Wednesday, June 14, 2006

Beca Tok Midon

Kali terakhir aku melihat sebuah beca ialah beberapa bulan yg lalu sewaktu melintasi bandar Melaka dan Muar dalam perjalanan pulang ke Johor . Serta merta aku teringat pada beca seseorang yg pernah suatu ketika dulu menjadi kenderaan awal zaman persekolahanku. Ya , itulah dia beca Tok Midon .

Sedari aku mula mengenali tadika , beca itulah yg banyak berjasa. Walau pun tidak nampak baru , Namun “ tenaga ” nya masih ada dan mampu meredah dalam apa juga keadaan dan cuaca sekalipun. Tak lupa juga Tok Midon yg banyak berjasa . Semasa aku kecik2 dulu , beca itulah yg selalu aku naiki . Bersama2 beberpa orang rakan2 yg lain ( adalah dalam 5, 6 kanak2 ) yang mampu memenuhi beca itu.

Aku masih ingat lagi , becanya warna krom yg mirip warna tembaga yg sudah kusam sinarnya , dihadapannya ada jerigi corak bunga matahari . Kerusinya bersalut span dan keras , dan antara kerusi dan jerigi depan boleh diletakkan satu lagi palang untuk duduk . Tiga orang duduk diatas kerusi span , dua di palang dan satu mencangkung ditengah . Beg2 semua diletakkan dibelakang pada bumbung yg dikuncupkan ( dan dibaringkan kebelakang ) . Dan pada bahagian bawah ada satu ruang kecil ( compartment) buat isi2 ikan dan sayur kalau Tok Midon kepasar.

Dan Tok Midon juga , amat gigih dan bertenaga dalam melaksanakan tanggungjawabnya . Dalam keadaan penumpang yg agak ramai itu, dia tekun mengayuh saban pagi , tgh hari dan petang membawa kanak2 kesekolah . Dua tiga kali dia berulang ke sekolah saban hari . Kayuhannya tak laju tapi consisten . Kalau tersua cerun tinggi dia akan turun dan menolak perlahan , kalau cerun landai dia akan kawal brek dengan hati2.

Bagaimana kalau hujan ? Hmm jangan tak tahu apabila bumbungnya dinaikkan , ada satu lagi plastik yg dibuat penutup memenuhi keseluruhan tempat penumpang . Dan Tok Midon sendiri , pakai baju hujan serta mengembangkan payung yg dicacangkan kayu , diikat diantara palang kayuhannya. Masa tu memang best suasananya . Ada2 je terjulur tangan2 nakal keluar , menadah rintis2 hujan dan lepas tu terdengarlah jerit2 dalam bumbung plastik itu bila ada yang main percik2 air . Kami pun tak kisah kalau basah2 , sebab kami kan budak2..suka memanjang.

Adapun beca Tok Midon nih amat serbaguna sekali . Boleh bawa orang ke pasar, angkat perabut orang pindah randah , kayu2 , batu2 dan kadang2 tempat mandi orang mati pun boleh. Maklum ler sekitar awal 80an , beca kan kenderaan paling popular . Kalau dipekan2 tu memang beca sahaja lah rajanya , bersusun saja parkingnya dengan para pemilik yg sedang santai sambil borak2 . Topi koboi dan tuala " good morning " memang tak tinggal. Bunyi locengnya pun ada dimana2 sahaja . Selalu juga aku naik beca kalau nak kemana , hinggakan kadang2 aku berangan sendiri , bila dah ada duit , aku nak beli beca lagi bagus laa..kekekek.

Tok Midon nih ada pertalian saudara dengan keluarga aku ( cehh sebab tu aku selalu dapat duduk atas span , tapii sekali2 mencangkung juga hahaha ). Aku dah anggap dia macam atuk aku sendiri . Bila ada masa santai , lepas2 dia balik ke pasar ke atau waktu petang2 , dia selalu ajak aku , abang dan kakak jalan2 . Destinasinye , hmm ke taman ( yg ada jongkang jongket satu dan gelungsur satu..huhh ) , dan lepak2 dipinggir bandar dan kadang2 ke jeti melihat bot dan sungai . Aku tak kisah kemana pun dibawanya , janji aku boleh jalan2. Dan yang paling best sekali ialah apabila jalan2 disertai dengan makan2. tentulah diWarung mee Bandung Wak Aji kat pekan tuh . Paling kurang pun dibelikannya pisang goreng dan kami pun makan2lah di dalam “ caravan ” nya itu kekekek..seronok..

