk dikenal2 dengan kawan2 mereka masa kecik dulu. Biasalah, sahabat yang sejati, memang sukar untuk dipisahkan.

Kini,

Setelah berpuluh2 tahun berlalu, banyak sungguh yang sudah berubah. Mak Ton, Mak Senah dan Mak Da, masing2 sudah kembali ke kampung ini setelah suami mereka meninggal dunia. Bukan mereka pinta untuk jadi janda, tapi tu la… sudah takdir. Dan secara kebetulan juga mereka membuat keputusan untuk balik ke kampung menjaga peninggalan rumah oang2 tua mereka dulu. Anak2 pun dah besar panjang, membawa haluan masing2.

Namun bersendirian dikampung dalam usia2 sebegini tidak pula membosankan. Walaupun anak2 puas mengajak untuk tinggal bersama2 mereka dibandar, mereka tetap tidak mahu. Biarlah mereka disini sahaja, katanya. Tak larat rasanya nak duduk dirumah batu, dikota yang hiruk pikuk dan merasa terkurung saban hari.

Sekurang2nya dikampung ini, mereka boleh melakukan aktiviti mereka dahulu, iaitu tidur di rumah kawan2 mereka. Dengan itu mereka akan kerap berjumpa dan berbual2 seperti dulu. Lagi pun, duduk sorang2 pun takut juga, apatah lagi bila dah tua2 begini.

Kadang2 tidur dirumah Mak Ton, kadang2 di rumah Mak Da, begitu juga rumah Mak Senah. Mereka boleh berbual panjang. Esok pagi2, lepas subuh, mereka pulang ler ke rumah masing. Kalau ada anak menantu atau cucu balik, kensel la plan mereka. Dan, kalau2 mereka “diculik” ke kota, pun tunda juga rancangannya.

Mak Ton yang dah semakin nyanyuk2 selalu mengulang2 cerita yang sama. Mak Nah yang sudah mulai kurang pendengaran hanya mengangguk2 sahaja, mengiyakan cerita. Dan kerana mereka2 ini dah tua benar, lebih 65 tahun, pandangan mata mereka pun sudah kurang awas, tak perasan bahawa Mak Da sudah berdengkur lebih awal, sebaik saja letak kepala.

Domkianlah rutin mereka saban hari. Mengingati zaman2 nostalgia mereka kecik2 dulu, walau pun tidak seperti dulu, tapi mereka tetap seronok.

Sahabat sejati, memang sukar untuk dipisahkan..
Ada lagi ke sekarang nih ?
Alahaii…

Friday, June 15, 2007

Yang lama...

Semalam, sedang pokcik membelek2 suat kabo di kedai kopi Ah seng, maka terpandanglah satu cerita akan para penulis lama yang di raikan bersama secara nostalgia oleh golongan2 masa kini.

Ia lebih kepada menghargai sumbangan mereka dan kesan pemikiran yang dicetuskan dapat mengubah fahaman bangsa dalam meranjau kehidupan beberapa zaman yang dituliskan dalam sesebuah naskah.

Bila memikirkan tentang penulis2 lama yang sudah pun mengharum namanya dipersada penulisan hingga saat ini, ini membuatkan pokcik merasa sangat bangga dan serba aspirasi gitu. Melonjak2 hasrat hatinya hendak menulis, membuat cerita, bersastera, bersajak serta berpuisi atau dengan erti kata yang lain, hendak menjadi seperti2 mereka juga.

Tapi memikirkan bahawa, titik permulaan untuk perubahan minat yang mendadak tidak ada tanda2 akan kelihatan, mulalah pokcik merasa sedikit kecil hati gitu.

Kalau boleh dieksperimenkan memori pokcik nih, maka akan kelihatanlah ibarat kain saprah atau kain putih lama yang merentang panjang yang suci lagi bersih. Kalau ianya kain baru memang nyata bersih. Tapi, apabila bentangannya dilakukan setelah 60 tahun tersimpan lama, sedikit sebanyak akan terlihat jua akan capuk2nya, terkoyak sana sini, lopong digigit lipas dan bubuk serta garis2 yang memudarkan seri warna putihnya. Hingga jadi cacat cela bila dipandang mata.

