skip to main |
skip to sidebar
Pokcik berasa sedikit silu apabila mula hendak menulis di sini. Terketar2 jari jemari ini apabila fikiran mula mencari patah2 perkataan yang sesuai diluahkan. Agaknya, kalau di umah oang ni, sudah selayaknya pokcik dihalau keluar tanpa perasaan belas. Memandangkan ini pondok pokcik sendiri, maka tak perlulah pokcik berlebih2 akan segan silunya kekekeke
Barangkali kerna sudah terlalu lama pokcik menyepi2 kan diri. Sudah jarang2 bercerita. Tentunya ramai yang mencari2 dan tertanya2, kemanalah hilang oang tua ini? Maklom la, apabila sudah menjadi bahan minatan ramai serta di yakin kekal ada di pondok nye, tiba2 hilang pula, maka harus bersangat2anlah menjadi kisah sensasi di alam maya pada ini.
Mujurlah sempat juga pokcik titipkan sebaris dua sajak2 terlajak yang dikarang dalam masa2 hilang tuh. Tak sia2 pokcik terhantuk gayung sewaktu bermandian di perigi dua minggu lalu. Justeru itu, sama ada pokcik mendapat masalah sakit kepala, tidak dapat menulis secara penuh atau ada bakat baru yang mula memekar dalam diri ini hik hik. Kepada yang sudi membaca sajak2 tu, terima kasih daun keladi la pokcik ucapkan.
Maka, dalam hal kehilangan pokcik ini, tiadalah jawapan yang khusus dapat pokcik beri. Apa yang boleh dikata ialah… manusia datang dan pergi umpama daun yang ditiup angin. Melayah2 ke sana ke mari. Kadang2 singgah menyapa ditepi kali, kadang2 bertumpang senyum di rumah dara atau kadang2 tersengih saja di warung kopi. Bukan niat hati untuk melari, tapi masa yang menghambat pergi segala masa2 ria dan senggang santai kita setiap masa. Berganti sibuk yang tiada hujung pangkalnya.
Atau, mungkin jua pokcik sedang berjalan mengikut haluan hati dan perasaan sendiri. Walaupun mesti ke depan, tapi pokcik terlalu lesu untuk meneruskannya. Ditambah pula dengan kondisi tubuh yang semakin uzur sehari2.
Mungkin juga pokcik tersesat jalan dan tak jumpa jalan pulangnya.. alahaiii..
4 comments:
huhuhu...salam pok cik...
mana rupanya kepala yg benjol tuh...dah di tuam ke...hehehe...siannya...tentunya sengal sengal lagi kepala tu eh...bawa bawa ler berehat...tenang2kan hati...
lain kali kalau berjalan tu hati2...jgn sampai tersesat2...tongkat tu jgn lupa bawa...sempat juga singgah senyum di rumah dara eh...pok cik hehehe...maklum ler dah tua2 kan...
Teruskan saje perjalanan pokcik mengikut gerak hati hingga tiba ke persimpangan....
persimpangan mungkin beribu
persimpangan yang Satu jua kita kan tuju
semoga persimpangan itu akan kita semua ketemu
mendapat limpahan rahmat dari Yang Satu
InsyaAllah
Pirah... tadi nampak pokcik dating ngan Marpunah!!!
hayat - amboi2 suka la tu pokcik terhantuk kepala , kekekek. Biasa ler, oang tua.. kadang2 kalut gitu..
Mekasih ler krn rajin memesan2. Cam perihatin gitu hik hik. alahaii..
minah celoteh - hik hik mekasih krn memahami. Mmg perjalanan tu kdg2 beronak dan berliku. Hanya mereka yg tabah dan dirahmati sahaja akan berjaya. hik hik..
Opah de - Kekekeekk waaa jangan ler.... i see uuuuuuuuu hik hik
Post a Comment