Friday, June 16, 2006

Mencari diri didalam diri..

Malam ini pokcik lagi sekali diserang kebejatan idea..alahaaii not tonight ..errghhh..grr grr geram pulak hati nih. Rasa macam nak jadi Hulk plak. Namun begitu dalam pada rasa marah2 , pokcik rasa malam nih agak sunyi sikit. Bukan kerana tiada berteman atau tetamu yg datang , tapi kerana jiwa pokcik benar2 sunyi. Dalam rengek cengkerik dan lara sang katak membuai suasana , pokcik tetap juga berasa sunyi , sesunyi lagu tanpa irama , sesunyi rumah yg tak berpenghuni dan sesunyi awan larat yang berlangitkan pilu..chewahhs

Kesyahduan malam ini tanpa bintang menyinari memaksa pokcik bermenung sendiri . Selalunya tiap2 mlm pokcik makin aktif dan bertenaga sekali. Selain dari menghabiskan masa dengan melayari blog2 individu yg berbagai ragam dan warna , pokcik juga suka mengunjungi blog2 individu yang begitu komitted dalam bidang penulisan dan perjuangan bahasa.

Bersama2 computer pokcik yg dah uzur syrie tuh , yg slow macam kereta lembu tu , pokcik cuba menyingkap setiap maksud yg terselindung disebalik ayat2 yg simbolik dan polemik . Kadang2 mereka bercerita pasal isu2 semasa , luahan perasaan , cetusan pemikiran serta beberapa bahan yg agak bagus isinya serta memotivasikan.

Dengan ini otak kita akan sentiasa berfikir akan setiap perkataan yg dibaca. Maklumat yg didapati juga amat berguna . Bayangkan lah kalau hari2 kita mendapat banyak maklumat ..Insyaallah fikiran kita akan tajam dan pengetahuan kita menjadi luas. Ibarat pepatah , jauh perjalanan luas pengetahuan gituu..

Selain dari itu , pelayaran pokcik sudah pastinya dtemani dengan lagu2 yg begitu mempersonakan serta membawa pokcik hanyut jauh merentasi masa melangkau imaginasi utk menjadi " seseorang " dalam dunia ini . Kadang2 lagu jiwang karat , kadang2 lagu syahdu tangkap leleh2 , kadang2 lagu jepun yg pokcik pun tak faham satu maknanya pun ( tapi melodinya mersik gituu )

Dan tak lupa lagu panel yg tak boleh tidak..iaitu lagu Hindustann...Ah sudah lama pokcik tidak berimiginasi begini sejak zaman kanak2 dulu. Realiti hidup yg amat nyata kekadang membuat perasaan ini jadi tak tenang selalu. Elok juga kalau sesekali kita lari dari alam yg nyata . Merobos diri pada cerita2 kayangan , cinderella moden , sang pari2 , sang para2 , sang puru2 yg sentiasa menghargai diri ini...kononnya lah tu..ahaks

Alahaii apalah pokcik merepek nih....

Nota : Horayyy..sudah Jumaat...esok lusa cotiiii..yess yess yess




1 comment:

Anonymous said...

This is very interesting site... » »