Begitulah yg boleh diumpamakan akan otak pokcik nih. Kalau hendak dibersihkan semua, dari segala karat2 dan radang2nya, memang teramat mustahil. Apatah lagi dengan usia yang lebih membudak2kan daripada mendewasakannya ini. Cukup tidak sesuai untuk berkata-kata secara hikmah.

Sebab itu kadang2 pokcik jadi gusar apabila mahu berbicarakan sesuatu disini. Apakah ada manfaatnya pada sekelian atau sekadar rapu2an yang serba kosong.

Pada suatu masa yang lain pula, rasa terkilannya begitu menjadi2 sekali hingga hampir mengalir si air mata.

Menulis memerlukan kekuatan mental yang mampu menyerap segala macam maklumat dan direncam bersama menjadi perspektif baru yang lebih segar dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Mengolah cerita2 suka duka yang boleh menaikkan perasaan, memperkasakan self-esteem, membuai emosi dan mendapat sesuatu yang boleh di fikir minda selain dipelajari untuk kehidupan yang serba mencabar ini.

Sayang dulu pokcik terlalu melayari kehidupan ini dengan seada2nya. Dengan alasan yang mustahil diterima akal masa kini, pokcik jadi tak berdaya. Keliru diantara minat, kehidupan, desakan hidup dan lain2 lagi. Bila dah tua2 begini, barulah teringat nak buat itu ini.. tapi rasa2nya sudah terlambat.

Untuk generasi yang baru2 ini, satu jek pokcik nak pesan.. kalau nak buat sesuatu yang diinginkan, maka sekaranglah masanya! Rembat sahaja peluang yang ada di depan mata tanpa rasa lengah2 atau ragu2. tak kiralah dari segi cita2, minat, kerjaya, pemikiran dan sebagainya.

Dan perlu juga dingatkan, hanya yang baik2 sahaja ye.. Yang tak baik, uii jangan sesekali buat.

Maafkan pokcik kalau agak merapu sedikit hari ini, kerana maklom laa, oang tua yang masih lagi belum lagi baik demam, memang begini ler rupanya. Agak emosional sedikit, konflik antara perasaan dan minda serta kecelaruan zaman antara kanak2, rumaja dan oang tua.. alahaii..

Salam hari Jumaat untuk semua. Selamat bercoti hujung minggu.

Wednesday, June 13, 2007

Demam...

Maaf kerna pokcik sudah lama tidak menulis. Arkian, sejak beberapa hari lalu, pokcik berasa tidak sihat sahaja rasanya. Ditambah pula dengan hujan2 yang gerimis sepanjang masa, sepanjang sepanjang petang, sepanjang malam dan sepanjang jalan kenangan hik hik. lagilah menyumbang kepada kelemahan tubuh badan pokcik ini

Maklom la, oang tua nih… kadang2 macam budak kecik juga, tak boleh kena hujan. Bila dan kena, alamat demamlah jawabnya. Walau pun pada pokcik hujan adalah inspirasi yg mencairkan idea didalam kepala otak, tapi 'bersentuhan' dengannya kadang2 boleh mematikan idea juga.

Itulah, sejak2 tak sedap badan ni, macam malas pula nak menuliskan sesuatu. Pokcik pikir, kena “mental block” , maklom la, jiwa penulis nih.. asal tak boleh menulis jek dok ingat mental block. Nasib baik tak 'mental illness' kekekeke aarrghhh uhuks.. uhukss.. ( cehhh.. batuk2 sikit..)

Rupa2nya badan tak berapa ceria gitu. Kadang2 rasa macam nak demam panas, jenuh laa nak minom kopi Tongkat Ali panas2 saban hari. Kadang2 rasa cam nak demam sejuk plak, jenuh la dok asyik menggigil2 dan menyelimutkan diri saban malam dan pagi. Ntahlah, kadang kata orang lain plak, harus juga pokcik nih kena demam urat.. Tah apa pesen la demam urat tu? Macam2 jenis demam ada. Hmmm.. agaknya la tuh, patut ler lenguh2 segala urat saraf hingga terlesu2 pokcik dibuatnya.