Kadang2 tu , kalau aku jalan2 kerumah dia , selalu juga aku kerjakan beca dia tuh . Berkayuh ( dengan payahnya ) sambil round2 setempat. Dia tak marah pun , mungkin sebab dia dah nampak penggantinya kut( kekekek ) . Tah ler. cuma katanya , jangan sampai rosak sudah lah .Tu beca cari makan tuh . Ada suatu ketika tuh , bila aku dah besar sedikit, disuruhnya aku bawak sambil dia duduk ditempat penumpang , dengan tangan memegang sebelah handle. Waktu itu gelabahnya , Tuhan sahaja yg tahu . Apabila aku asyik mengempor2 jek ( maklum ler , rodanya tiga , susah nak balance ) , itu yg dia pegang handle . Dan aku..kayuh ler sekuat tenaga , sambil berpeluh2 satu badan. Dalam hati terbetik juga , agaknya susah juga nak bawak beca nih. Penatnya , Uii toksah céritalah.

Agak lama juga aku membesar dengan beca dia . Hampir bertahun2 lamanya. Hinggalah kepenghujung 80an , bila perlahan2 beca semakin kurang ( dan pengayuhnya semakin tak bertenaga ) , demikian ler juganya yg terjadi pada beca Tok Midon . Selain beca , dia juga ada kereta wolkswagen biru utk ambil budak sekolah . Beca tu sekali2 digunakan untuk kepasar atau cari duit tepi. Bila keretanya pula bertukar ke van , becanya jadi semakin sepi.

Hinggalah bertahun2 lama dilupakan dan suatu ketika tidak lama dulu bila ku tanya kemana hilang becanya ? Katanya , ada ..kat belakang umah . Terperuk aje , itulah dia becanya . Bukan setakat beca, malah kenangan yg merentas bersama2 masa yg menggamit memori kanak2 suatu ketika dahulu . Kenangan yang sangat berharga . orang putih kata " unforgetable " dan Gollum ( watak jahat dalam cerita Lord of The Rings ) pula kata " My precioussss " ( sambil herot2 kan bibir ).. ..

Dan Tok Midon sekarang nih , semakin tua ditelan masa . Uzur dan tidak mampu membuat apa2 kerja . Badannya pun sering tak sihat ditambah pula dengan penyakit2 yg mendatang. Dia pun bukanlah senang sangat . Kalau dia kaya tentu beca dia tuh dah dijaga betul2 kerana jasanya amat besar . Apa nak buat ?, hidup perlu diteruskan walau apa juga taruhannya.

Walau bagaimana pun , dia selalu gembira bila aku mengunjungi. Walau pun ceritanya sering berulang akan benda yang sama , sekurang2 aku berasa seronok melihatkan dia begitu ceria sekali .

Apabila aku kebelakang rumah, ternyata beca itu masih ada disana . Setia menanti sejak dulu , sebagai teman manusia yg pernah berbakti suatu ketika dahulu . Sedang buruk sendirian menunggu masa untuk karat, rapuh dan akhirnya tumbang

Sekarang nih kalau nak lihat beca2 yg cantik2 pun boleh lah ke Melaka dimana beca2 tersebut dihias dengan kreatif sekali , dan diserikan dengan lampu2 yg bergemersepuluh ( pasal banyak2 lampu daa ). Bila malam ketika mereka bergerak seiring , nampak cantik sekali seperti keretapi yang panjang .

Sebelum terlupa , ada satu lagi replika beca yang amat besar sekali , setinggi 7 meter. Tempatnya , dalam 8 km dari Muar menghala ke Melaka , tempat rehat Taman Rekreasi Kesang ). Punyalah besar sampai nak naik pun bertangga , satu usaha yg baik dari Kerajaan Negeri untuk mengekalkan sebahagian dari warisan peninggalan zaman dulu2.

Namun walau cantik sekali pun , beca Tok Midon tetap tersemat dalam kenanganku kerana ia ada nilai2 nostalgianya yg tersendiri. ..


Alahaii beca Tok Midon

No comments: