Sampai ke hari ini, pokcik jadi trauma untuk menulis. Bila2 nak mengadap dan menaip, fikiran jadi kosong dan hati tiba2 berubah tawar. Sejak2 itu juga makan sudah tak sedap, minum sudah tak kenyang dan mandi pun separuh jek basahnya. Entah apalah yg bermain difikiran pokcik sejak seminggu nih, pokcik pun jadi kurang mengerti. Mungkin kerana…
Alkisah, semingu yang lalu, pokcik dikejutkan dengan berita salah seorang dari oang kg pokcik dimasukan ke hospital. Tak lain tak bukan ialah Mak Da.. salah seorang trio yg sering tido bersama dengan Mak Limah dan Mak Senah. Kononnya kerana serangan Angin ahmar (stroke) kali ke tiga.
Mendengar sahaja berita tersebut, maka sayulah hati tiba2. bergegas2 la pokcik hendak balik ke kg. Walau pun bukan sedara yg rapat tapi bila dah kenal lama, tentu sakit2nya terasa juga. Dia pun kawan pokcik masa kecik2 dulu.. Jadi, pokcik kena juga melawatnya.
Sesampai di Hospital Batu Pahat, ramai oang sudah berkerumun. Anak2, sedara mara, teman2 semua sudah tertunggu2 diluar menanti kabo terkini. Namun sesiapa pun tak dibenarkan masuk kerana pesakit masih lagi di bilik rawtan rapi (ICU). Setelah tiga empat jam melangut, tidak lama kemudian, menonong keluar kereta roda ditolak cepat2 dengan beberapa oang bertugas yang turut berlari.. macam berlomba2 shopping di pasaraya Tesco.
Rupa2nya, dia terpaksa dibawa di Hospital Johor Bahru kerana selepas di imbas otak, terdapat gumpalan darah beku didalam otak. Ia terpaksa dikeluarkan dan dihospital sana lah jua segala perkhidmatan dan kepakaran ada. Oh! Ini sudah masuk kes serius.
Dipendekkan cerita, maka pokcik dan Tok Lipat pun berkunjunglah kesana selepas dua hari dia dibedah. Keadaannya masih lagi kritikal dan tidak sedarkan diri. Ditempatkan di ICU dengan kawalan yg ketat serta waktu melawat yg terhad.
Apabila diberi peluang untuk menjenguk, maka dengan ketar2 seluruh badan, pokcik pun melangkah bersama2 Tok Lipat. Apabila sampai ditepi katil, kelihatan terkujur tubuh kering Mak Da dengan rupa yang serba berlainan. Kepalanya sudah dibotakkan, belakang tengkoraknya ditebuk. Lepas tu didada pun kena tebuk, termasuk juga pinggang. Seluruh bahu hingga ke jari jemari sudah mengembang bengkak.
Dan ditepi kanan dan kiri katil banyak alat bantuan sedia terpasang menunjukkan angka2 serta bacaan yang berbagai rupa. Bunyi alat bantuan pernafasan pun agak geruh bila oksigennya dipaksa2 masuk dari tiub yg disalurkan ke mulut dan hidung. Selain dari tu bergantung2anlah segala macam beg air yang dicucukkan di lengan. Belum lagi termasuk air yg dipaksa2 keluar dari badan pula.
Sungguh sedih pokcik lihatkan keadaan Mak Da itu. Maklom la, dalam usia yang menjangkau 68 thn, lepas tu… ditebuk situ sini, tentu sakit kalau dia sedar diri. Nak bernafas pun terpaksa di tolong2.. Nak tunggu bernafas sendiri pun entah bila bolehnya. Antibodi dalam badan sendiri dah tak berapa rajin nak melawan. Rasanya dia akan lama terkoma.
Mak Limah dan Mak Senah yg melawat ( dibawa anak2nya ) tak putus2 bergenang air mata. Puas sudah ditenang2kan, namun tatkala melihat teman tidur yang begitu "tragik" sekali tidurnya, sapalah yg tak tersayat hati. Selain dari itu ramai lagi yang melawat termasuk oang2 kg.