Tapi pokcik rasa macam kena “demam gigi” la.. sebabnya, dah lama pokcik hilang selera nak mengunyah2 sekut kering barang sekeping dua. Macam tak berseri gitu santapannya. Dah ler gigi tak berapa nak ada, demam2 lak tuh. Alahaii.. dulu Tok Ayah kata, kalau oang dah mula2 hilang selera tu tandanya nak pergi jauh.. uishh selisih jek. Tah2 pokcik nak tumbuh gigi tak? kekeke alahaiii

Mujurlah cuaca hujannya tak meribut sangat. Boleh la pokcik berehat2 dengan tenang.

Dan… mujur juga si Dol dah naik sekolah tadika.. alahaiii

Friday, June 08, 2007

Serangan perasaan.

Pokcik baru sahaja balik dari bersarapan kedai di kopi Ah Seng pagi itu. Apabila langkah kaki sudah hampir sangat dengan anak tangga pondok, tiba2 Dol menyergah... entah dari mana datangnya..

“Opocots.. cot.. cot ,” Pokcik terperanjat katak, melatah2 sambil terbuka2 silat pengantinnya barang sejurus dua, walau sumbang2 jadinya.

“Ahaa! Angkat tangan! “ arah Dol tiba2 sambil mangacukan pistol kayunya. Dengan rasa takut2 bercampur terperanjat, pokcik mula angkat tangan perlahan2.

“Alah, lambatlah atuk angkat tangan! peng! peng!” Dol menembak tanpa belas kasihan.

Pokcik yg dalam keadaan tak bersedia jadi serba terkinja2 kerana terkejut. Tanpa berlengah masa, pokcik terus berlari untuk menyelamatkan diri. Bila Dol melihat sahaja ‘mangsa’nya melarikan diri, dengan pantas dia mengejar sambil ketawa kuat2. Seronok agaknya..

“Ooo atuk lari ya.. peng! peng! ” Sambil tu, "mulut" nya tak henti2 menembak.

Terkengkang2 pokcik melarikan diri sambil ter corner2 dibuatnya. Maklom la, lari pun keliling pondok jek. Nyaris2 lagi kain pelikat nih terlondeh.. iksh iksh budak Dol nih. Tak senonoh betul. Dia yang terlari2 dan terlompat2 di belakang, lagilah bertambah riuh. Bab lari2 nih memang dia suka sesangat.

Setelah hampir patplo kali lari berpusing2, akhirnya pokcik jadi penat sendiri. Termengah2 udara turun naik dalam kerongkong pokcik nih, hampir2 jek nak berhenti cungap2nya. Langkah pokcik jadi semakin longlai..Sampai ke muka tangga pokcik terjelepuk duduk, sambil tangan mengurut2 dada, mencari sisa2 nafas yang masih ada
Dol masih lagi terkinja2 setempat. Wajahnya nampak ceria.

“Peng! Peng! “ Ditembaknya pokcik sekali lagi.. Ikshh.. kurang asam nye budak, desis hati pokcik.

“Aduhh.. “ pokcik menekup dada, seolah2 sudah cedera terkena tembakan. Melihatkan pokcik yang sudah jadi lemah, dia ketawa kuat2.. sampai terpejam2 matanya. Macam oang jahat dalam pilem jek gayanya.

Dalam pada mengaduh2 dan mengerang2 tu, pokcik pun merangkak perlahan2 naik ke atas anjung dan terus ke dalam pondok. Sampai di tempat pembaringan, pokcik pun menelentangkan diri.

Dol dibawah, berhenti ketawa, lalu terjengah2 ke dalam memerhatikan pokcik.

“Atokk! nak main lagi tak tok?” jeritnya penuh harap.

“Ahhhh.. atuk kan dah kena tembak. Nih nak sapu ubat nih.. lepas tu, atuk kena rehat. Baru baik,” jawab pokcik selamba, sambil mula menyedapkan diri.

