Wednesday, June 06, 2007

Kisah di kg : Tempat jatuh lagi dikenang..

Semasa di kampung, pokcik banyak menghabiskan masa bersama Tok Lipat. Biasa ler, kawan lama sejak zaman kecik2 lagi. Dulu, kemana sahaja kami sering bersama, masuk kebun, tangkap ikan, ke sekolah, surau dan apa saja.

Pokcik menumpang di rumah dia, lagi pun dia dok soang2. Mujur ada umah dia, kalau tak tak tahu pokcik nak tido mana.. hik hik.


Kebanyakan masanya pokcik merayau2 jek la dgn dia. Berjalan2 disepanjang kampung yg indah permai. Masih lagi hijau disana sini dengan kedamaian yang tak berubah. Sampai di satu parit yang agak besar, pokcik jadi terkedu bila melihatkan airnya yang dah keruh, keladak serta kotor.

Suatu waktu dahulu, disitulah kami berkubang mandi saban hari. Walau pun tak dalam airnya, tapi dah cukup menggembirakan. Cuma dulu warnanya jernih umpama air dari gunung, sekarang nih, hancuss! Kalu upah doplo sen pun pokcik tak akan mandi disitu. Lagi pun, kalau dilihat dek oang ramai akan dua oang tua bermandi manda di situ, tidak ke haru?

Sampai di sebuah rumah yg usang dah buruk di hujung kg, langkah pokcik terpaku lama. Daif sekali keadaan rumah itu. Lawa lagi pondok pokcik rasanya. Daun2 liar serta rumput2 tinggi mula menutupi rumah yg separuh senget itu. Segala kenangan sewaktu kanak2 datang menerjah.

Nostalgianya bersilih ganti bagaikan skrin TGV, Bukit Raja gitu hik hik. Ah! Sungguh pedih kalau dikenang2kan. Dan tanpa dipinta, menitik pula air mata ini… laju mengalir bersama sedu2 dan sedan2, hingga jadi buruk rupa pokcik ( yg sedia hensem nih ) pabila pokcik menangis sebegitu.

Tok Lipat yang menyedari sentimen pokcik yg terusik tu, segera menepuk2 bahu.

“ Apsal ko nangis kat umah cina sayur nih? Umah kau kan ada lagi kat sebelah sana tu, pak sedara kau yg jaga ,” ujar Tok Lipat membuatkan pokcik terkedu dan serta merta menyapu air mata yang melimpah. Aduss.. nampak sangat dah lama betul pokcik tak balik kg kekekeke..

Ramai juga oang2 tua yg dijumpai.. Kesihatan mereka pula sangat2 merisaukan. Kalau dulu boleh berjalan, sekarang dah terketar2. Kalau dulu terketar2 skg dah langsung tak leh jalan pulak. Yang dulu tak leh jalan, pun dah " selamat jalan ". Belum lagi yg dah mengesot2 atau duduk2 sahaja, tak mampu bergerak langsung.

Yang sudah semakin pudar memorinya, lain pulak ceritanya. Asyik ingat lupa2. Sentiasa dok tanya “ kau sapa? Kau sapa? , buat pokcik teringat pada nenek si Dol tu jek. Ah.. cepat betul masa berlalu. Begitu merubah2 sekali fikiran dan kederat manusia di kg ini…

Domkian ler hakikatnya hidup ini. Sekali air melimpah, sekali pantai berubah.

Cuba bayangkan kalau patplo juta belas2 kali air melimpah? Alahaii..

6 comments:

Sue said...

Parit Oh Parit. Teringat masa kecil2 dulu kalau balik kampung, selalu main kat dlm parit dgn sepupu2 kat sana.

NURAZZAH8 said...

alahai pokcik, buat hati saya ni nak balik kg sekarang juga menjenguk ibu bapa yg sudah tua. Panggilan Kampung..... (nasib baik tak 'Panggilan Pulau'..)

teringat pokok2 manggis dan rambutan di belakang rumah tempat ku memanjat dan bergayut (menguji skil memanjat... nak tunjuk kat sepupu yg org pompuan pun boleh panjat pokok).. skrg nih saper lah yg panjat pokok2 tu utk mengutip buahnya..???

aNIe said...

Masa semakin pantas berlalu...dunia semakin tua...begitu juga pelakon pentas sandiwaranya...yang semakin hari semakin hilang daya ingatan....

Entah dah berapa juta kali air bah..tu sebablah manusia sering berubah....

Anonymous said...

Cerita bab sungai bab kampung ni. Rindulah pulak pada sungai tempat saya bekubang dulu.

sd. said...

nanges kt umah cina sayur?
ape ni pokcik..wat malu jah..ish ish.bebila nk g jln ajak sayda k.leh teman gak.tak la pokcik tersalah nanges nnt.
ahahks~

Mersik said...

minah celoteh - Uii seronok tu, tp itu parit dulu2 la.. serupa air terjun juga. Skg nih. hampehhs.. hik hik


nurazzah8 - Apa lagi? meh la balik kg.. jumpa oang tua. Pas tu try ler panjat2 pokok balik. Asah skill lama.. heheheh sure terperanjat oang kg seme.. gegege


kak lady - Alahaii.. bila dah tua2 gitu ler nasibnya. Tu la yg pokcik takut skg nih.. kalau sampai2 lupa.. uishh lagi la haru, tak dpt dibayangkan seyy.. alahaii


zalisa maz - Uiii dulu2 berkobang gak ke? Ganas nye dia kecik2 kekeke.. Tentu lepas tu ayah kejor nak rotan.. hik hik

sayda - Biasa ler, oang tua.. sensitif gitu pd benda2 lama, apatah lg yg ditinggalkan buruk. hik hik cuma tersalah babak jek.. gegegeg.. lupa gitu.. alahaii

Ajak sayda jalan2 ?.. alahaii menangis la nnt pakwenye kekekeke gegege.. hu huuu