Thursday, August 09, 2007

Yang segera-segara...


Ramai sungguh oang bertanyakan Dol , si budak nakal sebelah pondok pokcik ni. Dol Leman yang selalu menziarahi, menyakat2 serta memeriahkan hidup pokcik hari-hari. Kehilangannya sering ditanya2 oang. Uishh nampak benor ler, lebih glamer budak tu dari pokcik kekekeke.. Jeleznyerr kekekeke

Semalam petang, pokcik nampak dia di laman umah. Terkinja2 tah main apa kebenda tah? Tak lama kemudian, ayahnya, Leman pun balik sambil membawa buah tangan yang bukan calang2 buahnya. Maka makin terkinja2 la Dol tuh apabila melihat jajan kegemarannya itu. Seronok rasanya. Tak lain tak bukan ialah Mek Donol ( McDonalds).

Pokcik tersengih saja dari jauh sambil memikir2kan sesuatu. Rajin betul Pak Leman ni melayan karenah anak2nya. Selalu membelikan jajan2 segera yg sedemkian rupa. Walau pun tak hari2, tapi kalau ada duit lebih, dia lebih suka boli yang itu. Memang makanan tersebut sangat2 disukai oleh kanak2 masa kini. Sapa yang tak kenal Mek Donol, KFC, A&W, Pizza Hut serta lain2 serba segera dan penuh perasa. Generasi sekarang ni memang beruntung. Celik2 mata dah tahu nak makan semua itu dan senang benor rasanya lekat di tekak.

Generasi yang serba segera ni, kadang2 jadi semakin seronok bila generasi sebelumnya ( terutama mak ayah ) rajin memperkenalkan serta melayannya. Selalu bawak mereka ke sana untuk makan2. Makin lemak la mereka jadinya selain menambak lemak yang sedia ada.

Dan dalam hal2 yang sebegini, tentunya akan mendatangkan konflik juga pada generasi yang lagi satu tu. Tak lain ialah generasi klasik seperti pokcik2 ni laa kekekek.

Kawan karib pokcik, Tok Siak tu, selalu jugak mengeluh. Bila bawak cucu jalan2 , sebaik terpandang restoren makanan segera, maka jenuh la Tok Siak tu menjaga. Bukannya apa. Takot betul dia kalau2 dirinya yang serba cekeding tu akan ditariknya ke dalam. Bukan mereka mau makan digerai2 pun. Nak juga masuk kedai ber air cond tu memakan makanan serba rangup hingga menjilat siku la, kekononnya. Sampai jadi kekok Tok Siak dibuatnya.

Samalah juga dengan Tok Lipat di kampung tu. Sesekali cucu bertandang ke umah, nakkkan ayam goreng kentaki, terpaksa la di autakan itu ini. Paling tidak pun, digorengkan sahaja ayam dalam reban tu. Tapi budak2 seme pandai, tahu rasa dan komen berjela2. Mujur Tok Lipat lagi berhasta2 jawabnya, sampai malas cucu2nya nak bersoal jawab kembali. Tapi kesannya, mereka dah tak dan balik umah atuknya. “ Umah atuk tak best, tak de makan2 cam tuh,” omel mereka setiap kali diajak ayah bonda.

Abih tu, oang2 tua nih nak wat cam mana? Kecik hati pun tak sapa yang tahu. Budak2 dari kecik dah diajar begitu. Memberontak la kalau tak dapat. Walau pun nampak seperti bukan hal yang besar, namun oang2 tua nih kalau umah tak riuh dek anak cucu, maknanya serupa dalam kubur la.

Pening kepala memikirkan tentang generasi hari ini, khususnya dalam bab memilih makan ni. Walau pun isu ni nampak kecil, tapi kalau tak dijaga, akan datang… makanan yang diambil akan jadi lebih memudaratkan untuk jangkamasa panjang. Bila mana, apabila segalanya hendak serba segera, maka penyakitnya pula akan jadi segera juga datangnya. Besok, jangan pelik kalau budak kecik2 dah kena kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, kanser dll


“Atookkkk! “ tiba2 jeritan Dol mematikan lamunan pokcik. Jauh sungguh pokcik memikir. Pokcik mendongak memandang sayup pada Dol yang melambai2.

“ Ayah ajak makan! Meh laaa... tokkkk,” pelawa Dol bersungguh-sungguh.

Pokcik memandang dengan mata terkebil2, sebelum mula mengukir senyum. Kemudian, pokcik deras bangun, terkinja2 lalu berlari ke sana.

“Yo laa, atok datang nii… atok datang...! “

Alahaiii...

* Oh, nakal sungguh anda seme kerana memandang pandang rendah akan oang tua ini. Apa2 pun, rezeki jangan ditolak hik hik
* Dan selamat berhujung minggu. Ceria2 selalu hu huu

5 comments:

Unknown said...

Yeay yeah... Dol dah balik... ekekekekekekea... Dol sibuk tu... intai-intai editor... huuhu. sihat ke?

Anonymous said...

generasi yg serba segera ni selalu nak bersegera dlm apa2 hal.. sehingga mereka menjd matang belum pd masanya.. kecik2 dh nk melaram mcm org dh bekerja.. ada boyfren n girlfren lg.. gerun tngk derang semua tu!

NURAZZAH8 said...

pokcikkkkkkkkkk pekaba? lama tak jenguk sini, sibuk lah pokcik....

pasal makanan segera nih , Alhamdulillah dah bertahun2 kami anak-beranak dah boikot... sejak Amerika serang Iraq dulu, kami sepakat kata tak mau sokong lagi... anak2 pun faham... mmg dah lama tak makan McDOnalds, KFC dan yg sewaktu dgn nya.... buat ayam goreng sendiri jek... tapi kekadang bapak2 sedara mereka ni datang bawak KFC ke, McD ke... mcm pokcik jugak lah... org dah bagi...rezeki jgn ditolak...bantai ajek.... baca doa dan ngapp.... hehehe.. tapi kalau nak suruh saya beli... mintak ampun lah... mmg tak elok sangat utk kesihatan kan...

hayat said...

hehehe salam pok cik...
sy makan roti jer..alah..roti..yg pok cik kata tu ler..buat sendiri..nak jaga berat badan..

Mersik said...

Opah De - Hu huu.. amboi2.. ada plak. Sibuk main2 tu. kekekek alahaii


Nor Ash Burn - Whooaaa! botul tu. Pokcik sokong sesangat. Kite jugak yg susah nanti. Pening kepala memikirkan akal hal mereka2 sema serta apa akan jadi pd masa2 akan datang.. alahaii..


nirassah8 - Ye ke? hik hik tahniah krn berjaya melaksanakannya. Sesekali tu tak apalah. hik hik


hayat - Ooo seronok nyer. Tu la yg baru dikatakan Home made bread kekeke.. Ceh ceh tak kasi pokcik ka? alahaii