Entah kenapa malam ini begitu tenang sekali. Pokcik duduk termenung dianjung bersama si kuning yg enak berlingkar dihujung kaki( sambil menguis2 ekornya kat tapak kaki pokcik , oiii geli laa..). Sudah agak lama malam tidak setenang ini . Memandangkan kebanyakkanya seringkali hujan , maka malam ini mungkin hadiah buat pokcik kut kerana setia menanti sang rambulan timbul ahaks..hik hik..
Tiba2 kedengaran sayup2nya bunyi lagu dari umah jiran sebelah . Alunan irama yg rasanya pokcik kenal benar iaitu lagu Pelangi Petang nyanyian Allaryarham Sudirman. Laa haii , lagu nih plak terpasang malam2 gini..buat pokcik ter feelings jap..hik hik maklum ler , sejak akhir2 ini , pokcik seringkali ditimpa perasaan . Kadang2 "perasan " nya tu mengalahkan " perasaan " nya gituu..ahaks. “
Lalu pokcik pun berfikir akan apa yang telah berlaku dalam hidup pokcik selama ini ? , terutamanya apabila mula berpondok2 disini. Adakah pondok buruk pokcik nih akan kekal lama ? Akan sentiasa dikunjungi ramai ? Ceria dan juga meriah bahagia ? Entahlah , kenapa rasa sayu sering menjeruk rasa. Lalu pokcik toleh kanan kiri mencari2 sesiapa yg membawa jeruk sewaktu datang sini , tapi entah ler . Hati tua nih kadang2 terlalu sensitif dirasakan..kadang2 sukar untuk dimengerti..
Lalu pokcik pun memejam mata , memasang telinga sambil menggelamun jauh .
Ku meniti awan yg kelabu
Ku tempuhi lorong yg berliku
Mencari sinaran menerangi kegelapanku
Hmm begitu lah diibarakan pokcik suatu ketika dahulu sewaktu mula berpondok2kan disini , Daripada berseorangan , pokcik kemudiannya merayau2 mencari sesiapa yg sudi untuk mendampingi diri ini , merasa perasaan yang ada , berbual bicara selain berkongsi suka duka dialam maya.
Ku percaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yg mengunung bersamanya
Namun tanpa putus asa ( dan putus nyawa ) , akhirnya persahabatan dapat diraih dan diberi kepercayaan yang tinggi sekali . Ini membuatkan pokcik terharu dan sayu hati ( sambil menyapu si air mata..sob..sob ). Dan kehadiran kalian semua ( yg amat2 dinanti ) begitu menterujakan hingga membuatkan pokcik lupa pada kesedihan semalam..
Hmm..tak mengapalah , Chorus dan bait2 yg akhir nih pokcik nak suruh kalian seme nyanyi aa. Tapi pokcik ubah skit ayatnya , bior feelings tu lebey skit kat korang seme..ahaks ( Anggaplah yg pokcik nih ada didepan mata , Tapi jangan tenung lama2 tau , sebab hmm pokcik malu ah.. )
Pokcik tiba , bagaikan pelangi
Tak bercahya , namun pokcik berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini.
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yg berlalu
Bagai pelangi petang pokcik kan pasti
Tak pergi2 juaaaa...ahaks
Alahaii..kan dah kata tadi , sejak akhir2 ini pokcik selalu jek ditimpa perasaan gitu ahaks..
EBOOK: HUD, SUAMI IRIS (BAB 5)
1 year ago
1 comment:
lawak le pokcik ni...ha ha ha...
Post a Comment