Dol terkebil2 memerhati. Tidak lama kemudian, dia terus berlalu pergi. Hampa agaknya perasaan dia tu.
.
Dengan mata yang masih terpejam, pokcik tersenyum sendiri sambil ketawa dalam hati. hik hik. Kemudian... dengkur pun berlagu.

Alahaiii…
Nota Cagu :
*Gambar di atas adalah sebagai hiasan 'suspens' sahaja.
* Selamat bercuti hujung minggu. Semoga ceria2 selalu..

Wednesday, June 06, 2007

Kisah di kg : Tempat jatuh lagi dikenang..

Semasa di kampung, pokcik banyak menghabiskan masa bersama Tok Lipat. Biasa ler, kawan lama sejak zaman kecik2 lagi. Dulu, kemana sahaja kami sering bersama, masuk kebun, tangkap ikan, ke sekolah, surau dan apa saja.

Pokcik menumpang di rumah dia, lagi pun dia dok soang2. Mujur ada umah dia, kalau tak tak tahu pokcik nak tido mana.. hik hik.


Kebanyakan masanya pokcik merayau2 jek la dgn dia. Berjalan2 disepanjang kampung yg indah permai. Masih lagi hijau disana sini dengan kedamaian yang tak berubah. Sampai di satu parit yang agak besar, pokcik jadi terkedu bila melihatkan airnya yang dah keruh, keladak serta kotor.

Suatu waktu dahulu, disitulah kami berkubang mandi saban hari. Walau pun tak dalam airnya, tapi dah cukup menggembirakan. Cuma dulu warnanya jernih umpama air dari gunung, sekarang nih, hancuss! Kalu upah doplo sen pun pokcik tak akan mandi disitu. Lagi pun, kalau dilihat dek oang ramai akan dua oang tua bermandi manda di situ, tidak ke haru?

Sampai di sebuah rumah yg usang dah buruk di hujung kg, langkah pokcik terpaku lama. Daif sekali keadaan rumah itu. Lawa lagi pondok pokcik rasanya. Daun2 liar serta rumput2 tinggi mula menutupi rumah yg separuh senget itu. Segala kenangan sewaktu kanak2 datang menerjah.

Nostalgianya bersilih ganti bagaikan skrin TGV, Bukit Raja gitu hik hik. Ah! Sungguh pedih kalau dikenang2kan. Dan tanpa dipinta, menitik pula air mata ini… laju mengalir bersama sedu2 dan sedan2, hingga jadi buruk rupa pokcik ( yg sedia hensem nih ) pabila pokcik menangis sebegitu.

Tok Lipat yang menyedari sentimen pokcik yg terusik tu, segera menepuk2 bahu.

“ Apsal ko nangis kat umah cina sayur nih? Umah kau kan ada lagi kat sebelah sana tu, pak sedara kau yg jaga ,” ujar Tok Lipat membuatkan pokcik terkedu dan serta merta menyapu air mata yang melimpah. Aduss.. nampak sangat dah lama betul pokcik tak balik kg kekekeke..

Ramai juga oang2 tua yg dijumpai.. Kesihatan mereka pula sangat2 merisaukan. Kalau dulu boleh berjalan, sekarang dah terketar2. Kalau dulu terketar2 skg dah langsung tak leh jalan pulak. Yang dulu tak leh jalan, pun dah " selamat jalan ". Belum lagi yg dah mengesot2 atau duduk2 sahaja, tak mampu bergerak langsung.

Yang sudah semakin pudar memorinya, lain pulak ceritanya. Asyik ingat lupa2. Sentiasa dok tanya “ kau sapa? Kau sapa? , buat pokcik teringat pada nenek si Dol tu jek. Ah.. cepat betul masa berlalu. Begitu merubah2 sekali fikiran dan kederat manusia di kg ini…

Domkian ler hakikatnya hidup ini. Sekali air melimpah, sekali pantai berubah.

Cuba bayangkan kalau patplo juta belas2 kali air melimpah? Alahaii..