Walau pun pokcik diberi peluang sekejap untuk menjengah, namun terasa bagaikan lama pokcik mengadapnya. Segala apa yg terbentang di depan mata terpahat kukuh diingatan sampai jadi takut pokcik hendak menghadapai saat2 itu, kalau pun sudah ditakdirkan.
Tak dapat di bayangkan, pabila wayar sudah berselirat dibadan, mata hanya mampu terpejam. Ingatan pula, entah kemana dan dimana alamnya. Suara2 pun begitu asing dan menakutkan. Yang datang dan pergi sekadar menumpang simpati atau berborak sesama sendiri, mendiagnosis , seolah2 macam doktor pakar pula, sedang yang yang dilawati sudah terkedang terkoma.
Oh! Takut sungguh pokcik bila mengingati akan hal2 ini, sampai jadi kecut2 hati ini.
Lebih menakutkan pabila nanti kalau2 pokcik akan menghadapinya sendiran.. Oh tidak!
Sebelum pokcik melangkah balik. Anak Mak Da yang sulung ada mengatakan, yang doktor sudah sahkan leher Mak Da yang bengkak tu disebabkan oleh Tiroid. Yang itu, terpaksa dijalankan pembedahan juga.
Pokcik tak terkata apa2. Perasaan simpati, sayu, sedih, takut bercampur gaul mengasak dalam diri. Dugaannya begitu besar sekali.
Mudah2an dia tabah hati.
Semoga Tuhan akan menyelamatkannya. Amin..
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
10 comments:
Semoga Mak Da cepat sembuh. Aminnnnnnnnnnnnnnn...
teringat pada arwah mak sedara yang pernah menjaga saya dulu...sebelum pemergiannya begitulah keadaannya..sama seperti yg pokcik story...dia koma selepas pembedahan, pembedahan dibuat disebabkan ada gumpalan darah...namun selepas pembedahanpn masih ada darah yang berkumpul di setiap ruang otak yg tidak diketahui mana puncanya....teringat saat di ICU, rupanyapn dh berubah bengkak,dengan dua tiga mesin hayat yg bergerak...kepala dibotakkan, wayar di setiap rongga tubuh....al-fatihah
buat semua kenalan dan saudara mok da bersabarlh...semoga Mok Da cepat sembuh...
moga Mak Da cepat sembuh...Insyaallah...ya pokcik....kita sama2 doakan...
Salam pokcik, patutlah wiken lps pokcik turun jb.. siap b'santai di teluk danga.. hrp pokcik dpt nikmati kedamaian di situ buat melegakan kepala yg berserabut.
Hmm.. dewi teringat pd arwah emak. Dia meninggal dunia tidak lama dahulu. Sblm itu dia seringkali berkata pd anak2nya.. jika dia mati, dia tak mahu menyusahkan org lain.
Akhirnya doanya termakbul krn dia pergi secara mengejut. Kami semua tidak sangka sama sekali dan redha dgn ketentuan Illahi..
Puteri ezza - Terima kasih krn mendoakan. Mudah2an gitu..
Sharifah - Berat mata memandang, berat lagi yg terasa sakitnya. Walau situasinya agak sama, namun terlupang kepada nasib masing2. kalau sudah ditakdirkan Ilahi. Maka terimalah dgn redha.
Terima kasih krn turut mendoakan.
hayat - Yo la, semoga cepat sembuh.. Aminnn
deWi sukma - Datang berziarahi.. sempat menyinggahkan mata kesana jek. melihat2 dari jln skudai. Nak berhenti tak kesampaian.
Banyak2 la sedekahkan Fatihah pd mak. itulah saja yg boleh membantu..
Terima kasih pokcik, Amiiin!
deWi sukma - sama2 kasih.. kekekek *wink* hu huuu
Salam Pokcik...
Semoga Mak Da sihat dan sembuh seperti sediakala. Amin.
Opah De - W'salam.. mudah2an.. alahaii
Moga mak da orait2 belaka. Amin!~
Post a Comment