Friday, June 08, 2007

Serangan perasaan.

Pokcik baru sahaja balik dari bersarapan kedai di kopi Ah Seng pagi itu. Apabila langkah kaki sudah hampir sangat dengan anak tangga pondok, tiba2 Dol menyergah... entah dari mana datangnya..

“Opocots.. cot.. cot ,” Pokcik terperanjat katak, melatah2 sambil terbuka2 silat pengantinnya barang sejurus dua, walau sumbang2 jadinya.

“Ahaa! Angkat tangan! “ arah Dol tiba2 sambil mangacukan pistol kayunya. Dengan rasa takut2 bercampur terperanjat, pokcik mula angkat tangan perlahan2.

“Alah, lambatlah atuk angkat tangan! peng! peng!” Dol menembak tanpa belas kasihan.

Pokcik yg dalam keadaan tak bersedia jadi serba terkinja2 kerana terkejut. Tanpa berlengah masa, pokcik terus berlari untuk menyelamatkan diri. Bila Dol melihat sahaja ‘mangsa’nya melarikan diri, dengan pantas dia mengejar sambil ketawa kuat2. Seronok agaknya..

“Ooo atuk lari ya.. peng! peng! ” Sambil tu, "mulut" nya tak henti2 menembak.

Terkengkang2 pokcik melarikan diri sambil ter corner2 dibuatnya. Maklom la, lari pun keliling pondok jek. Nyaris2 lagi kain pelikat nih terlondeh.. iksh iksh budak Dol nih. Tak senonoh betul. Dia yang terlari2 dan terlompat2 di belakang, lagilah bertambah riuh. Bab lari2 nih memang dia suka sesangat.

Setelah hampir patplo kali lari berpusing2, akhirnya pokcik jadi penat sendiri. Termengah2 udara turun naik dalam kerongkong pokcik nih, hampir2 jek nak berhenti cungap2nya. Langkah pokcik jadi semakin longlai..Sampai ke muka tangga pokcik terjelepuk duduk, sambil tangan mengurut2 dada, mencari sisa2 nafas yang masih ada
Dol masih lagi terkinja2 setempat. Wajahnya nampak ceria.

“Peng! Peng! “ Ditembaknya pokcik sekali lagi.. Ikshh.. kurang asam nye budak, desis hati pokcik.

“Aduhh.. “ pokcik menekup dada, seolah2 sudah cedera terkena tembakan. Melihatkan pokcik yang sudah jadi lemah, dia ketawa kuat2.. sampai terpejam2 matanya. Macam oang jahat dalam pilem jek gayanya.

Dalam pada mengaduh2 dan mengerang2 tu, pokcik pun merangkak perlahan2 naik ke atas anjung dan terus ke dalam pondok. Sampai di tempat pembaringan, pokcik pun menelentangkan diri.

Dol dibawah, berhenti ketawa, lalu terjengah2 ke dalam memerhatikan pokcik.

“Atokk! nak main lagi tak tok?” jeritnya penuh harap.

“Ahhhh.. atuk kan dah kena tembak. Nih nak sapu ubat nih.. lepas tu, atuk kena rehat. Baru baik,” jawab pokcik selamba, sambil mula menyedapkan diri.

Dol terkebil2 memerhati. Tidak lama kemudian, dia terus berlalu pergi. Hampa agaknya perasaan dia tu.
.
Dengan mata yang masih terpejam, pokcik tersenyum sendiri sambil ketawa dalam hati. hik hik. Kemudian... dengkur pun berlagu.

Alahaiii…
Nota Cagu :
*Gambar di atas adalah sebagai hiasan 'suspens' sahaja.
* Selamat bercuti hujung minggu. Semoga ceria2 selalu..

9 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

He he he.

Teringat senikata lagu M Nasir yang ada 'main pistol-pistolan' itu....

Purpleheart said...

Hehehehe, syian pakcik kena sakat ngan Dol.. sesekali eksesais la yea pakcik..

saridahamid said...

teringat zaman kecil-kecil main tembak-tembak dengan budak lelaki hehehe!

sd. said...

hahaha..kire exercise di pagi hari la tu pokcik ek.tape..food for heatlh.hehe..
happy weekend too..yu huuu

Mersik said...

blackpurple - Hik hik haa tu tajuk lagu tu "anak2 kite" kan? Betul sangat la tuh.. budak2 (lelaki) kalau kecik2 tak main pistol2 mmg tak sah...hik hik


purpleheart - Alah, Dol tu mmg tak senonoh. Mentang2 dah nak abis cuti sekolah.. saja la tuu.. Sib baik pokcik lagi bijak. hu huuu


saridahamid - Aiks, dia pun main tembak2 juga. Abih la pas tu kena tembak ngan rotan abah.. kekekeke


sayda - Uii ada plak exercise, pokcik dah jln2 pepagi gi sarapan tu pun dah penat. Pas2 tu tido aa best kekeke alahaii..

happy weekends.. study hard aaa

AiRynnz said...

salam pokcik...
selamat berhujung mggu...

Mersik said...

airynnz - Uii W'salam.. amboi2 lama tak kemari. Sihat ke?

Slmt berhujung minggu gak.. Have fun..miss me not.. kekekek alahaii

Noushy Syah said...

Pok cik!! Mana ur tag box?? Pok cik buangke? ANyhow, salam ceria2 yea..NS dtg but xnampaklah sboutbox pok cik!! maybe my PC agaknya hiks...

Mersik said...

Noushy - hik hik uii ada kat situ aa cbox pokcik, tak buang memana pun.. Haa musti pc disana yg canggih sangat. Tapi tul aa.. ada sekali tu pokcik nenguk dari tempat lain.. nun jadi ke bawah cbox nye..

Yg ni plak ilang terus.. hiyaaa.. tak pe, tulih jek kat memana.. asal pokcik leh baca..

kalau winduuu sesangat, email jek kekekekekeke...

mersik40@yahoo.com