skip to main |
skip to sidebar
Aku malu menyapa
Pada raut seindah rupa
Aku takut menanti
Pada bibir yang tawar hati
Aku dapat membaca
Pada sinar mata yang berkaca
Aku sukar merona
Pada kalbu yang penuh pesona
Aku tak sudi mengabdi
Pada hati tak setulus budi
Aku sangat merindu
Pada dia yang sering sendu
Aku sering terkenyit
Pada gadis yang genit2
Aku tidak menolak
Pada mereka yang mengajak2 (makan)
Aku tidak menguap
Pada tilam yang bucuk berkuap
Aku laju meratah
Pada sekut yang dipatah2
Aku bak terkena pelali
Pada kopi si Tongkat Ali
Aku lupa berjanji
Pada Tuhan yang memberi duniawi
Aku tidak mengulit
Pada hal yang sulit2
Dan…
Aku hanya ingin hidup
Bersama jantung
Yang dipinjamkan degup..
Alahaii..
4 comments:
Assalamu'alaikum Pokcik.
Wah, nampaknya Ezza jadi orang pertama yang meninggalkan komen di sini. Pokcik sangat berbakat. Teruskan berkarya :-)
Tatkala dilanda kesedihan, Ezza pasti bertandang ke blog ini kerana ia mampu mengukir senyuman (kadang-kadang Ezza tergelak terguling-guling). Pokcik kelakar. Haha.
Aku ingin tengok bunga api
tapi jalan jem tak bertepi...
akhirnya aku dok mengadap peesee
tersesat merayap blog pakcik
puteri ezza - Uii pertama ek? caya la kekekek.. Waa jgn ler puji2 sesangat.. nnti pokcik lupa diri dan err err lupa nak berkarya lagi kekeke..
tu la pokcik harapakan.. ada oang yg sudi bertandang menghibur lara. jgn ler masa sedih2 jek, kalu boleh tiap masa.. sedih, suka, duka, rindu, resah, gelisah dan masa tengah tido mimpi2 hatta mengigau pun leh kemari ekekek alahaii
jie - Tak mengapa.. susah2.. tgk tv jek la.. segala mcm bunga api ader kekekeke..
mekasih krn tersesat kemari.. uiii ada rahmat disebaliknye tuu.. kekekek *wink* alahaii
Salam.... pe kabar.. lain macam aje sajak nie..
Post a Comment