Tuesday, June 06, 2006

Selangkah ke Alam ilmu

Sudah lama aku tidak mengunjungi library itu . Kerana kesibukan dan masa yang amat2 terhad , aku jadi lupa . Lupa pada minat aku yang satu ini , iaitu buku .

Oleh kerana aku datang sewaktu musim cuti sekolah . Maka agak ramailah jua pengunjung2 yang memenuhi setiap ruang . Yang paling ramai sekali tentulah budak2 sekolah atau U .

Suasana teramatlah meriah ( walaupun tidak sepatutnya begitu ). Bayangkan lah kalau dah terlalu ramai sangat kanak2 , hinggkan yang dibawah umur pun dibawa bersama. Tentunya kesempatan yg ada ini tidak akan di lepaskan begitu saja. Mereka berlari2 kesana kemari , menjerit2 sambil menyepah2kan buku. Sedangkan mak bapanya duduk2 sahaja , baca suratkhabar dan berbual2. Atau mungkin mereka tak ada .

Kadang2 aku pening sendiri melihat senario ini . Sepatutnya ibu bapa lah yang harus menjaga anak2 mereka , mengajar peraturan2 perpustakaan dan beri nasihat supaya tidak membuat bising . Entah lah..

Seorang staff yg aku sapa ( yg sedang memeriksa pulangan/pinjaman buku ) , tentang ramainya tetamu perpustakaan itu menoleh padaku dengan sangsi .

“ Awak jangan tak tahu , bila time cuti sekolah , library ni dah jadi macam tempat jagaan kanak2 dah . Mak bapak tinggalkan anak2 kat sini . Mereka hilang berjalan2 entah kemana. ”

Erks..kelu lidah ku. Aku menoleh semula melihat senario ini semula. Ada benarnya juga kata2nya. Mungkin staff itu dah terlalu lama memendam rasa. Aku tak salahkan dia pun.

Nun ditingkat bawah pula ramai remaja2 yg sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Namun keriuhannya dan gelak ketawa pula membuat aku jadi sangsi. Bila aku lalu disalah sebuah meja yg penuh..mereka pura2 diam dan memerhati..Mungkin tertanya2 “ Apa agaknya orang tua nih buat disini ? ” . Sekali lagi aku pening kepala.

Disudut sebelah sana pula , kelihatannya nampak berdua2an sahaja . Study group nampaknya. Namun pabila melihatkan sigadis bicara bagai mesra dan diteruna juga melayan manja , semakin la aku jadi pening kepala. Ah susah aku nak gambarkan group study yg sebegitu. Boleh ke concentrate kalau dah begitu ? Walau pun sesetangah orang kata boleh , tapi peratusannya tentu sedikit. Al maklum ler..bila dah bersama dia yg sangat2 kita suka..buku yang terbuka berselerak pun entah kemana. Aku tahu ini semua sebab aku pun pernah mengalami juga. Aku dah lebih dulu makan garam ( sebab tu ler aku ada darah tinggi..Sebab itu ler aku selalu pening kepala ). Tapi , siapalah aku untk bersuara .

Setelah hampir sejam didalam dan dapat apa yg aku kehendaki , aku pun melangkah keluar . Nun di pintu masuk library tersebut aku terpandangan satu slogan yg amat biasa ku lihat .

“ Selangkah ke Perpustakaan , Seribu Pengetahuan ”

Harap2 langkah ku tak sia2 sebagaimana langkah2 mereka yg ada didalamnya..

6 comments:

Ezan said...

library mana tu? susah la kalau orang betul2 nak study. sebab tu saya tak suka study di library masa belajar dulu, lebih baik study dalam bilik, atau cari kelas yang kosong.

anyway, nice post!

mamajambu said...

Memang kat mana2library pun serupa tapi tu dulu kat tempat mama, tak mcm skrg dah ada security yg sentiasa meronda pada setiap pengunjung yg duduk mengulangkaji kalau yg bawa kanak2 gi ke tempat kanak2 dan kalau buat bising di suruh keluar bagi yg bawa anak2 kecil pun degil jugak buat suka dia je mcm kat umah dia , tapi kan masalah degil ni lah susah nak di tegur orang kata kan, org bodoh mudah diajar org degil payah pokcik. Anak2 kecil memang lah susah itu tanggungjawap ibu bapa,kalau si ibu faham bahasa kalau dah sampai tinggal kan anak2 kat library tu dah di kira penjagaan kanak2 lah, yg remaja lah lg susah ditangani mcm tak de tempat lain nak romen.kadang2 mereka tak faham bahasa yg kesian mereka yg betul2 nak buat kajian dan rujukan lah jd mangsa keadaan.sepatut nya kita sama2 bertanggung jawap tak gitu pokcik

Anonymous said...

Wonderful and informative web site.I used information from that site its great.
»

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. oral surgery mailto Tax form &apos tax form a font color knit bikini avon oral surgery oral surgery emerecyoregon non surgical facial surgery Site www anime-porn-4free com anime porn seroquel Proactiv for $19.00 Split air conditioners south africa Exotic car rentals of atlanta http://www.tech-jobs-2.info

Anonymous said...

Best regards from NY! Wv wild basketball Denver asians Watch the goonies online Protonix tablet Are diet pill good bad M clomid Alternatives to cosmetic surgery for young women Looking for free web advertising Abilene car insurance Porsche child car seat gate openers Xanax and grapefruit Commercial trailer insurance Womens lace blouses Windschott porsche 964